Kuey teow HongKong

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Anak2 jenis payah nak makan sayur tapi kalau masak macam ni semua pakat duk berebut kutip sayur.
Ini kuey teow hongkong stail saya, mudah tapi sedap.

Kuey teow HongKong

4 orang bercadang membuatnya

Anak2 jenis payah nak makan sayur tapi kalau masak macam ni semua pakat duk berebut kutip sayur.
Ini kuey teow hongkong stail saya, mudah tapi sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2 peketkuey teow (500gm)
  2. 3 bijitelur
  3. 1 sudu makantepung jagung
  4. secukupnyaMinyak
  5. BAHAN KUAH:
  6. 1 bijibawang holland (hiris)
  7. 6 ulasbawang putih (cincang)
  8. Semangkukkecil isi ayam (dipotong kecil)
  9. Sedikitkubis bunga
  10. Sedikitbrokoli
  11. Sebatanglobak merah (hiris)
  12. 3 sudu besarsos tiram
  13. 2 kiubayam
  14. secukupnyaAir
  15. Sedikitlada sulah
  16. 1 1/2 sudu makantepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  17. Sedikitminyak untuk menumis

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik bau dan layu. Masukkan ayam. Gaul rata.
    (Kacau suka pedas boleh ketuk 2-3 biji cili padi dan tumis sekali bersama bawang-bawang).

  2. 2

    Bila ayam sudah separuh masak masukkan sayur-sayur. Kemudian masukkan sos tiram dan juga kiub ayam. Tambahkan air secukupnya.

  3. 3

    Bila sudah mendidih, masukkan lada sulah. Kacau rata. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung.
    (Jika suka kuah yang pekat boleh tambah lagi tepung jagung).

  4. 4

    Kacau rata dan biar mendidih sekejap kemudian tutup api.
    (Saya tidak tambah garam sebab sudah cukup masin).

  5. 5

    Untuk kuey teow pula Panaskan minyak secukupnya. Pukul telur dengan tepung jagung.

  6. 6

    Masukkan kuey teow yang telah dibasuh dan tuang telur. Goreng hingga garing & angkat.

  7. 7

    Boleh la makan bersama kuah tadi. Boleh tabur daun sup dan bawang goreng jika suka.

  8. 8

    Note: sayur2 boleh diubah ikut selera, boleh letak sawi, kailan, jagung muda atau kubis. Lagi sedap jika ditambah sotong & udang. Boleh juga letak fish ball/fish cake.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya