Kerabu Maggi Tomyam Thai (Rebusan Kuah Tomyam Leftover)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

#CookEveryPart1
#ThaiStyle

Daripada membazir dibuang lebihan kuah tomyam untuk makan tengahari tadi Uchu gunakan dalam hidangan kerabu Maggi untuk makan malam. Kebetulan pula, kubis ungu berbaki dalam peti dan telur rebus yang tak jadi masak gulai kelmarin pun ada dalam peti.

Sekadar perkongsian, Uchu kalau buat kerabu Thai, Uchu akan bancuh pes cili goreng Thai sama ada yang homemade atau brand Maepranom bersama bahan sosnya.

Cc: @Mizzanem

Kerabu Maggi Tomyam Thai (Rebusan Kuah Tomyam Leftover)

#CookEveryPart1
#ThaiStyle

Daripada membazir dibuang lebihan kuah tomyam untuk makan tengahari tadi Uchu gunakan dalam hidangan kerabu Maggi untuk makan malam. Kebetulan pula, kubis ungu berbaki dalam peti dan telur rebus yang tak jadi masak gulai kelmarin pun ada dalam peti.

Sekadar perkongsian, Uchu kalau buat kerabu Thai, Uchu akan bancuh pes cili goreng Thai sama ada yang homemade atau brand Maepranom bersama bahan sosnya.

Cc: @Mizzanem

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Kuah rebusan
  2. 1mangkuk kuah tomyam leftover
  3. 2peket serbuk tomyam Maggi
  4. Bahan direbus
  5. 3ekor sotong saiz besar (dipotong bulat nipis)
  6. 15ekor udang saiz sederhana
  7. 5peket mee segera Maggi
  8. Bahan dihiris
  9. 1/4biji kubis ungu saiz kecil
  10. 1genggam daun ketumbar
  11. 10-15biji tomato ceri
  12. 1-2genggam daun bayam brazil (optional)
  13. 5biji telur rebus (optional)
  14. 1genggam biji gajus sangai
  15. Bahan sos
  16. 1sudu besar pes cili sangai (Maepranom)/ boleh ganti dengan Pes tomyam
  17. 5 ulasbawang putih (diketuk,dicincang)
  18. 5-6biji cili padi (diketuk, dicincang); kepedasan ikut suka
  19. 1 1/2sudu besar sos ikan
  20. 2-3biji perahan limau nipis
  21. 1 sudu tehgula
  22. 1/2 sudu tehgaram

Cara Memasak

  1. 1

    Lebihan kuah tomyam yang disimpan dipanaskan sehingga mendidih. Tambahkan serbuk tomyam maggi jika suka.

  2. 2

    Rebus sotong dan udang dalam kuah tomyam selama 3-4 minit sahaja. Toskan.

  3. 3

    Rebus pula mee segera sehingga lembut. Angkat dengan penyepit dan letakkan dalam satu mangkuk besar.

  4. 4

    Dalam satu mangkuk kecil, campurkan bawang putih, cili, sos ikan, pes cili sangai Thai, perahan limau nipis, garam dan gula. Kacau sebati.

  5. 5

    Campurkan sayuran, udang, sotong dan bahan sos. Siram sedikit kerabu dengan kuah tomyam untuk melembabkan. Gaul rata.

  6. 6

    Potong telur rebus dan susun atas hidangan. Sedia dihidangkan.

  7. 7
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (2)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Tq maureen. It’s taste 👍👍 too

Resipi Sepertinya