Spaghetti Kuah Kari

#goldenapron
#1post1hopev2
Bila anak-anak mintak buatkan spaghetti. Mama tukar kuah ye. Kuah kari ni memang anak-anak suka. Resepi istimewa dari Ibu tercinta. Makan tak cukup sepinggan.
Spaghetti Kuah Kari
#goldenapron
#1post1hopev2
Bila anak-anak mintak buatkan spaghetti. Mama tukar kuah ye. Kuah kari ni memang anak-anak suka. Resepi istimewa dari Ibu tercinta. Makan tak cukup sepinggan.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan
- 2
Rebus spaghetti
- 3
Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar. Kemudian masukkan cili kisar, serbuk kunyit, serbuk kari daging dan serbuk kari ikan. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.
- 4
Masukkan 2 cawan air. Biarkan mendidih. Masukkan ayam, fishball, fishcake, isi kerang, tomato, udang dan kacang panjang. Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah cair tambah sedikit air. Kalau nak pekat, tak perlu tambah air. Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya. Last sekali masukan tauhu kering. Tunggu sampai kuah mendidih. Siap, boleh dihidangkan. Boleh juga dihidangkan bersama cili merah, sawi, taugeh, limau kasturi dan bawang goreng.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Spaghetti Kari Spaghetti Kari
Musim2 cuti sekolah ni anak2 sering kelaparan kat rumah. Mak mak memang kena sentiasa ligat berfikir nak masak apa setiap hari.Baru2 ni anak duk zikir nak makan spaghetti sebab dah lama tak makan. So mama pun laju je masuk dapur nak beraksi. Pung pang pung pang siapkan semua bahan. Sekali masa nak buat kuah baru perasan sos spaghetti yang dalam botol dah habis.Akhirnya terpaksalah mama buat sendiri sos tu. Saja la tambah serbuk kari sebab nak pedas2 barulah tak rasa muak. Hentam saja la kan. Yang penting masa makan anak2 puji sedaplah mama kuah ni. Alhamdulillah anak2 suka.Selamat Mencuba ye! 😍#goldenapron#minggu20#saturesepisatupohon Nor Zahida Aini -
Mee Kari Mee Kari
Beginilah bila teringin nak makan. Kalau beli, ada manis, ada kurang tu, ada kurang ni. Haih cerewet la pulak.Kenalah merajinkan diri memasak.Anak-anak Iman tak makan sangat kari ni. Jadinya Iman masak sikit je, punyalah confiden anak tak makan. Iman buatkan depa sup.Cuba resepi Kak Netie Rose, depa boleh pakat makan mee kari pulak, tak cukup la. Kira sedap la tu kanSedap memang kena masak lagi. Tapi nak memasak lagi tu tah bila rajinnya nak datang. Hahahaha. Iman Hasanah Musa -
-
Spaghetti Marinara Spaghetti Marinara
Selera orang putih bertandang sekali sekala maka kenalah buat. Keluarga suka hidangan spaghetti terutama anak-anak mesti bertambah, kadang-kadang dah habis pun bertanya lagi. Simple dan sangat mudah disediakan bolehlah buat lagi lepas ni. Saya masak istimewa untuk anak-anak dan suami. Julia ALeen Aireish -
Kari Kepala Ikan Kari Kepala Ikan
Masak apa mengimbau zaman kanak-kanak?Masak kari kepala ikan ni.Kecik-kecik dulu, gulai @ kari ni antara lauk yang selalu ada didapur mak akaj. Biasanya gulai/kari ikan temenung @ ikan ketul. Sekali sekala muncullah kari kepala ikan.Kenapa gulai/kari? Sebab ia mudah disediakan plus dimasak dalam kuantiti yang banyak. Ada isi, ada kuah. Senang nak jamu anak-anak yang ramai. Keluarga kami memang sukakan gulai/kari.Bila dah kahwin dan berkeluarga suami dan anak-anak pun suka. Maka berterusanlah kari menjadi menu yang kerap enterframe dalam dapur akak 😁.Resepi ni akak cooksnap drpd cookpader Meor dengan olahan pada bahan dan cara penyediaannya. Norashikin Rahmat -
Spaghetti Kuah Kari Spaghetti Kuah Kari
Kita kahwinkan spaghetti mat saleh dengan kari melayu😁..Alhamdulillah dapat restu kedua dua nya..😄Sedap😋.. Kita buat dia..Menu dinner.. InshaaAllah AlhamdulillahMain Kahwin Kahwin 💕 Julia ALeen Aireish -
Spaghetti Ayam Berkrim #phoppercuma Spaghetti Ayam Berkrim #phoppercuma
Sebenarnya pertama kali saya memasak spaghetti kuah krim ni. Anak-anak suka sangat makan menu ni kat kedai. Jadi kali ni saya cuba memasaknya. Resepi ni olahan saya sendiri setelah merujuk pelbagai resepi spaghetti di google 😁 Nurul Razali -
-
Mee Kari Ketam Mee Kari Ketam
#minggu18#goldenapron2020#cookpadmalaysiaAlkisah suami ttiba teringin nak makan kari ketam..bila dah beli ketam.. Dia mintak lak buat mee kari ketam. Mujur la petiais kt rumah ni ada.. Ingt poket doreamon boleh la mintak apa yang dihajatkan... 1st time cuba alhamdulillah... Ternyata menjadi.. Yeayyyy... Happy sb cik abg pun suka Nur Hani Yahaya
Lebih Banyak Resipi
Komen