Lokcing (Satay Ikan) 🇹🇭

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

#cppassport

Menurut sumber google =
LOK CHING merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Kelantan. Namanya agak unik kerana ia bukan istilah atau sebutan dalam dialek Kelantan tetapi dipercayai berasal daripada bahasa Thailand. Bahan utama untuk membuat lok ching ini adalah isi ikan.Nama Lok ching di ambil dari perkataan thailand "บอลเบิร์น " yang bermaksud "BEBOLA BAKAR".

Oleh kerana teruja melihat perkongsian seorang Doktor berkenaan resipi ini, maka Yani pun mencuba resipi ini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
2-3 orang
  1. 1ekor ikan tenggiri (dibersihkan dan ambil isi ikan sahaja)
  2. 1sudu besar tepung jagung
  3. 1sudu kecil garam
  4. Sos cili (sos pencicah)
  5. 3-4ketul kecil ais (untuk kisar bersama isi ikan)
  6. Air untuk merebus
  7. Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    1 ekor ikan tenggiri dibersihkan. Kemudian gunakan sudu untuk asingkan isi ikan dengan tulang. Setelah siap, masukkan beberapa ketul kecil ais bersama isi ikan ke dalam mesin pengisar. Kisarkan sehingga halus. Kemudian tuang ke dalam bekas. Campurkan tepung jagung dan garam. Gaul rata semua bahan.

  2. 2

    Masukkan air ke dalam periuk. Didihkan diatas dapur memasak. Ambil 1 skop kecil (Yani guna skop susu tepung anak🤣🤭) atau boleh skop kecil aiskrim, skopkan isi ikan tadi. Terjunkan isi ikan ke dalam periuk yang sedang mendidih. Buat sehingga selesai. Isi ikan yang telah masak akan timbul dipermukaan air. Setelah selesai boleh toskan isi ikan atau bebola ikan tersebut. Seterusnya panaskan minyak di kuali, gorengkan bebola ikan tersebut sehingga kekuningan.

  3. 3

    Setelah siap digoreng, bolehlah dicucuk pada lidi satay. Jika rajin, boleh bakarkan seketika di atas bara api macam bakar satay. Tapi Yani dah rasa lapar, jadi terus sahaja cicah dengan sos cili.🤣🤭 Selamat mencuba.👍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Resipi Sepertinya