24:2:24 - Ikan talapia masak Nyonya Style

Tengok sesetengah orang tu masak ikan masak Nyonya ni ada yg dikukus dan goreng. Kali ni saya buat style digoreng dahulu. Yg kukus tu bila ada kelapangan nanti saya akan masak. Buat ikut cara sendiri sebab saya kalau bab masak guna bahan yg banyak dan step yg pjg2 memang rimas dibuat nya. Semua nak yg cepat dan tak banyak bahan. Campak sana sikit sini sikit siapp. :)
24:2:24 - Ikan talapia masak Nyonya Style
Tengok sesetengah orang tu masak ikan masak Nyonya ni ada yg dikukus dan goreng. Kali ni saya buat style digoreng dahulu. Yg kukus tu bila ada kelapangan nanti saya akan masak. Buat ikut cara sendiri sebab saya kalau bab masak guna bahan yg banyak dan step yg pjg2 memang rimas dibuat nya. Semua nak yg cepat dan tak banyak bahan. Campak sana sikit sini sikit siapp. :)
Cara Memasak
- 1
Ikan talapia digaul dengan garam dan serbuk kunyit - goreng hingga kuning keemasan
- 2
Tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan pecah minyak.
Tambah sedikit air dan biar pecah minyak lagi.
Tambah sedikit gula, sos ikan, perahan limau dan sesedap rasa.
Biar mereneh seketika kemudian masukkan kacang bendi. - 3
Sesuaikan rasa boleh matikan api.
Dalam pinggan letakkan ikan yang telah digoreng tadi dan tuang kuah ke atas nya. Sedia untuk dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
4:2:25 - Asam pedas ikan kerisi style bujang 4:2:25 - Asam pedas ikan kerisi style bujang
seronok tengok anbak bujang masa dan cantik hasil kejadiannya. Memang dah lulus masak asam pedas ni. Hani Shaimi -
14:3:25 - Ikan Selar Kuning Tumis Berkuah Daun Kemangi 14:3:25 - Ikan Selar Kuning Tumis Berkuah Daun Kemangi
#Ramadhan2025Challange2#RamadhanTibaBila masak lauk ni anak dan hubby kata sedap. Anak memang rajin masak siap tanya macam mana masak. Memang sedap. Ada tertengok resepi dari negara seberang tapi saya guna apa yang ada je lah ganti ikut bahan2 yang sedia ada.Jika nak lebih banyak Kuah tambah je lebih air. Sedap dihirup kuahnya dengan aroma daun kemangi, daun limau purut dan bahan2 lainnya. Hani Shaimi -
8:4:24 - Kuah kacang 8:4:24 - Kuah kacang
#RamadhanMonthChallenge4#RayaPrepKuah kacang ni adalah antara menu yang akan saya masak terlebih awal sebelum menjelangnya hari raya. Bila semua kita yang kena masak dan bila makin tua tenaga makin berkurangan maka masak awal dan frozenkan je lah jalan penyelamat.Kalau makan ketupat tanpa kuah kacang serasa macam tak lengkaplah pulak. Larat tak larat kuah kacang mesti kena buat. Kuah kacang ni kena letak minyak lebih sikit baru jadi cantik masaknya, cuma bila nak makan tu pandai-pandailah asingkan minyaknya tu ya. Memang kurang sihat bila masak guna minyak banyak, tapi kalau tak banyak sambal jadi kurang sedap dan seakan rasa mentah kacangnya. Hani Shaimi -
21:4:24 - Rendang Negeri Sembilan 21:4:24 - Rendang Negeri Sembilan
#GlobalApron2024#Challenge7#OpenHouse#Ayam (1)#CiliPadi (1)#Santan (1)Anak buah masak rendang dan bawak balik kampung masa raya hari tu. Bila saya makan rasa sedap sangat. Bila tanya letak apa, dia kata ni rendang Negeri Sembilan, letak semua bahan macam masak rendang biasa tu cuma tak letak bawang. Haaa...!!! betul ke tak da bawang saya tanya, ya betul memang dia biasa masak macam tu. Bila goggle tengok rendang N9 tengak ada juga yang ada letak bawang dan ada juga yang tak letak. So masa buat open house ahad lepas saya try lah buat yang tanpa bawang. Walau mula-mula macam rasa krik krik sikit, tapi try jugalah. Memang betul menjadi. Lagi senang tak payah nak guna banyak bahan. Lepas ni memang maintain lah saya masak rendang macam ni. Cuma bila dah kalut-kalut dan kepenatan lupa nak ambik gambar platting cantik-cantik. Nasib ada gambar dalam kuali dan dalam periuk yang sempat diambil. On je lah masukkan dalam cabaran kali ini. Step masak ada juga ambik gambar sikit-sikit.Kalau suka pedas boleh lah lebihkan cili padi atau cili kisar tu. Hani Shaimi -
16:2:25 - Udang masak diraja 16:2:25 - Udang masak diraja
#Ramadhan2025Challange2#RamadhanTibaAsyik masak sambal je udang ni kan. Kali ni kita masak special sikit. Walaupun special bahannya sikit je dan amat Mudah memasaknya dan hasilnya memang sedap hingga menjilat jari. Hani Shaimi -
15:1:25 - Asam Pedas Ikan Jenahak Campur Kaki Ayam 15:1:25 - Asam Pedas Ikan Jenahak Campur Kaki Ayam
#GlobalApron2024#Challenge45#Terung 🍆#asamjawa (1 point)#cili (1 point)#kunyit (1 point)#terung (BAHAN WAJIB - 1 point)Memandangkan ada balance kaki ayam yang telah siap direbus, maka saya campurkan sekalilah dalam menu ini. Sedap je bila ada gambungan ikan dan kaki ayam ni. Hani Shaimi -
15:5:2023 - Siakap kengsom 15:5:2023 - Siakap kengsom
Bab ikan ni saya memang suka tang kepalanya, kalau menu yang saya suka kadang-kadang memang betul-betul paras kepala sahaja tanpa isi khas untuk saya, ada kala memang potong juga paras ada sedikit isinya biar cantik semasa letak dalam pinggan.memang suka menggunakan cili padi thai pedas giler ni, cuma tidak boleh letak banyak. Sebiji pun dan boleh buat kita menanggis. Jika yang tak tahan pedas boleh gantikan dengan cili merah sahaja atau dengan cili padi biasa.Nenas dan kangkung memang suka dan akan letak lebih.boleh juga digantikan gula thai dengan gula biasa. Saya suka beli guna thai banyak-banyak sekali di shopee, so apa-apa masakan yang menggunakan gula saya akan menggunakan gula thai ini sebab ada kelainan rasanya dengan menggunakan gula thai ini dengan menggunakan gula putih biasa tu.#CookEveryPart#HaiwanLautanSungaiBila tengok kejadian juadah #azie334 sungguh mengiurkan, tak menyempat nak buat lebih -lebih lagi ada bahan-bahannya. Melulu tuju peti ais dah siap hidang baru teringat nak ambik gambar. Hani Shaimi -
4:6:24 - Ikan Talapia Goreng Halia 4:6:24 - Ikan Talapia Goreng Halia
Amat sedap dengan rasa ranggup diluar ikan dan dengan adanya rasa rempah halia dan bawang putih serta herba lain. Hani Shaimi -
3:7:24 - Ikan patin masak sambal hijau 3:7:24 - Ikan patin masak sambal hijau
#GlobalApron2024#Challenge17#Sukahati#Playoffchallenge16#gulamelaka (2 point)#ikanairtawar (3 point)#kentang (1 point)Kawan bagi ikan patin ni semalam. Saiz besar sangat. Saya ambil 1/3 dan dipotong tiga bahagian lagi. Dapat 3 potongan agak besar juga ni. Lebih dari cukup untuk kami makan bertiga. Balance kita masak lain kali lah pulak lah ya.Challenge last week tak sempat buat sebab tak sihat. Ni dah agak sihat kita buat play off je lah ya Hani Shaimi -
13:2:25 - Leher ayam masak serai 13:2:25 - Leher ayam masak serai
Memang terbaiklah masak serai ni. Sedap banget. Nak guna bahagian isi atau lain2 juga boleh. Cumanya dalam stock saya cuma ada leher ayam yang dibagi oleh sahabat saya, makanya saya on dengan menggunakan leher ayam sahajalah kali ini. Hani Shaimi -
13:5:24 - Asam pedas ikan parang bersama kacang panjang 13:5:24 - Asam pedas ikan parang bersama kacang panjang
#Eat2Heal ❤️🩹#MayChallengeBila tekak kurang sedap makan yang masam2 ni memang menyelerakan. Bila dapat hirup kuah asam pedas ini memang betul2 heaven. Kalau tak berselera nak makan nasi boleh cicah roti makan dengan Asam Pedas ni. Leka menghirup kuah ni mau mak mertua lalu pun kita tak perasan :) Hani Shaimi -
10:8:23 - Asam pedas ikan keli bersama nenas dan bendi 10:8:23 - Asam pedas ikan keli bersama nenas dan bendi
Memang terliur sedap masak asam pedas letak nenas ni. Walau dah ada nenas tetap juga kena letak juga air asam jawa atau pun asam keping kerana memang ada perbezaan kelainan masamnya. Setiap bahan ada rasa uniknya yang tersendiri.#GoldenApron23#Week5#Nenas Hani Shaimi
Lebih Banyak Resipi
Komen