Pais Tempoyak Ikan Patin

Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
Malaysia

Sebenarnya agak susah mendapat ikan patin sangkar Temerloh dikedai kawasan rumah Shah Alam. Kebetulan beberapa hari lepas ke Terengganu kerana ambik anak yang sekolah di sana, saat-saat yang selalu dinantikan. Jadi berpeluang lah untuk singgah gerai ikan tepi sungai Temerloh untuk membeli ikan segar. Pastu kena masak untuk menyiapkan task 3, food photograpy, maka sekali harung plan untuk upload resepi ini kat Cookpad. Resepi yang mudah dan sedap ini memang pujaan anak-anak dan suami kerana kami hanya makan ikan patin Temerloh sahaja dan bukan ikan patin pasaraya untuk elak rasa was-was. Sedap tau sehingga menjilat jari👍😋 #goldenapron

Pais Tempoyak Ikan Patin

12 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

6-7 orang
  1. 1ekor ikan patin
  2. 5-6sudu besar tempoyak
  3. 3 helaidaun kunyit
  4. 10biji cili padi merah
  5. 1inci kunyit
  6. Seikat daun kesum
  7. 1sudu kecil garam
  8. 1sudu besar gula
  9. 2sudu besar asam jawa untuk mencuci ikan (optional)
  10. Daunpisang untuk membungkus
  11. 2sudu besar minyak (untuk membakar)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

  2. 2

    Cuci ikan sebersihnya dengan air biasa dahulu kemudian cuci dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau ikan. Kelar ikan supaya bahan yang akan dilumur nanti meresap rasa

  3. 3

    Tumbuk cili padi dan kunyit sehingga lumat. Kemudian masukkan tempoyak, garam dan gula

  4. 4

    Gaul sehingga sebati

  5. 5

    Susun daun pisang dalam magic pan. Lapik sehelai daun kunyit dibawah ikan. Letak daun kesum dan sehelai daun kunyit yang dihiris halus bawah ikan, dalam perut ikan dan atas ikan. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dalam perut ikan dan lumurkan juga di atas di sekeliling ikan. Bungkus kemas, letakkan minyak dibawah daun pisang untuk dibakar. Bakar menggunakan api yang perlahan sehingga masak.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
pada
Malaysia
Suka memasak bila masa rajin walaupun tak pandai memasak sangat. Suka makan dan suka snap gambar makanan😍Hanya menggunakan gula perang dan garam himalaya sahaja dalam semua masakan kecuali dinyatakan☺️Jemputlah mencuba resepi harian yang selalu saya masak ini dan boleh juga diolah mengikut citarasa masing-masing. Selera setiap orang kan tak sama😌
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya