Rendang Ayam Cili Padi

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

🌹45-2024🌹
🧑‍🍳753/1K🧑‍🍳
✔️Global Apron 2024 Challenge 6: Menu Raya
#GlobalApron2024
#Challenge6
#MenuRaya
#RendangAyamCiliPadi

Untuk hidangan rendang pencicah ketupat di aidilfitri Ummi selalunya akan masak rendang resepi ibunda tercinta iaitu rendang ayam cili padi.Mak Ummi tak guna cili kering ataupun rempah2 yang banyak cukup cili padi segar dan ketumbar dan sedikit jintan manis & jintan putih.Dari zaman kanak2 lagi inilah rendang kesukaan ummi.

Cookpad Magic Pantry :
AYAM
CILI PADI
SERAI
LENGKUAS
KUNYIT
SANTAN
KERISIK

Rendang Ayam Cili Padi

🌹45-2024🌹
🧑‍🍳753/1K🧑‍🍳
✔️Global Apron 2024 Challenge 6: Menu Raya
#GlobalApron2024
#Challenge6
#MenuRaya
#RendangAyamCiliPadi

Untuk hidangan rendang pencicah ketupat di aidilfitri Ummi selalunya akan masak rendang resepi ibunda tercinta iaitu rendang ayam cili padi.Mak Ummi tak guna cili kering ataupun rempah2 yang banyak cukup cili padi segar dan ketumbar dan sedikit jintan manis & jintan putih.Dari zaman kanak2 lagi inilah rendang kesukaan ummi.

Cookpad Magic Pantry :
AYAM
CILI PADI
SERAI
LENGKUAS
KUNYIT
SANTAN
KERISIK

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan -bahan yang dipilih dalam list pantry :
  2. 3 kgAYAM
  3. 25 bijiCILI PADI
  4. 5 batangSERAI
  5. 2 inciLENGKUAS
  6. 4 ketulKUNYIT HIDUP
  7. 250 mlSANTAN
  8. 1 peketKERISIK
  9. Bahan -bahan Lain :
  10. 5 bijibuah keras- optional
  11. 15 ulasbawang merah
  12. 2 labubawang putih
  13. 2 incihalia
  14. 1 sudu besarserbuk jintan manis
  15. 1 sudu besarserbuk jintan putih
  16. 1 sudu besarserbuk ketumbar
  17. 10 helaidaun limau purut -hiris halus(pengganti daun kunyit)
  18. 1 sendukminyak untuk menumis

Cara Memasak

  1. 1

    Ayam dipotong kecil dan dibersihkan bersama tepung gandum untuk hilang hanyir ayam.Bilas bersih dan toskan airnya.

  2. 2

    Kisar halus bawang merah,bawang putih,lengkuas,halia,serai,kunyit hidup dan cili padi serta buah keras.

  3. 3

    Panaskan minyak tumis bahan yang dikisar.masukkan serbuk jintan manis,jintan putih dan ketumbar.tumis hingga pecah minyak.

  4. 4

    Masukkan ayam dan bahan perasa serta asam keping.

  5. 5

    Masukkan kerisik dan juga santan.Masak sehingga ayam lembut.

  6. 6

    Akhir sekali masukkan daun kunyit jika ada.ummi letak daun limau purut sebab tiada daun kunyit.Masak sehingga kering jika nak rendang kering.Ummi masak rendang agak berkuah sebab boleh dimakan bersama nasi panas selain cicah ketupat.

  7. 7

    Siap untuk dihidangkan bersama ketupat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen (5)

Nur 🍳
Nur 🍳 @ResepiNur
Assalamualaikum, tumpang tanya ummi. Agak2 anggaran cukup berapa org ye dpt utk resepi ni? 😊

Resipi Sepertinya