Nasi Kukus Ayam Cendawan Leftover

 Jeehan Kitchen
Jeehan Kitchen @Malindo
Johor Bahru

#leftover
#goldenapron
#week21
#SatuResepiSatuPohon
#madebyjeehan
#cookpadmalaysia

Balik dari makan Ayam kat McDonald's,kalau ayam x habis,memang saya selalu tapau,( saya muka x malu🤭😁). walaupun ayam dah kena cubit cubit manja😁,.saya masukan dalam plastik bag juga. Kat rumah ada sisa nasi semalam,adalah dalam 2 cawan. Bosan kalau di buat nasi goreng jer. Apa kata saya sulap nasi sisa n ayam sisa dari McDonald's tuh,jadi makanan yang lazat. Tadaaa... terciptalah idea untuk membuat Nasi Kukus Ayam Cendawan Leftover. Sebetulnya resepi ini haruslah menggunakan ayam segar dan di masak dengan cendawan dan bumbu-bumbu. Nasinya juga biasanya nasi yang telah di bumbui dan separuh masak ,barulah di kukus didalam mangkuk /acuan tahan Panas kemudian di kukus untuk memasaknya. Tapi kerana ini Recycle...so saya ubah cara masaknya, dan tetap mendapat rasa yang enak dan lazat. Jom kita tengok macam mana cara membuat nya😊. Give a try and happy cooking guy's 😘😘😘

Nasi Kukus Ayam Cendawan Leftover

1 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 Minit
2 Orang
  1. 1 1/2Ketul Ayam goreng dicarik kasar
  2. 1biji Telur rebus di belah 2
  3. 2 CawanNasi Sisa
  4. 3biji Cendawan Shitake dihiris
  5. 1 batanghirisan Daun bawang
  6. 1sdb Minyak Canola
  7. 1Sdk Minyak bijan
  8. 1 UlasBawang putih di cencang halus
  9. 5 gHalia muda di cencang halus
  10. 75 mlAir /air rebusan ayam
  11. 1/4Kiub Pati Ayam non MSG
  12. 2Sdb Minyak sayur
  13. 2Sdk Minyak bijan
  14. 3 UlasBawang putih di cencang halus
  15. 5 gHalia muda di cencang halus
  16. 100 mlAir/Air rebusan Ayam
  17. 1/4Kiub Pati Ayam non MSG
  18. 2Sdb Kicap Manis
  19. 1sdb Sos tiram
  20. 1/2Sdk Serbuk Lada Putih/AjiShio Pepper

Cara Memasak

30 Minit
  1. 1

    Carik.kasar sisa ayam goreng,hiris cendawan Shitake, cencang halus bawang putih dan Halia muda

  2. 2

    Untuk nasi : panaskan 1 sdb minyak sayur dan 1 Sdk Minyak bijan, tumiskan 1 Ulas Bawang putih cencang dan 5 Halia cencang, tuangkan 75 ml air,dan Kiub Pati Ayam,masak hingga mendidih.

  3. 3

    Tuangkan kedalam nasi,kacau sebati.ketepikan

  4. 4

    Panaskan 2 Sdb Minyak sayur dan 2 Sdk Minyak bijan, tumiskan 3 Ulas Bawang putih cencang dan 5 g Halia muda cencang.

  5. 5

    Masukan hirisan cendawan Shitake,gaul rata,masak hingga lembut.

  6. 6

    Masukan isi ayam, Kicap manis, Sos tiram, Kiub Pati Ayam, serbuk lada putih, dan 100 ml air, kacau sebati

  7. 7

    Masak hingga air menyusut.

  8. 8

    Tutup api, masukan hirisan Daun bawang gaul rata

  9. 9

    Letak sepotong telur di dasar mangkuk.

  10. 10

    Masukan tumisan ayam cendawan

  11. 11

    Masukan nasi tadi, dan padatkan

  12. 12

    Kukus nasi selama 20 Minit.

  13. 13

    Angkat dan keluarkan nasi, hidang semasa panas. Boleh dihidangkan dengan kuah sup ayam.(kalau ada)

  14. 14

    Selamat mencuba dan semoga berjaya 😘😘😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
 Jeehan Kitchen
pada
Johor Bahru
I am an ordinary housewife, I have one lovely daughter, I love Cooking, Baking, Traveling, and I like to share recipes that I have ever tried. And I really enjoy this life
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya