Mee Kari Nyonya

Fida's Little Kitchen
Fida's Little Kitchen @littlekitch3n

Kuah mee kari ini berbeza dengan kuah mee kari biasa kerana asas kuahnya dibuat dengan air rebusan ayam dan udang.

Mee Kari Nyonya

5 orang bercadang membuatnya

Kuah mee kari ini berbeza dengan kuah mee kari biasa kerana asas kuahnya dibuat dengan air rebusan ayam dan udang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5 orang
  1. Bahan untuk direbus:
  2. 4peha ayam
  3. 3 batangserai
  4. 3hiris lengkuas
  5. 2 literair
  6. Bahan untuk dikisar:
  7. 10biji cili kering - dipotong dan direndam
  8. 8 ulasbawang merah
  9. 3 ulasbawang putih
  10. 15 ghalia
  11. 4 batangserai
  12. 15 glengkuas
  13. 20 gudang kering
  14. 6biji buah keras
  15. Bahan lain:
  16. 3sudu besar serbuk kari
  17. 20 gbelacan
  18. 2kiub stok ayam Maggi
  19. 50 mlsantan kotak
  20. 6biji telur direbus
  21. 800 gudang
  22. Sedikittauhu goreng
  23. Sedikitfishball
  24. Sedikitsawi dan kacang panjang
  25. Garam dan gula
  26. 1/4 cawanminyak masak
  27. Daunsup
  28. Bawang goreng
  29. Bahan hiasan:
  30. Daunbawang
  31. Cili masak - dihiris
  32. Limau kasturi

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus ayam dalam 1 liter air. Masukkan serai, lengkuas dan 1 sudu kecil garam. Rebus lebih kurang setengah jam.

  2. 2

    Bersihkan udang, cuma gunting bahagian muncung udang dan biarkan kepala dan kulit. Perasakan dengan sedikit garam.

  3. 3

    Panaskan minyak, goreng udang sebentar dan angkat.

  4. 4

    Dalam minyak yang sama, goreng belacan sebentar dan kemudian masukkan bahan yg sudah dikisar. Masukkan juga serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak.

  5. 5

    Keluarkan ayam yang telah direbus. Carik-carik isinya dan asingkan. Simpan air rebusan.

  6. 6

    Bila bahan tumisan dah pecah minyak, masukkan air rebusan + 1 liter air dan stok ayam. Bila mendidih, masukkan fishball dan tofu. Kemudian masukkan santan dan perlahankan api. Rasa garam dan gula. Tambah garam gula jika perlu.

  7. 7

    Celur sawi dan kacang panjang dalam air yang diletak sedikit garam.

  8. 8

    Hidangkan mee/bihun/kue teow dengan kuah kari dan hiaskan dengan udang goreng, ayam, sayur, telur rebus dan bawang goreng.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Fida's Little Kitchen
Fida's Little Kitchen @littlekitch3n
pada

Komen

Resipi Sepertinya