
Challenge ini telah tamat
Cookpad Apron 2026: Nasi Sejuta Rasa
Kalau dah sebut nasi, memang tak ada habisnya! Nasi goreng, nasi lemak, nasi kerabu, nasi impit, nasi tomato, atau apa sahaja yang ada nasi, semua sedap! Jom sertai challenge Nasi Sejuta Rasa dan kongsikan resipi nasi kegemaran korang. Tak kira cara masak apa pun, semua diterima. Tapi ingat, nasi putih biasa tak dikira ye! Tunjukkan kreativiti korang dan buktikan yang nasi memang ada sejuta rasa! 🍚🔥
Tema Minggu Ini: Nasi Sejuta Rasa
📌 Cara nak join:
❶ Tulis resipi nasi kegemaran korang
❷ Tambahkan hashtag #CookpadApron2026 kat kisah resipi
❸ Lengkapkan jumlah sajian & tempoh masak
❹ Sekurang-kurangnya 3 langkah & 1 gambar/video langkah memasak
❺ Tempoh: 15-21 Jun 2026
Challenge ni merupakan sebahagian daripada Cookpad Apron Challenge. Kumpul sekurang-kurangnya 32 poin (1 poin seminggu) dalam perjalanan Cookpad Apron Challenge ni 💪 Jangan sampai tak cukup, pantau progres anda kat Leaderboard 📋
Tempoh Cookpad Apron Challenge 2026: 30 Mac–13 Disember 2026
Terma & Syarat
1. Resipi mestilah menggunakan foto milik anda sendiri (dilarang menggunakan foto resipi orang lain)
2. Resipi yang dikongsi boleh disiarkan di media sosial Cookpad
3. Resipi yang diterbitkan di luar tempoh Challenge tidak akan dikira sebagai penyertaan









































