Salad Udang Sesuka Hati

Cookpad Apron 2025 : Week 19
Cookpad Apron Magic 🛒 :-
🛒 Timun
🛒 Tomato
Kenapa nama nya salad udang sesuka hati? Eh! Suka hati saya lah nak letak apa yang ada kat depan mata saya? 😅 Daripada membazir, baik manfaatkan. Bahan-bahan yang lain tu pun bahan berbaki yang ada dalam peti. Saya campak jer semua jadi satu hidangan yang ringkas penyediaan nya dan boleh dimakan sejuk pada cuaca panas gini memang sedappp.
Salad Udang Sesuka Hati
Cookpad Apron 2025 : Week 19
Cookpad Apron Magic 🛒 :-
🛒 Timun
🛒 Tomato
Kenapa nama nya salad udang sesuka hati? Eh! Suka hati saya lah nak letak apa yang ada kat depan mata saya? 😅 Daripada membazir, baik manfaatkan. Bahan-bahan yang lain tu pun bahan berbaki yang ada dalam peti. Saya campak jer semua jadi satu hidangan yang ringkas penyediaan nya dan boleh dimakan sejuk pada cuaca panas gini memang sedappp.
Cara Memasak
- 1
Dalam mangkuk, satukan udang, garam, serbuk lada hitam, bawang putih dan minyak zaitun, gaul rata. Perap 2-3 minit.
- 2
Panaskan kuali dan masak perapan udang tadi 2-3 minit atau hingga udang bertukar warna. Angkat dan sejukkan.
- 3
Dalam mangkuk besar, satukan udang, timun, tomato, bawang merah bombay, buah delima, parsli kering, greek yogurt dan mayonis.
- 4
Masukkan juga jus lemon, gula, garam dan serbuk lada hitam. Gaul sebati dan adjust rasa mengikut sesuai selera.
- 5
Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Red Queen Fruit Pink Salad Red Queen Fruit Pink Salad
Global Apron 2024 Challenge 31: Think Pink! 🩷CHALLENGE 31: THINK PINK!#BreastCancerAwareness#PinkOctoberWithCookpadAkhir nya jumpa juga buah jambu air ni setelah beberapa hari misi pencarian nya asyik gagal. Bila kata hati beritahu bahawa ada buah jambu air di situ (kedai yang tak pernah saya kunjungi sebelum ni, asyik lalu jer depan kedai tu sebelum ni tetapi tak pernah singgah), maka betul lah rezeki saya di situ. Sebenar nya ada hikmah juga sebab nak temankan anak dara saya pergi jumpa seller yang jual kasut boot di kawasan berhampiran situ. (meeting place). Oleh kerana tak pernah pergi ke kawasan tu maka si dara saya ajak saya untuk menemani dia sebab dia takut seorang diri ke situ.Red queen kerana menggunakan buah-buahan berwarna merah. Pink pula hasil gabungan warna-warna buah-buahan terutama nya buah red dragonfruit dan yogurt. Sedap dimakan ketika sejuk. Cooksnap daripada adik manis MinIta @Rozita cayang, alang-alang masih ada berbaki buah-buahan terus buat. Sedap yakmat gabungan rasa manis masam masin nya. Masin? Sebab saya tambah sedikit garam pink himalaya.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :Buah delima (R) + pink lady apple (R) + himalaya pink salt (1) + jambu air (3) + red dragonfruit (R) + yoghurt Dapur Yusfarisyia -
Salad Kentang, Keledek & Telur Salad Kentang, Keledek & Telur
Global Apron 2024 Challenge 13: PicnicSalah satu menu untuk dibawa untuk berkelah ialah salad kentang dan telur. Kebetulan ada lebihan ubi keledek, kita campurkan sekali. Sedap bila dimakan sejuk. Pergi berkelah mesti bawa bongkah ais bubuh dalam kotak styrofoam untuk sejukkan minuman botol/tin dan makanan sejuk. Bekas untuk salad letak jer dalam kotak styrofoam yang berisi ais bila nak makan nanti salad tu masih rasa sejuk.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Kentang (1) + mayonis (1) + minyak zaitun (2) + telur (R) Dapur Yusfarisyia -
Cekodok Udang Geragau (Udang Bubok) Cekodok Udang Geragau (Udang Bubok)
Cookpad Apron 2025 : Week 11Cookpad Magic 🛒 : Week 11🛒 Kobis🛒 Cili🛒 KunyitPergi ke kampung Bako, rezeki sebab jumpa orang jual udang geragau segar. Kalau kat tempat saya di Sarawak dpanggil udang bubok. Anak udang yang kecil-kecil, halus. Selalu digunakan untuk, belacan dan cencaluk.Masa tengah pilih ikan, nampak seorang pekerja yang jual ikan tu membawa satu bekas plastik besar dan terus membuka nya sambil jerit-jerit "udang bubok³!!! Segar, sapa cepat dia dapat sebab stock tak banyak. Baru nait/darat dari air." Saya pun terus cakap nak 4 kilo. Plastik asing-asing 2 kilo. Satu plastik (2 kilo) untuk bagi dekat mak, satu plastik lagi untuk saya. Nasib baik sempat beli, sekejap jer habis. Orang ramai beli, semua pakat kata sedap buat cucur/cekodok.Hari ni saya buat cekodok sebab dah lama tak makan cekodok udang geragau. Sebenar nya belum terfikir nak buat cekodok sebab bahan-bahan lain takde kat dapur. Saya guna bahan yang ada jer, saya terlupa letak bawang besar, dah siap goreng baru perasan bawang tertinggal kat meja yang satu lagi 🤦🏼♀️adui! Faktor usia dah semakin senja ni asyik lupa. Sedap layan dengan kuah kacang atau sos pilihan. Krup krap..krup krap.... Rangup.#CookpadApron2025#Week11#CA2025 Dapur Yusfarisyia -
Ayam Goreng Korea Gochujang Ayam Goreng Korea Gochujang
Cookpad Apron 2025 Week 1Cookpad Magic Cart Week 1 :-🛒 Ayam🛒Tepung gandum🛒Tepung jagung#CookpadApron2025#Week1#CA2025 Dapur Yusfarisyia -
Thai Glass Noodle Salad Thai Glass Noodle Salad
Global Apron 2024 Challenge 33: A Taste of Thai 🇹🇭CHALLENGE 33: A TASTE OF THAI 🇹🇭Thai Glass Noodle Salad atau nama lain nya Yum Woon Sen ialah hidangan ruji di mana-mana rumah di Thailand. Mi woon sen ialah mi nipis dan jernih yang diperbuat daripada kanji kacang hijau. Jangan keliru dengan mi kaca Korea yang diperbuat daripada kanji ubi keledek dan memerlukan kaedah yang sama sekali berbeza untuk penyediaan.Di Thailand, mi kaca di anggap baik untuk mereka yang cuba untuk menurunkan berat badan. Bukan kerana ia sangat sihat tetapi kerana mi kaca boleh menyerap lebih banyak air daripada mi beras atau mi gandum. Ianya juga mempunyai rasa yang sangat sedap dengan banyak sayur-sayuran yang segar dan rangup.Oleh kerana amat terhad untuk saya mencari bahan-bahan keluaran negara Thai, maka saya guna sahaja suhun. Rasa nya juga tidak mengecewakan.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :Ayam (1) + cili thai (2) + daun ketumbar (1) + limau nipis (1) + sos nampla (2) + tomato (1) Dapur Yusfarisyia -
Pizza Udang Pizza Udang
Global Apron 2024 Challenge 20: Honey I Love You 🍯Kecewa sebab tak jumpa red radish. Kira nya nak buat pizza seafood campur red radish. Tak kan nak tunggu juga sampai jumpa red radish baru nak buat resipi untuk challenge 20 (seafood). Merata cari di segenap pelusuk supermarket. Nak beli online faham-faham jer lah Sarawak bukan nya dekat macam di Semenanjung tu waima dalam Malaysia. Entah-entah apabila sampai red radish pun dah rosak, takde guna juga kan? Hmm.. Takpe lah tak dapat bersanding di atas pentas minggu ni 😅 (bukan itu pun matlamat nya yang sebenar). Saje jer seronok memeriahkan resipi dengan kepelbagaian penggunaan bahan.Untung kenal Cookpad ni. Dalam hati risau nak mencuba bahan-bahan yang kita tak pernah masak atau kenal sebelum ni, cabar diri sendiri untuk mencuba dan mengambil pengalaman daripada bahan-bahan tersebut. Alhamdulillah yang mana sebelum ini tak suka, boleh jadi jatuh cinta apabila tahu bagaimana mengolah nya dengan bahan yang kena dengan nya, contoh nya avokado 😆 dahulu bukan main lagi tengok anak dara makan/minum langsung tak berselera. Sekarang ni tak boleh move on pulak 🤷♀️😋#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Keju (3) + MADU (R) + seafood (2) + tepung gandum (R) + basil (R) Dapur Yusfarisyia -
Percik Ikan Kembung Percik Ikan Kembung
Cookpad Apron 2025 : Week 6Cookpad Magic Cart Week 6 :-🛒 Ikan kembung🛒 SantanLama dah tak masak ikan percik. Tetiba teringin lah pulak. Selera selepas raya ni memang memilih sedikit, selera lebih kepada selera kampung, lebih-lebih lagi ikan dan ulam-ulaman. Ada ketika nya jemu jugak asyik makan ayam dan daging. Inspirasi daripada adik @ticer_cem sedap sangat, terima kasih resipi nya.#CookpadApron2025#Week6#CA2025 Dapur Yusfarisyia -
Kerabu Kulit Tembikai, Buah Lai, Mempelam & Kubis Kerabu Kulit Tembikai, Buah Lai, Mempelam & Kubis
Cookpad Apron 2025 : Week 21Cookpad Magic 🛒 Week 21 :-🛒 Kubis🛒 CiliInspirasi daripada adik @Faizah_92Saya guna bahan yang ada kat dapur. Saya skip jus limau kasturi sebab mempelam muda dah cukup masam. Sedap diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi putih dan ikan goreng.#CookpadApron2025#Week21#CA2025 Dapur Yusfarisyia -
Kerang Rebus Kerang Rebus
Cookpad Apron 2025 Week 2Cookpad Magic Cart Week 2 :-🛒 Kerang🛒 Serai#CookpadApron2025#Week2#CA2025 Dapur Yusfarisyia -
Cakoi Cakoi
Cookpad Apron 2025 : Week 15Cookpad Magic 🛒 Week 15 :-🛒 Telur🛒 Tepung gandumKuih favourite kami sekeluarga. Dulu, mak saya selalu buat untuk kami sekeluarga makan tetapi mak buah ikut versi/resipi dia sendiri. Mak buat guna yis kering dan boleh digoreng pada hari yang sama tapi doh nya tetap diperap lama lah juga, ikut keadaan cuaca/suhu. Kalau cuaca/suhu panas, memang dah boleh digoreng kerana doh cepat mengembang. Resipi mak takde sukatan, ikut naluri hati nya jer dan hasil nya memang kebabom sedap, rangup di luar dan lembut di dalam, berongga dan apabila cakoi dah sejuk, masih lembut dan tak liat.Saya pernah buat cakoi yang menggunakan sourdough starter tapi waktu tu saya belum kenal lagi Cookpad. Memang menjadi cakoi nya dan cakoi nya berongga di dalam tetapi apabila sejuk, akan rasa liat, tapi saya suka tekstur liat gitu. Cakoi yang orang cina selalu buat di tempat yang abang ipar saya beli pun rasa tekstur yang liat. Apa-apa pun, ikut tekak masing-masing kan? Asal boleh dimakan, sudah. ✌️🤗#CookpadApron2025#Week15#CA2025 Dapur Yusfarisyia -
Kerabu Ayam Goreng Kerabu Ayam Goreng
Global Apron 2024 Challenge 23: PUTIH 🤍#MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾Hari ni masak yang simple jer, goreng ayam dan campur dengan bahan sayuran yang lain. Tambah bahan perasa seperti masam, manis, masin, pedas.. Alhamdulillah sedappp 😋#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Lobak putih (2) + putih telur (1) + tepung beras (R) + tepung gandum (R) + white meat (1) Dapur Yusfarisyia -
Chicken Korma Chicken Korma
Global Apron 2024 Challenge 26: INDIAN FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberMinggu ni kita masak makanan kaum India untuk cabaran 26. Masak kari sudah, chapati pun sudah. Masak sesuatu yang keluarga saya boleh terima/makan. Kalau masak yang jarang dimakan takut pula takde siapa nak makan. Kita masak berpandukan senarai bahan Cookpad Magic Pantry dan gabung dengan bahan yang ada di pantry. Hari ni saya masak kurma ayam cuma beza nya dalam resipi ni saya ada letak yogurt dan garam masala. Penggunaan serbuk kurma pun sedikit berbanding yang pernah dimasak sebelum nya dan warna nya juga sedikit kekuningan tidak seperti warna masak kurma sebelum nya yang menggunakan banyak serbuk kurma. Jujur semua ahli keluarga saya kata sedap. Alhamdulillah si bujang kesayangan saya pun balik bercuti suprise kan mama dia. Datang dengan 'langkah kanan' kata orang tua dahulu kala maksud nya memang rezeki dia sewaktu tengah nak makan, dia pun muncul kat pintu rumah. Terus diajak makan bersama. 🤲❤️#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Ayam (1) + buah pelaga (1) + cili kering (1) + daun kari (R) + garam masala (2) + kentang (1) + kunyit (R) + minyak sapi (R) + tomato (R) + yoghurt (3) Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen