🍜 🦐 LAKSA SARAWAK

Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
Gerikland, MY🇲🇾

Uniknya laksa Sarawak sebab tak ada secebis ikan pun didalam kuahnya, hepi meneraiiii 😉

🍜 🦐 LAKSA SARAWAK

Uniknya laksa Sarawak sebab tak ada secebis ikan pun didalam kuahnya, hepi meneraiiii 😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
4-5 sajian
  1. 🍤 Bahan2 kuah
  2. 200 gpes perencah laksa Sarawak Hj Manan | beli di shopee
  3. 400 gudang dibuang kulit | kulit rebus untuk kuah
  4. 150-200 mlsantan | ikut selera
  5. 1-2ketul dada ayam
  6. 1-2 batangserai | diketuk
  7. 1kiub ayam
  8. garam | jika perlu
  9. Sedikitgula 1 liter air
  10. 🌶 Bahan2 sambal udang kering
  11. 6biji bawang merah *
  12. 2 ulasbawang putih *
  13. sedikitbelacan bakar *
  14. segenggam udang kering *
  15. 10-15tangkai cili kering *
  16. Kisar semua bahan bertanda *
  17. sedikitair asam jawa/1 keping asam gelugur
  18. garam dan gula
  19. Kiub bilis (optional)
  20. Minyak untuk menumis
  21. 🍜Bahan2 pelengkap
  22. 1/2bungkus mihun | dicelur
  23. 400 gudang
  24. Dada ayam | dicarik
  25. 4biji telur | didadarkan dan dihiris halus
  26. Fishcake dicelur & dihiris (optional)
  27. tauge | dicelur
  28. 2tangkai daun ketumbar | dihiris
  29. limau kasturi | dibelah dua

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Didalam periuk masukkan air, kulit udang, dada ayam & serai. Rebus hingga ayam masak. Bila ayam masak angkat & toskan. Carik2 kan sebagai bahan pelengkap. Tapis dan keluarkkan kulit udang. Kemudian masukkan pes laksa. Kacau supaya pes larut didalam kuah

  2. 2

    Masukkan santan. Kacau & masukkan pula udang & fishcake. Bila udang & fishcake masak (4 min sahaja) angkat & toskan.

  3. 3

    Perasakan kuah dengan garam jika perlu, gula & kiub ayam. Didihkan hingga sedikit pekat. Kuah siap

  4. 4

    Sambal udang kering: panaskan minyak & tumis bahan kisar hingga pecah minyak (macam masak sambal tumis) perasakan dengan kiub bilis, garam, gula & air asam jawa

  5. 5

    Hidangkan bersama bahan pelengkap & kuah. Hepi meneraiiii 😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
pada
Gerikland, MY🇲🇾
ig : 71keroroyz masakan ala cafe & fusion, hepi meneraiiii ✌️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya