Rendang Simple

#goldenapron #mingguke6
Ni cara mudah nak buat Rendang Ayam cara Aznie.. walau pun simple tapi memang sedap.. masak pun tak makan masa yang lama..
Rendang Simple
#goldenapron #mingguke6
Ni cara mudah nak buat Rendang Ayam cara Aznie.. walau pun simple tapi memang sedap.. masak pun tak makan masa yang lama..
Cara Memasak
- 1
Cara
~Panaskan minyak.. masukkan paste cili kering.. masak hingga naik minyak dan cili masak... cara nak buat pes cili kisar di link ni ye... Jom tengok resipi lazat ini: Paste Cili. https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/10415962-paste-cili?token=ibjQLmL3UhMJsoQ711daLshV - 2
~Masukkan ayam.. gaul hingga sebati..
- 3
~Masukkan santan juga sedikit air...
- 4
~Masukkan pula asam keping bersama dengan kerisik..
- 5
~Kacau hingga ia hampir kering...
- 6
~Masukkan hirisan daun kunyit dan serai.. gaul hingga sebati..
- 7
~Masukkan gula dan garam secukup rasa.. tambahkan juga sedikit serbuk perisa Ajinomoto (tak bubuh pun tak pe).. kacau hingga ia masak..
- 8
~siap..
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Rendang Ayam (Arwah Abah) Rendang Ayam (Arwah Abah)
Rendang Ayam ni Aznie masak malam raya baru ni. Ni je la menu raya pertama Aznie buat. Lemang hubby beli dua batang lepas balik dari sembahyang raya. Kenapa masak ni Je?? Sebab rezeki dapat nasi briyani, ayam goreng berempah, kuah kari dengan ketiaw kicap pemberian dari keluarga teman anak lelaki Aznie. Jadi cukup la tu menu hari tu. Sebab ia bagi banyak sangat, sampai kemalam ulang makan lagi. Resepi Rendang Ayam ni resepi simple dari arwah abah Aznie. Dulu arwah abah selalu masak kat rumah, kadang-kadang bubuh rempah kari kadang- kadang tak bubuh. Tapi Aznie lebih suka bila bubuh rasa dia lagi sedap. Alfatihah tuk arwah abah. Rindu sangat dengan setiap masakannya. Air tangan abah memang terbaik. Aznie Khasri -
Rendang Ayam Rendang Ayam
Rendang Ayam, fav family Aznie. Resepi dari arwah abah. Simple je cara memasaknya, tapi sedap. Makan dengan lemak @ pulut harung memang ngam sangat-sangat. Aznie Khasri -
Rendang Ayam Rendang Ayam
Satu Malaysia terkejut bila beraya awal. Aje bagus semua nak raya lambat😂. Apakan daya gempak satu Malaysia bila dengar pengumuman raya. Time tu mak-mak kat dapur kalut dah mana yang tak beli bahan mentah lagi. Rendang wajib ada dipagi raya. Tapi Aznie tetap memilih masak rendang dipagi raya je. Walau pun dah beli bahan mentah awal kat pasar. Sebab memang dah agak tahin ni raya awal, walau pun hubby cakap raya hari selasa. Kan betul kata bini mu ni tahun ni raya awal🤣. Rendang Aznie masak ikut resepi arwah abah Aznie. Sebab yang ni sememangnya fav😍 Aznie Khasri -
Rendang Kerang Kacang Buncis Rendang Kerang Kacang Buncis
Salah satu rendang yang Aznie suka, tak lain tak bukan ialah Rendang Kerang. Selalu orang guna kacang panjang kalau buat rendang ni tapi Aznie ikut cara mak ngan abah Aznie masak. Guna kacang buncis lebih sedap dan lebih crunchy.Dua minggu lepas anak dara Aznie keluar tengok wayang dengan kawan-kawannya balik dari sekolah diorang mandi dan siap-siap dulu kat rumah ni. Dan sebelum hubby hantar diorang, suruh diorang makan dulu. Time tu Aznie buat rendang kerang. Tak sangka diorang semua suka. Baru ni anak dara bagitau kawan-kawan dia cakap "Weiii aku tak boleh blah la ngan rendang kerang mak ko ari tu dho. Asyik teringat je. Nak makan lebih malu"🤦♀️ Tu dia ayat yang anak Aznie ikut kawan-kawan dia cakap. Dasyat betul ayat budak-budak sekarang ni ye. Bergulung lidah nak cakap😂 Aznie bagitau pesan kat kawan-kawan kalau nak makan mak boleh buatkan. Sebab tau bulan depan diorang nak keluar lagi. Walau pun keluar ngan kawan-kawan, gi mana-mana memang hubby yang hantar. Risau abahnya bila anak dara keluar ni. Sebelum ni memang tak bagi dia keluar tapi sekarang dah ada sepupu dan kawan-kawan yang kenal tu bagi kelonggaran sikit. Aznie Khasri -
Rendang Daging Rendang Daging
Rendang kalau Aznie buat mesti ikut stail arwah abah. Suka masak rendang yang dicampur dengan sedikit serbuk kari. Rasa dia lagi mengancam dan memikat selera. Tak caya try la buat. Memang sedap Aznie Khasri -
Rendang Pedas Perak Rendang Pedas Perak
#1529recipe #Pejuang2KResepiHari ni Aznie masak Rendang Pedas Perak resepi dari @hana25_7someday . Sedap tau resepi ni, nak buat pun tak susah. Tapi Aznie masak ayam separuh je, sebab stok ayam tinggal tu je kat rumah. Jadi bahan-bahannya Aznie kurangkan dari resepi asal. Walau pun simple tapi rasanya memang tak mengecewakan. Tak rugi mencuba. Anak-anak pun suka, kejap je habis. Aznie Khasri -
Rendang Daging Bersama Lampung Rendang Daging Bersama Lampung
#Rendang #1340recipeMerendang hari ini. Dah lama Aznie tak masak rendang bersama lampung. Menu ni memang arwah abah Aznie selalu masak dulu, memang suka sangat ngan rendang ni. Selalu kalau arwah abah masak lampung tu yang habis dulu, semua adik beradik Aznie suka meratah ni. Bila makan ni memang auto akan teringat akan abah. Rindu tiada penghujungnya. Al fatihah untuk arwah abah🤲🏻 Aznie Khasri -
Rendang Daging Rendang Daging
Rendang Daging bersama pulut Aznie buatkan untuk bekal anak-anak kesekolah. Hubby ngan anak bujang makan siap-siap sebelum pergi kerja. Seronok rasanya bila tengok orang tersayang makan apa yang kita masak dan mereka menyukainya. Untuk anak dara Aznie bekalkan lebih bagi teman-temannya makan sekali. Aznie Khasri -
Rendang Ayam Simple Rendang Ayam Simple
Rendang ayam yang mudah dan cepat untuk disediakan..Tak renyah dan sedap dimakan bersama ketupat atau pun nasi panas.#goldenapron#1post1hopev2 Mariana Zainal -
Rendang Ayam Rendang Ayam
Rendang ayam yg sy masak ni adalah versi paling cepat, mudah dan senang. Sy guna je apa yg ada kt dapur. Sy masak cara sy... Tak perlu pening-pening..Cara memasak setiap org berbeza..Rendang pun ada banyak versi.Ada rendang tok, rendang minang, rendang negori dan lain-lain.Mungkin berbeza dari segi bahan, cara memasak atau rasa rendang-rendang berikut...Tak kisahlah mana-mana pun. Yang penting kita raikan setiap masakan org dengan kata pujian dan dorongan agar semua org bersemangat nak memasak 🥰🥳 Noor Atika Mahamood -
Rendang ayam simple #PhopbyLiniMohd Rendang ayam simple #PhopbyLiniMohd
Tetiba teringin nak makan rendang ayam dan nasi impit.Nak tunggu raya lama lagi 😁.Jom masak rendang yang simple je. Zieta Ali -
Rendang Ayam Rendang Ayam
Teringin nak makan tapi raya dah lepas. Masa raya tak pula nak merendang. Sibuk menu lain pula. Tapi takpelah sempena hari Jumaat tahun baru ini, terimalah rendang ayam.Saya suka rendang yang kuah gravy lebih sikit dan tak kering sangat. Baru sedap buat cicah. Siapa lagi yang suka?😁#goldenapron2020 Mizzanem
Lebih Banyak Resipi
Komen