Mee Soto

Aniza Bt Abu Bakar
Aniza Bt Abu Bakar @sis_aniza

#tribute2minsha
Hai minsha... Sempena bln kelahiran minsha, Sis kongsi resepi mee soto cara sis.

Mee Soto

#tribute2minsha
Hai minsha... Sempena bln kelahiran minsha, Sis kongsi resepi mee soto cara sis.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
4 orang
  1. 250 grammee
  2. 2ketul isi ayam
  3. 1biji Bawang besar
  4. 1 ulasbawang putih
  5. 1 batangserai
  6. 3sudu rempah soto
  7. Gula secukupnya
  8. Garam secukupnya
  9. 2 literair
  10. 3sudu minyak
  11. Sambal Kicap
  12. 1 botolkicap lemak manis
  13. Segenggam Cili api + sebiji bawang putih
  14. Begedil
  15. 3biji kentang
  16. 1sudu kecil garam
  17. 1pokok daun bawang
  18. 2sudu besar tepung jagung
  19. 2sudu bawang goreng
  20. Daunsop
  21. Minyak secukupnya
  22. Aksesori tambahan
  23. 2biji telur
  24. Bawang goreng
  25. Taugeh
  26. Daunsop
  27. Daunbawang

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Celur mee dan toskan

  2. 2

    Blender bawang besar dan bawang putih, lps tu tumis bahan blender serta masuk rempah soto. Ketuk serai. Masukkan serai sekali. Tumis sehingga naik minyak

  3. 3

    Masukkan ayam, biar sekejap sehingga ayam separuh masak. Lps tu masukkan air, garam, gula secukupnya. Biarkan mendidih.

  4. 4

    Bila dah mendidih boleh ambil ayam dan sejukkan dan boleh carikkan isi ayam tersebut.

  5. 5

    Untuk begedil pula, rebus kentang sehingga masak. Bila dah masak lenyek kentang sehingga hancur. Campurkan dgn tepung jagung, garam, bawang goreng dan daun bawang. Gaul sebati dan bentukkan. Saya buat bentuk leper.

  6. 6

    Bila dah siap bentukkan semua. Ambil sebiji telur dan pukul dgn garfu. Celup begedil ke dalam telur dan goreng.

  7. 7

    Untuk sambal kicap, blender segenggam cili api, sebiji bawang putih dengan sebotol kicap lemak manis sehingga hancur.

  8. 8

    Saya suka tambah telur bila makan sop. Kpd yang tak suka boleh abaikan.

  9. 9

    Bila dah siap semua, bolehlah makan dengan family

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Aniza Bt Abu Bakar
pada
Memasak telah menjadi terapi jiwaku
Baca lagi

Komen (2)

MinSha
MinSha @sasha_sabrina
perrrghhh. best nya buat mee soto sendiri. puas hati kan!

Resipi Sepertinya