Laksa Paste Tomyum 2021😋

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Menu Favorite dihari Pertama 2021.Dari hari ke hari nak masak laksa tetapi terbantut dek tugasan yang banyak sampailah menjelangnya Tahun baru 2021 baru dapat menyediakannya.Harini Saya memilih menu Laksa untuk hidangan santai2 bersama suami Tersayang Sempena CutiTahun Baru.Namun kali ini kuah laksa lain sikit dari biasa saya buat.Saja cuba untuk kelainan tapi tak sangka pula ia sangat sedap dan kena dengan selera saya dan suami.

Laksa Paste Tomyum 2021😋

17 orang bercadang membuatnya

Menu Favorite dihari Pertama 2021.Dari hari ke hari nak masak laksa tetapi terbantut dek tugasan yang banyak sampailah menjelangnya Tahun baru 2021 baru dapat menyediakannya.Harini Saya memilih menu Laksa untuk hidangan santai2 bersama suami Tersayang Sempena CutiTahun Baru.Namun kali ini kuah laksa lain sikit dari biasa saya buat.Saja cuba untuk kelainan tapi tak sangka pula ia sangat sedap dan kena dengan selera saya dan suami.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 minit
4 orang
  1. 1peket laksa kering atau laksa homemade
  2. 1 TinSardin Ayam Brand(Besar)
  3. 1peket paste Sambal Tumis maggi
  4. 1sudu besar membukit paste Tomyum
  5. 2 ulasbawang putih
  6. 5 ulasbawang merah
  7. 1inci belacan
  8. 1ikat daun kesum
  9. 1kuntum bunga kantan
  10. 1 potongnenas dihiris nipis
  11. 4 kepingasam gelugur/asam keping
  12. Air secukupnya untuk kuah(anggaran 5 cawan)
  13. 2sd kecil maggi cukup rasa
  14. 1sd kecil garam halus
  15. 3sudu besar mibyak untuk menumis
  16. Bahan tambahan dan ulam:
  17. Telur rebus dibelah dua
  18. Timun dihiris halus
  19. Nenas dihiris halus
  20. Bunga kantan hiris halus
  21. Bawang besar hiris nipis
  22. Cili padi (pilihan)
  23. Daunpudina

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Rebus laksa sehingga lembut,tos dan ketepikan.

  2. 2

    Blend bawang putih dan bawang merah serta belacan dengan sedikit air.Panaskan minyak tumis bahan yang di blend.

  3. 3

    Masukkan paste sambal Tumis maggi dan paste Tomyum.Kacau sebati dan masak sehingga pecah minyak.

  4. 4

    Masukkan isi ikan sardin yang sudah di blend halus bersama Sosnya.Masukkan 5 cawan air.

  5. 5

    Masukkan daun kesum,bunga kantan dan hirisan nenas serta asam keping.Masukkan garam,maggi cukup rasa.kacau sebati dan biar hingga mendidih.

  6. 6

    Sebelom matikan api rasa kuah laksa dan seimbangkan rasa masam dan masinnya.Bolehlah dihidangkan bersama mee laksa yang sudah siap direbus dan di toskan.

  7. 7

    Hiaskan dan tambah hidangan laksa dengan telur rebus serta ulam - ulaman yang disukai..Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya