
Cookpad Apron 2026: Ubi Kegemaran Kita
Ubi-ubian ni memang sebati dengan dapur Malaysia sejak zaman-berzaman! Ubi kayu rebus dengan kelapa parut, kerepek ubi kayu rangup buatan sendiri, serawa ubi keledek yang manis, bubur ubi keladi yang lembut, onde-onde ubi keledek warna-warni, atau rojak bengkuang yang segar — semua datang dari tanah Malaysia sendiri! Challenge Ubi Kegemaran Kita ni terbuka untuk semua jenis ubi — ubi kayu, ubi keledek, keladi, yam, bengkuang, kemili — asalkan ubi jadi bahan utama! Jom gali semula resipi ubi kegemaran korang dari kecil dulu! 🍠✨
Tema Minggu Ini: Ubi Kegemaran Kita
📌 Cara nak join:
❶ Tulis resipi ubi kegemaran korang
❷ Tambahkan hashtag #CookpadApron2026 kat kisah resipi
❸ Lengkapkan jumlah sajian & tempoh masak
❹ Sekurang-kurangnya 3 langkah & 1 gambar/video langkah memasak
❺ Tempoh: 21–27 Sep 2026
Challenge ni merupakan sebahagian daripada. Kumpul sekurang-kurangnya 32 poin (1 poin seminggu) dalam perjalanan Cookpad Apron Challenge ni 💪 Jangan sampai tak cukup, pantau progres anda kat Leaderboard 📋
Tempoh Cookpad Apron Challenge 2026: 30 Mac–13 Disember 2026
Terma & Syarat
1. Resipi mestilah menggunakan foto milik anda sendiri (dilarang menggunakan foto resipi orang lain)
2. Resipi yang dikongsi boleh disiarkan di media sosial Cookpad
3. Resipi yang diterbitkan di luar tempoh Challenge tidak akan dikira sebagai penyertaan





























