Laksa Lemak Mee Lidi

Salam Laksa 1 Malaysia.
Kecoh betul isu laksa ni. Bukan apa, yg jadi kemarahan orang, dia melekehkan laksa orang lain. Tak salah nak pertahankan resipi asli menggunakan bahan apa dalam laksa masing-masing. Cuma jangan perlekehkan. Itu je yang menjadi kemarahan orang.
Yang membalas pun sama. Jangan perlekeh pulak resipi diaorang. Semua laksa ada keistimewaan sendiri. Nak defend, defend je laksa sendiri, jangan hina.
Faa bukan hantu laksa, tapi semua laksa faa makan. Yang tak pernah rasa dan teringin nak rasa dari dulu lagi, Laksa Mee Pangkor. Sebab unik dan nampak menyelerakan. Nak buat sendiri takut tak menjadi. Teringin nak makan yang ori. Kena tunggu habis pkp. Ehh macam pantun pulak 🤣.
Ok ni faa nak share laksa lemak versi keluarga mertua. Makan dengan mee lidi yang dicelur. Pertama kali faa makan, bila berkahwin dengan suami. Mak mertua masakkan. Syarat utama, wajib makan dengan tangan. Memang terangkat!
Kuahnya sama mcm laksa lemak Terengganu sbb mertua memang keluarga asal dari Terengganu. Cuma makan dengan mee lidi. Faa tak pasti guna mee lidi ni asal dari Terengganu atau Pahang. Takpe, yang penting sedap.
Kali ni faa cuba masak versi faa sendiri. Menambah nambah suami faa makan. Alhamdulillah. Resipi mak mertua tak bubuh daun kesum, faa saje tambah untuk aroma laksa tu. 😍
Laksa Lemak Mee Lidi
Salam Laksa 1 Malaysia.
Kecoh betul isu laksa ni. Bukan apa, yg jadi kemarahan orang, dia melekehkan laksa orang lain. Tak salah nak pertahankan resipi asli menggunakan bahan apa dalam laksa masing-masing. Cuma jangan perlekehkan. Itu je yang menjadi kemarahan orang.
Yang membalas pun sama. Jangan perlekeh pulak resipi diaorang. Semua laksa ada keistimewaan sendiri. Nak defend, defend je laksa sendiri, jangan hina.
Faa bukan hantu laksa, tapi semua laksa faa makan. Yang tak pernah rasa dan teringin nak rasa dari dulu lagi, Laksa Mee Pangkor. Sebab unik dan nampak menyelerakan. Nak buat sendiri takut tak menjadi. Teringin nak makan yang ori. Kena tunggu habis pkp. Ehh macam pantun pulak 🤣.
Ok ni faa nak share laksa lemak versi keluarga mertua. Makan dengan mee lidi yang dicelur. Pertama kali faa makan, bila berkahwin dengan suami. Mak mertua masakkan. Syarat utama, wajib makan dengan tangan. Memang terangkat!
Kuahnya sama mcm laksa lemak Terengganu sbb mertua memang keluarga asal dari Terengganu. Cuma makan dengan mee lidi. Faa tak pasti guna mee lidi ni asal dari Terengganu atau Pahang. Takpe, yang penting sedap.
Kali ni faa cuba masak versi faa sendiri. Menambah nambah suami faa makan. Alhamdulillah. Resipi mak mertua tak bubuh daun kesum, faa saje tambah untuk aroma laksa tu. 😍
Cara Memasak
- 1
Rebus ikan sardin dengan air secukupnya dan 3 asam keping. Bila air dah surut separuh, ikan dah masak, tutup api dan sejukkan. Asingkan isi dan tulang ikan. Tulang jangan buang.
Masukkan isi ikan dan air rebusan ikan dalam blender, kisar hingga halus. Masuk dalam periuk.
- 2
Masukkan asam keping direbus dengan ikan tadi dan asam keping baru kedalam periuk. Blend bawang besar, lada hitam dengan sedikit air sampai lumat. Masuk kedalam periuk.
- 3
Kisar tulang ikan dengan sedikit air sampai hancur. Tapiskan, pastikan betul betul tiada tulang ikan. Masukkan kedalam periuk. Buka api besar, kacau sebati.
- 4
Masukkan daun kesum, perasakan garam dan gula. Kacau sentiasa sampai mendidih. Bila dah masak sekata dan secukup rasa, tutup api.
- 5
Didihkan air dengan sedikit garam. Celur mee lidi hingga lembut. Tapis dan bilas. Toskan mee sampai kering.
Untuk air lada, kisar cili api dengan cuka, garam dan gula secukup rasa. Hidangkan mee lidi dengan kuah laksa lemak, hirisan timun, hirisan salad dan air lada.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Laksa Lemak Terengganu Laksa Lemak Terengganu
#goldenapron2020Laksa lemak ni yg berasal dari negeri kelahiran saya Terengganu adalah kejadian semalam saya buat..jemu makan nasi hari2..sekali-sekala apa salahnya beralih selera kan..saya buat utk sarapan sampai ke petang..alhamdulillah habis licin..suami & anak2 saya suka makan..tapi kalau diikutkan..saya lebih suka laksa gandum yg kuning tu @ pun org Terengganu panggil laksa lidi. Tapi di sebabkan laksa tu dah habis stok..saya buat laksa beras ni je..pemberian drp mak saya..memang dia beri kpd saya utk buat stok..maklum la..bukannya selalu dpt balik kampung..saya suka mkn laksa ni gaul & suap dgn tangan saja..tak perlu guna sudu atau garfu..tu cara kebanyakan org Terengganu..hehe..baru la kaw kaw mkn..betul2 rasa air tangan sendiri..dengan kuahnya pekat2..di tambah pula dgn cili kering blend sebagai sambal & belacan tu..perghhh👍👍 Nor Al Fatihah -
Laksa Lidi Kuah Lemak Laksa Lidi Kuah Lemak
Selalunya laksa dijadikan hidangan sarapan, bila tiba bulan puasa akk jadikan sebagai hidangan sahur...berselera makan xlah boring asyik makan nasi pepagi hari...laksa kuah lemak versi akk hanya mengunakan mee lidi atau tempat akk dipanggil laksa lidi...akk pun hairan mengapa dipanggil laksa...🤣Laksa kuah lemak dimakan bersama ulam2an mentah dan sambal cili...Ajomm intai bahan2 yang akk sedia kan...🥰#GlobalApron2024#Challenge3 : #SahurIkan Kembung | Black Pepper#MakeEverydayCookingFun(31 resipi - 2024) Aza Aaj -
Mee Lidi Goreng Vevodo Mee Lidi Goreng Vevodo
Teringat mee lidi goreng *odo sepupu faa selalu buat masa faa zaman sekolah dulu. Simple je dia buat, kadang ada ayam...kadang mee lidi tu rencah telur je. Tapi sedap yakmat. So faa cuba masak ala ala sepupu faa masak. Tapi rasanya tak sama dengan air tangan dia. Nak kena balik kampung ni minta tolong dia masakkan 😆 Kakak Faa -
Laksa Penang SuperSimpleSedap Laksa Penang SuperSimpleSedap
50/2022/RoadtoWorldRecipes/1168❤️ Misi 1 CookRace : Fridge Moment ❤️ #Misi1Bila dah lama tak masak laksa, terlintas rasa nak makan laksa yang dimasak sendiri 😌 Tak ingat bila kali terakhir buat laksa, sebab dah terlalu lama duk beli sahaja😅 Beli kan senang sebab nak makan sorang-sorang je pun. Tah kali ni tiber teringin nak masak sendiri & kebetulan bahan-bahan pun ada dalam fridge. Hakak pun onz saja 😬Inspirasi resipi Laksa Penang ni daripada Cookpaders Hanimaj Min @cook_min86. Hasilnya laksa yang sedap sangat. Terima kasih untuk resipinya yer 😘 Salina Jalaludin -
Laksa Perak Telur Sarang Laksa Perak Telur Sarang
Memang dah berniat lepas habis pkpd baru-baru ni nak makan laksa.. Ikan dapat bantuan hari tu pun banyak, melaksalah kita.. Laksa perak famous di kuala kangsor.. Tapi laksa mee nya tak buat sendiri malas nak buat.. Beli siap aje.. Kuah & sarang telur kita buat 😊 .. #merdekapassport Julia ALeen Aireish -
Laksa Terengganu Laksa Terengganu
Laksa Terengganu,Laksa Beras/Laksa Gandum/Mee Lidi di hidangkan dengan kuah Putih.dihidangkan dgn ulaman antaranya kacang panjang,timun,kobis,tauge&daun kemangi,Laksa Terengganu juga dihidangkan bersama sepiring belacan, cili mesin&garam. Dapo Kak Es🍴 -
Asam Laksa Asam Laksa
Laksa. Sebut je tentang laksa siapa yang tak suka kan. Tapi resipi asam laksa ni sedikit berbeza dari laksa biasa sebab di dalam kuahnya terdapat beberapa ramuan yang memberikan impak rasa yang berbeza namun tetap tidak mengubah citarasa peminat tegar laksa seperti saya 😬. #MaratonRaya #CookpadMalaysia #PeraduanResipi #IKAN Salina Jalaludin -
Laksa Kuah Tumis Laksa Kuah Tumis
Masak Apa Banjir #CookpadCaresGeng laksa mana 😝Pertama kali cuba teringin nak rasa...LAKSA KUAH TUMIS😋😋 gitewwww😜Namanya laksa confirm tak tolak😁 suka sangat😘 Julia ALeen Aireish -
👩🍳Laksa Penang 👩🍳Laksa Penang
Laksa Penang ialah laksa dengan kuah masam-pedas berasaskan ikan yang berasal dari negeri Pulau Pinang.Menu Laksa Penang adalah antara laksa yang popular di Malaysia. Ia boleh dinikmati bila2 masa, hinggakan ada yang menyediakannya sebagai hidangan hari raya🤗#cooksnap resipi dari Cookbook Fam Faves: 40 Resipi Fevret Aidiladha , resipi asal rakan cookpader Leen @airtangan_ummirizqi 🌹.. dengan beberapa perubahan bahan.#Pejuang2KResipi#MakeltYoursAidiladha1478/2K Mahadiah -
Laksa Pahang (Laksa Lemak Kuah Merah) Laksa Pahang (Laksa Lemak Kuah Merah)
Kata mak ini laksa Pahang. Rindu laksa lemak kari arwah mak. Apakan daya..sekarang kenalah masak sendiri dan makan air tangan sendiri. Walaupun sesetengah orang kata kuah laksa seperti ini terkenal di Johor, tapi…sebenarnya laksa kuah merah ni biasa juga popular di Pahang dan Terengganu. Cuma belah pantai timur makan dengan laksa gandum, tak dimakan dengan spaghetti.Uchu pilih resepi kuah laksa captain masak @cook_23058573 sebab resepinya paling hampir dengan resepi arwah mak. So Uchu olah sikit ikut tradisi keluarga. Sedap! Sesimple Loralin -
Laksa Utara / Laksa Kedah Laksa Utara / Laksa Kedah
Lama x buat laksa.Harini teringin nak makan laksa utara pulak.Belek2 resepi cookpader yang mana satu kita tangkap muat dalam cooksnap.Terpilih resepi adik comel @elt4suri4 .Semua bahan dah ada kita onz je la.Ikut resepi full cuma tukar cili kering kepada cili padi .Kuah laksa utara tak merah sangat ye,warna pucat ,kelabu2 gitu sebab orang utara suka letak cili padi dalam kuah laksa.Bila makan pedaih melahang la ....Pedih dagu2 🤭🤣 Q'leenalee's Kitchen
Lebih Banyak Resipi
Komen (3)