Udang Masak Tempoyak

Yann Ansh
Yann Ansh @y4nn4nsh0802

Resepi ni merupakan salah satu resepi kegemaran keluarga saya. Kalau dapat menu ni, makan tak pandang kiri kanan da.

Udang Masak Tempoyak

Resepi ni merupakan salah satu resepi kegemaran keluarga saya. Kalau dapat menu ni, makan tak pandang kiri kanan da.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
6 orang
  1. Udang kertas atau udang besar
  2. Cili api hijau segenggam*(nak pedas letak lebih ikot suka)
  3. Cili besa hijau 3/4 biji*
  4. Bawang merah 5/6 biji*
  5. Bawang putih 4/5 ulas*
  6. Tempoyak 4 sudu besar atau lebih (saya suka lebih)
  7. Serai 2 batang (ketuk)
  8. Daunkunyit
  9. Sedikitserbuk kunyit
  10. Garam
  11. Perasa aji (kalau nak)

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Blenderkan semua bahan yang bertanda *

  2. 2

    Tumis bahan bahan kisar* dengan minyak, masukkan daun kunyit, serai dan serbuk kunyit.

  3. 3

    Tumis sampai naik minyak, masukkan tempoyak dan sedikit air

  4. 4

    Pastikan tempoyak dan cili benar2 sebati, keringkan sehingga pekat sedikit, perasakan dengan garam.

  5. 5

    Selepas sambal tempoyak dah agak kering dan likat, masukkan udang. Selesai.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Yann Ansh
Yann Ansh @y4nn4nsh0802
pada

Komen (2)

MinSha
MinSha @sasha_sabrina
fevereetttttttttt!!! nampak sedap sangat 🤤🤤🤤🤤. halah halah.. mana nak cari tempoyak ni. terliur sudah🤤🤤🤤

Resipi Sepertinya