
Challenge ini telah tamat
Cookpad Apron 2026: Hometown Fave
Sempena Hari Malaysia, tak ada yang lebih bermakna daripada meraikan kepelbagaian masakan dari seluruh pelosok negara kita! Asam laksa Penang yang masam pedas, nasi lemak kukus Klang yang wangi, sup torpedo Johor yang pekat, mee udang Muar yang segar, laksam Kelantan yang lemak, atau char siew Ipoh yang tersohor — setiap negeri ada hidangan yang dibanggakan! Challenge Hometown Fave ni adalah ruang untuk korang tunjukkan resipi ikonik dari tanah kelahiran korang. Malaysia Day yang paling sedap bila semua orang kongsikan keistimewaan masakan tempat masing-masing! 🇲🇾❤️
Tema Minggu Ini: Hometown Fave
📌 Cara nak join:
❶ Tulis resipi masakan hometown korang
❷ Tambahkan hashtag #CookpadApron2026 kat kisah resipi
❸ Lengkapkan jumlah sajian & tempoh masak
❹ Sekurang-kurangnya 3 langkah & 1 gambar/video langkah memasak
❺ Tempoh: 14–20 Sep 2026
Challenge ni merupakan sebahagian daripada. Kumpul sekurang-kurangnya 32 poin (1 poin seminggu) dalam perjalanan Cookpad Apron Challenge ni 💪 Jangan sampai tak cukup, pantau progres anda kat Leaderboard 📋
Tempoh Cookpad Apron Challenge 2026: 30 Mac–13 Disember 2026
Terma & Syarat
1. Resipi mestilah menggunakan foto milik anda sendiri (dilarang menggunakan foto resipi orang lain)
2. Resipi yang dikongsi boleh disiarkan di media sosial Cookpad
3. Resipi yang diterbitkan di luar tempoh Challenge tidak akan dikira sebagai penyertaan








































