Dendeng Cili Padi #PinkBoxCereal

Daging Dendeng amat sinonim dengan musim perayaan , namun ia tidak lagi asing semasa bulan Ramadan . Walaupun prosesnya agak merumitkan , akan tetapi kenikmatan dan kelazatannya berbaloi baloi seraya dengan proses pembuatannya . Jom kita cuba !
Cara Memasak
- 1
Rebus 1 kg daging tadi tanpa dihiris. Rebus sehingga empuk atau 1/2 empuk. Kemudian kisarkan bawang merah, bawang putih serta cili padi tadi.
- 2
Di dalam bekas berasingan satukan Kicap Lemak Manis, Kicap Masin dan Kicap Nampla serta gula (jika perlu). Kacau sebati.
- 3
Apabila daging sudah cukup empuk, toskan kemudian hiris nipis mengikut ira/urat daging.
- 4
Setelah dihiris, tumbuk daging menggunakan lesung batu. Tumbuk sehingga daging kelihatan sedikit hancur/lerai dari urat. Leraikan lagi daging supaya senang untuk dimakan.
- 5
Masukkan daging yang telah lerai tadi ke dalam adunan kicap dan gaul sebati. Perap setengah jam.
- 6
Panaskan minyak, boleh masukkan serai yang diketuk, dan juga rempah 3 sekawan tadi kemudian keluarkan semula. Boleh abaikan jika tidak gemarkan rasa rempah ini. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
- 7
Apabila bahan tumisan sudah keperangan masukkan daging yang telah diperap tadi. Kecilkan api dan sentiasa kacau supaya tidak hangit. Boleh tambah sedikit air jika kelihatan hangus. Masak sehingga kelembapan yang diinginkan. Jangan sampai jadi serunding ya. Siap untuk dihidang.
Reaksi
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Dendeng Pak Zakir #pinkboxcereal #kicapdancili Dendeng Pak Zakir #pinkboxcereal #kicapdancili
Assalammualaikum semua. 🙋♀️Kali ini CN kongsikan resipi Dendeng Daging yang mudah untuk dibuat. Kombinasi kicap dan cili menjadikan dendeng ini sedap dinikmati dengan Nasi putih saja. Tak perlu ditambah menu lain lagi. Malah jika dendeng ini dimasak kering, ia boleh tahan lama dan boleh juga dibawa ke luar negara jika anda bercuti bersama keluarga.Selamat menjamu selera. ♥️#pinkboxcereal#kicapdancili#cook4shafvol2Nota:1. Boleh kurangkan atau lebihkan kuantiti kicap manis dan masin mengikut citarasa anda.2. Jika tak tahan pedas, boleh kurangkan cili kisar.3. Tumbuk daging bermula di bahagian tepinya dahulu barulah ke bahagian tengah.4. Semasa menggoreng daging, pastikan api sentiasa dijaga untuk mengelakkan ia menjadi hangus.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Daging Dendeng Daging Dendeng
Daging dendeng bermaksud daging yg dipotong nipis2. So, x kesah lah bumbunya nk buat mcm mana. Kalau kt Indonesia senang nk jumpa dendeng balado, kt Malaysia plak biasanya dendeng yg letak bnyk bawang goreng. Kt sini sya nk kongsi resipi daging dendeng yg sngt simple. Setiap kali musim raya msti org yg dtg cri daging dendeng ni ble dtg rumah. Hehehe... 😁 #dudukrumah Cikgu Faez -
21:7:23 - Daging Dendeng 21:7:23 - Daging Dendeng
ada stok daging korban tak terusik, saya buat daging dendeng makan dengan nasi impit. Buat ikut gaya sendiri versi paling ringkas. jarang sangat nak buat dendeng ni sebab prosesnya agak lama. Namun sekarang bila dah ada preassure cooker memang mudah nak masak. rebus dan tinggal je, cukup masa daging dah lembut. Lepas tu tak lah lama sangat nak nunggu bagi kering. Proses memasak jadi mudah dengan adanya salah satu daripada gajet dapur ni. Hani Shaimi -
Daging Rendang Hitam (Maraton Ramadhan) Daging Rendang Hitam (Maraton Ramadhan)
Di musim perayaan menu daging amat popular terutamanya rendang. Ia sedap dimakan bersama- sama dengan lemang atau pun ketupat. Saya sertakan disini satu resepi rendang untuk dicuba semasa hari raya nanti. Jom cuba... Norhashimah Abas -
Daging Dendeng Daging Dendeng
#CookpadApron2025#CA2025#Daging#Cili#SeraiDaging Dendeng ni sekali pandang macam daging kicap tp ada bezanya.Daging dendeng,dagingnya perlu di tumbuk,diperap dan di goreng.Daging kicap tidak perlu diperap dan digoreng terlebih dahulu...Mama masak daging dendeng ini sebab anak angkat keluarga teringin makan yg mama masak.Dia dah beli pada orang lain tapi tidak kena tekak.Tak sedap katanya.Bila mama bg dia daging dendeng ni dia terus makan dan tidak berhenti cakapa,sedapnya kak Ngah,sedap sangat🥰.. Alhamdulillah menepati cita rasanya . Dunia Hanya Sementara Fy -
Dendeng daging zulhijjah* Dendeng daging zulhijjah*
Daging korban pemberian adik yg menyembelih lembu zulhijjah thun 1441 disimpan khas utk memasak sambal dendeng hitam jni.resepi pemberian tok dr n.9...dendeng jni boleh berthn lama jka penyimpanannya dgn suhu yg betul .selamat mencuba. Miss Bola Ummi -
Daging dendeng Daging dendeng
Bahan yang mudah..tetapi...Kerja menumbuk daging tu agak sedikit remeh..Ditambah lagi dengan penggunaan bawang goreng yang dibuat sendiri....Maka..hana sendiri pun amat jarang untuk memasaknya...Jadi ia akan menjadi istimewa bila setahun sekali dua sahaja ia wujud di atas meja🤣🤭 0h Hana !! -
19:6:25 - Dendeng daging kerbau 19:6:25 - Dendeng daging kerbau
#InspirasiAidiladhaJemu nak masak kari, rendang semua. Kita dendengkan nya. Dapat daging korban ni dari anak buah. Dia dapat 12 kg daging. Tak larat nak makan banyak2 bagi saya sekilo daging kerbau dan 2 kilo daging lembu. Hari ni masak kerbau dulu. Mantap sedap buat masak dendeng ni. Hani Shaimi -
Daging Dendeng Mak Nani Daging Dendeng Mak Nani
#goldenapron2020#mingguke20Assalamualaikum semua 👋🏻Kali ini, saya mencuba resipi dari teman kesayangan saya. Dah lama simpan resipi daging dendeng Cik Nani. Baru sekarang saya berani mencuba. Daging dendeng ini adalah percubaan kali pertama yang saya masak. Selama ini saya makan saja masakan orang. Rupanya tak rugi untuk dicuba.Cuma saya olah sedikit dengan meletakkan serai kerana saya nak mengelakkan bau daging. Saya agak cerewet dan juga sedikit sensitif dengan bau daging. Dengan adanya serai dan daun limau, Alhamdullillah bau daging tu tiada. Anak-anak pun makan dengan seleranya. Bertambah-tambah nasi pula tu. Sebab tu la nama menu ni anak- anak saya yang bagi. Mereka panggil Cik Nani sebagai Mak Nani. Saya juga pautkan resipi asal Cik Nani untuk you all tengok 👇🏻https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/9268888-dendeng-pak-zakir-pinkboxcereal-kicapdancili?via=profileJangan lupa cuba ya 😍Terima Kasih CN sebab berkongsi resipi 😘 Gyna Elenna -
Sotong Mabeles #PinkBoxcereal Sotong Mabeles #PinkBoxcereal
Resepi ringkas buat bujang mahupun ibu bekerjaya . Penyediaan dan bahan yang sangat mudah serta menjimatkan masa! Resepi semudah petik jari 😋 yuyuandfoods -
Daging Dendeng Daging Dendeng
Menu berbuka sy harini. Tak selera sgt nk mkn makanan berkuah. Masak daging dendeng, mkn dengan nasi panas & telur goreng kuning gedik. Bertambah nasi! Adawiyah Mohd Sharun -
Dendeng rangup, pedas & manis Dendeng rangup, pedas & manis
Dendeng berasal dr barat Sumatera tetapi diubah suai mengikut selera setempat. Nadia Ahmad
Lebih Banyak Resipi Pilihan
Komen