Salad Betik Pedas (Som Tam)

#admincookoff
#lovefromcookpadmy
#cookpadThailand
#cooksnap
Hidangan yang jarang-jarang buat tapi sesekali buat memang terangkat...mencuba resipi admin cookpad Thailand walaupun ada satu bahan tak cukup (sos ikan) tapi tetap terasa aura Som Tam yang padu
Salad Betik Pedas (Som Tam)
#admincookoff
#lovefromcookpadmy
#cookpadThailand
#cooksnap
Hidangan yang jarang-jarang buat tapi sesekali buat memang terangkat...mencuba resipi admin cookpad Thailand walaupun ada satu bahan tak cukup (sos ikan) tapi tetap terasa aura Som Tam yang padu
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.Sagat siap-siap buah betik dan mangga muda.Sangai kacang tanah dan udang kering
- 2
Tumbuk bawang putih dan cili api kemudian masukkan kacang tanah dan udang kering.Tumbuk kasar sahaja.
- 3
Satukan ke dalam hirisan betik,mangga muda,tomato dan kacang panjang.Perah limau nipis dan perasakan dengan sedikit gula.Boleh letak sos ikan kalau ada.Saya tak de sos ikan jadi saya ganti dengan secubit garam je...
- 4
Siap Som Tam kita....
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Salad Betik Pedas Thai (Som Tam) Salad Betik Pedas Thai (Som Tam)
#admincookoff#lovefromcookpadmy#cooksnapTengahari tadi Aznie buat lagi menu ni. Semalam sebenarnya dah buat jugak. Tapi rasa macam tak cukup la pulak jadi hari ni Aznie buat lebih.. hihihi.. seronok tengok admin-admin cookpad ni masak. Yang ni Aznie buat resepi Som Tam ikut seperti yang admin dari Thailand ajar baru ni.. resepi dari cookpaders sana juga. Selalu kalau pergi kedai makan siam tengok ramai yang order ni. Teringinnya nak makan tapi bila ingat yang ni ada bubuh limau jadi terpaksa lupakan.. Bila dapat resepi ni seronok sangat sebab kita bole ubah bahan ikut selera kita jadi Aznie gantikan limau dengan cuka je. Aduiiiii sedapnya lahaiii.. rasa memang memikat selera..🥰 Aznie Khasri -
Som Tum Som Tum
#admincookoff#cooksnap#goldenapron2020Sebenarnya saya terlepas edisi live bersama admin cookpad kelmarin. Tapi bila saya scroll newsfeed Cookpad Malaysia, ternampak pula som Tum kegemaran saya. Haihhhh.. kebetulan pula semalam ketika saya pulang ke kampung suami, suami petikkan mangga dan betik muda untuk dibawa pulang. Seperti orang mengantuk disorong bantal. Semua bahan mencukupi. Terus saya siapkan Som Tum mengikut cara admin dari Thailand. Cuma sukatan pada bahan saya kena lebihkan sebab saya buat dalam kuantiti yang lebih banyak dari resipi asal.Rasanya pedas, masam manis secukup rasa. Makan begitu je pun sedap.Thank you admin Thailand for the recipe!!Selamat Mencuba!! Gyna Elenna -
Salad Betik Pedas Thai (SOMTAM) Salad Betik Pedas Thai (SOMTAM)
Sempat lagi mencuba salah satu resepi #cooksnaplive dari negara Thailand. Saya memang favourite dengan kerabu thai somtam. Selalu menggunakan mangga muda. Sesekali mencuba dengan betik muda.#goldenapron2020#admincookoff Mizzanem -
SALAD THAILAND (som tam) SALAD THAILAND (som tam)
#goldenapron2020#admincookoff#lovefromcookpadmy#cooksnapResepi yang mudah ..sedap sgt..walaupun pertama kali buat....😍😍 0h Hana !! -
Salad Mangga Pedas Thai Salad Mangga Pedas Thai
#admincookoff #lovefromcookpadmy #cooksnapSeronok sangat dapat mencuba resipi #admincookoff dari Thailand ini. Walaupun Yani tak ada lesung batu yang besar seperti kebanyakan orang biasa guna untuk buat resipi ini, Yani berjaya juga buat dengan cara Yani sendiri. Kita yang buat dia kan...😄😍Ok, jom tengok resipi ini. Nur Azliani Amer -
Salad Betik Thailand (Som Tam) Salad Betik Thailand (Som Tam)
#admincookoff#lovefromcookpadmy#cooksnap#goldenapron2020#cookpadthailand#cookpadmalaysia#miaoBila tengok admin Cookpad Thailand (Miao) buat salad betik, aduh terliur sungguh. Tak sabar nak buat. Lepas habis je live demo tu saya terus ke dapur untuk menyediakan bahan-bahan untuk som tam sebab kesemua bahan-bahan saya sudah suruh somi belikan pada hari sebelum demo tu. Sewaktu menyediakan bahan- bahan tu mulut saya tak henti-henti berbunyi- bunyi isshhh sebab menahan air liur 😂. Betik tu saya minta jiran sebelah rumah sebab jiran saya memang ada menanam pokok betik. Terima kasih Su kerana memberi buah betik tu. Semoga murah rezeki Su. Dapur Yusfarisyia -
Som Tam (Salad Betik Pedas Thai) Som Tam (Salad Betik Pedas Thai)
Masih ingat lagi admin coof off tahun lepas. Menu Som Tam ni memang Aznie suka sangat. Seronok betul bila dapat buat sendiri. Puas dapat makan. Hari ni belum makan nasi lagi kenyang ratah Som Tam je😂. Memang ngam pa sangat dengan tema 'S' kan.. Anak dara Aznie heran je tengok maknya makan ni. Sedap ke katanya. Ehhh sedap la ce makan. Tak nak katanya sambil makan super ring🤦🏻♀️. Dia ni memang susah sikit bab makan ni. Bab makan memang milih, kalau dia rasa ganjil dia tengok je. Tak macam abang ngan adiknya semua pun makan. Apa-apa pun mak happy dapat ratah Som Tam🤣 Aznie Khasri -
Salad betik@ Som tam Salad betik@ Som tam
#admincookoff#lovefromcookpadmy#goldenapron2020Makanan fav tak lepas peluang kalau ke pantai timur kelantan. Kali ni rasa menu yang sendiri buat. Makan puas-puas Ani Delighted -
Som tam maggi Som tam maggi
Maggi dan som tam adalah makanan kegemaran saya. Jadi saya cuba campurkan kedua² menjadi satu resepi. Boleh makan 2 dalam 1 😘 NorLinda Ahmad -
Som Tam Betik Som Tam Betik
#marathonRaya#kudapan#peraduanResepi#minggu4Sambil menonton TV mengadap som tam memang mengasyikkan. Aziela Amin -
Som Tam : Kerabu Betik Hijau Pedas dengan Udang Thai Style(Som-tum Koong Sod) Som Tam : Kerabu Betik Hijau Pedas dengan Udang Thai Style(Som-tum Koong Sod)
#ThaiStyleSalam..alhamdulillah dapat juga cooksnap ke Thailand.😅 Koong sgt..Koong sampai bersiul..😆salad Versi ada udang untuk menarik minat anak nak makan..#goldenapron2020 Sesimple Loralin -
Som Tam Versi Campak Som Tam Versi Campak
Sayang melihat buah betik yang diberi mak mertua yang tak dimanfaatkan kerana dalam minggu ni saya tak berapa sihat, demam, batuk dan selsema. Tengok pula buah mangga tepi rumah ada yang jatuh terus tekak terasa nak makan yang pedas dan masam. Terus terfikir nak buat som tam ikut selera sendiri. Ini dinamakan versi campak sebab malas nak potong sama saiz. Ada alat penyagat yang saiz lebih besar sedikit tapi tak tahu kat mana disimpan. Bila nak guna jenuh mencari tak jumpa. Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)