Ramuan

30 min
6 - 7 orang
  1. 1 kgmee kuning besar (basuh dahulu, dan toskan
  2. 100 gramcili kering (direndam dengan air panas)
  3. 2labu bawang besar
  4. 2 ulasbawang putih
  5. 100 gramayam (dicincang dadu)
  6. 100 gramudang
  7. 100 gramsotong
  8. 1packet fishcake (dipotong & digoreng)
  9. 1packet fishball (dipotong 2 & digoreng)
  10. 2 batangbesar cili merah(dipotong serong)
  11. 3pokok sayur sawi mee (dipotong seperti biasa)
  12. 100 gramtauge
  13. 4 kepingtahu basah (dipotong dadu & digoreng)
  14. 1 sudu tehgaram & ajinomoto
  15. kicap
  16. 100 mlair
  17. 2sudu besar makan gula
  18. 2biji tomato

Cara Memasak

30 min
  1. 1

    Blenderkan bawang putih, bawang besar, cili kering sehingga halus

  2. 2

    Panaskan minyak dalam kuali. pastikan minyak tidak terlalu banyak (agak² cukup dengan bahan yg diblend)

  3. 3

    Masukkan bahan yg diblender ke dalam minyak yg panas.

  4. 4

    Kacau sehingga ia pecah minyak.
    Kemudian masukkan kicap, garam, ajinomoto dan gula. *letak kicap agak² bahan diblender tu jadi warna gelap je

  5. 5

    Kacau sehingga ia agak larut.
    Masukkan bahan² basah iaitu ayam, udang dan sotong.
    Kacau sehingga ia masak.

  6. 6

    Masukkan fishcake, fishball dan tahu.
    Kemudian masukkan mee kuning, kacau sehingga bahan² dah sebati dengan mee.

  7. 7

    Akhir sekali masukkan bahan² sayur sawi dan tauge. kacau sehingga sebati. kemudian tambahkan sedikit air supaya menjadi basah dan tidak kering.
    Selepas tutup api dapur, masukkan tomato yg dihiris dan juga cili besar merah. taburkan dan sedia dihidangkan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
nurhayatie
nurhayatie @nurhayati01_
pada
20y/o🥰memasak👩🏻‍🍳online seller perfume👩🏻‍💻
Baca lagi

Komen (4)

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Suka sgt mkn mi goreng basah, mkn pns2 lg suka rsa taugeh nya msh segar. Mkn dgn cili jeruk 😋#love

Resipi Sepertinya