Sayur Lodeh Raya Aidiladha

Alhamdulillah, kali ini, saya buat dari awal sehingga akhir masakan Sayur Lodeh Raya Aidiladha. Mak hanya kadang-kadang tengok saya dan maklum apa yang kurang.
Ramai puji sedap. Rasa kembang sekejap 😂.
6. Cili (1 point)
11. Ikan bilis (2 point)
16. Santan (1 point)
17. Serai (1 point)
18. Tempe (1 point)
19. Terung (1 point)
Sayur Lodeh Raya Aidiladha
Alhamdulillah, kali ini, saya buat dari awal sehingga akhir masakan Sayur Lodeh Raya Aidiladha. Mak hanya kadang-kadang tengok saya dan maklum apa yang kurang.
Ramai puji sedap. Rasa kembang sekejap 😂.
6. Cili (1 point)
11. Ikan bilis (2 point)
16. Santan (1 point)
17. Serai (1 point)
18. Tempe (1 point)
19. Terung (1 point)
Cara Memasak
- 1
Cara buat stok udang dan persiapan lain:
Basuh bersih kepala udang harimau dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan air sehingga tenggelam kepala udang. Panaskan sehingga air mendidih agak lama. Angkat dan tapis untuk ambil airnya. Boleh guna terus stok udang ini.
Saya simpan semalaman baru guna untuk masak pada pagi raya. - 2
Kemudian, potong tauhu dan goreng sehingga garing.
Dah siap, angkat dan ketepikan.
Rendam suun lebih kurang 30 minit.
Sediakan juga bahan-bahan lain-lain. - 3
Cara masak sayur lodeh:
Kisar bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dengan sedikit air sehingga hancur.
Panaskan minyak. Masuk bahan kisar. Tumis sehingga bau wangi. - 4
Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili garing.
- 5
Masukkan bawang besar dan serbuk kunyit serta sedikit air. Kemudian masukkan serai, daun limau purut, lengkuas dan daun salam. Kacau sehingga pecah minyak.
- 6
Masukkan stok udang dan air secukupnya.
- 7
Air dah mendidih, baru masukkan tauhu, tempe dan suun.
- 8
Apabila tempe dah masak, masukkan kacang panjang dan timun.
- 9
Apabila kacang panjang dah masak, masukkan pula terung, lobak merah, cili merah dan cili hijau.
- 10
Apabila semua sayur dah masak, masukkan kobis, santan dan garam.
Kacau sehingga mendidih. - 11
Siap untuk dihidangkan.
Saya makan Sayur Lodeh Raya Aidiladha dengan Ayam Masak Rempah, Sambal Kacang dan Sambal Sotong. Sedap sangat sangat.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Jemput-Jemput Ubi Keledek, Tempe dan Timun Jemput-Jemput Ubi Keledek, Tempe dan Timun
Masa tengah masak Jemput-Jemput Ubi Keledek, Tempe dan Timun, mulut pun turut mengunyah sama.Ehhh, rasa macam tengah makan rojak pula, sebab ada rasa tempe dan timun. Tapi bila letak ubi keledek dalam jemput-jemput bagi tekstur keras sikit dan rasa manis. Cicah dengan sos cili, sedap!16. Tempe (1 point)18. Timun (1 point)19. Ubi keledek (2 point)#GlobalApron2024#challenge19#vegetarian Alia Ali -
Ayam Masak Rempah Ayam Masak Rempah
Biasanya untuk Raya, keluarga kami akan masak ayam masak merah untuk dimakan dengan nasi himpit atau nasi minyak. Disebabkan Mak nak kurangkan penggunaan makanan dalam tin, jadi kami sekeluarga sepakat untuk buat Ayam Masak Rempah.Kami guna rempah kari dan rempah kerutuk dari Kampung Langgar, Kelantan yang Kaklong bagi kami tempoh hari. Bila gabung dua rempah tersebut, apa rasanya. Rasa seakan-akan Ayam Beriani. Makan dengan nasi himpit pun sedap, makan dengan nasi putih pun sedap.1. asam gelugor (1 point)2. asam jawa (1 point)3. ayam (1 point)6. cili (1 point)16. santan (1 point)17. serai (1 point)#GlobalApron2024#challenge15#hometownfave Alia Ali -
Sandwich Tuna, Telur dan Avocado Sandwich Tuna, Telur dan Avocado
Tak nak tulis panjang-panjang. Tapi memang sedap! Mohon cuba resipi ini :-) .#GlobalApron2024#challenge13#picnicSandwich Tuna, Telur dan Avocado1. Avocado (3 point)6. Daun salad (1 point)9. Keju (3 point)11. Mayonis (1 point)17. Telur (1 point)18. Timun (1 point)19. Tomato (1 point) Alia Ali -
Oseng Tahu Tempe Sederhana Oseng Tahu Tempe Sederhana
Semalam, saya belajar masak makanan Indonesia iaitu Oseng Tahu Tempe Sederhana. Saya Cooksnap dari Sis Nia Syifa (@niasyifa) (https://cookpad.wasmer.app/my/r/1414648) .Terubat rindu sebenarnya. Dulu, masa penuhi jemputan majlis kahwin orang Jawa dekat dekat Kapar dan kawasan sekitar, mereka biasanya hidang nasi putih. Antara lauk yang ada ialah masakan tauhu dan tempe macam ini lah. Sedap tau!#GlobalApron2024#challenge41#IndonesianFood7. cili (1 point)11. daun salam (2 point)14. kicap manis (1 point)16. lengkuas (1 point)19. tauhu (1 point)20. tempe (1 point) Alia Ali -
Sambal Bilis Tempe dengan Bunga Kantan Sambal Bilis Tempe dengan Bunga Kantan
Resipi asal ialah sambal bilis tempe yang diletak belacan. Tapi saya olah dengan letak ikan masin tumbuk.Masa kecil, saya sangat tak suka makan tempe. Mak selalu juga masak tempe. Biasanya digoreng kunyit atau masak lodeh. Mak kata bagus makan tempe, tapi dah lupa apa kebaikan tempe yang Mak cakap. Maklumlah, bila Ayah orang Terengganu, tempe ni jarang ada dalam menu 😆Dah menginjak sekolah menengah, bila tempe masak dengan sambal, jadi sedap pulak. Sejak dari tu saya suka makan sambal bilis dan tempe.Cuka (1 point)Ikan bilis (2 point)Ikan masin (2 point)Tempe (1 point)6 point#GlobalApron2024 #challenge15 #hometownfave Nihadriz Niha -
Sayur Lodeh Nasi Impit(R05) Sayur Lodeh Nasi Impit(R05)
#lontong#cookpad.com#goldenapron2020#cooksnapSayur lodeh dan nasi impit ialah makanan wajib bagi keluarga saya pada setiap hari raya. Zahrah Buang -
Nasi Goreng Ikan Bilis dan Bunga Kantan Nasi Goreng Ikan Bilis dan Bunga Kantan
Mak pernah masak Nasi Goreng letak Bunga Kantan. Sedap sungguh rasanya.Jadi, saya pun masak Nasi Goreng Ikan Bilis dan Bunga Kantan. Rasanya ala ala Nasi Goreng Kerabu, macam tu. Wangi dan lazat!#GlobalApron2024#challenge15#hometownfave5. Bunga kantan (2 point)6. Cili (1 point)11. Ikan bilis (2 point) Alia Ali -
Sambal Belacan Goreng Tanpa Minyak Sambal Belacan Goreng Tanpa Minyak
Dalam keluarga kami, ada banyak versi sambal belacan.Resepi yang ini, Sambal Belacan Goreng Tanpa Minyak.2. Asam jawa (1 point)4. Belacan (1 point)6. Cili (1 point)#GlobalApron2024#challenge15#hometownfave Alia Ali -
Mee Segera Asam Laksa Mee Segera Asam Laksa
Sebenarnya teringin nak makan Laksa Utara. Jadi beli mee segera asam laksa, campur lah dengan bahan-bahan pantry untuk minggu ini. Alhamdulillah, kenyang.4. cili (1 point)10. limau kasturi (1 point)15. tauhu (1 point)16. telur (1 point)19. timun (1 point)18. terung (BAHAN WAJIB - 1 point)#GlobalApron2024#challenge45#terung Alia Ali -
Sambal Sotong Kembang Sambal Sotong Kembang
Sambal Sotong Kembang ini, saya masak beberapa bulan lepas, iaitu Raya Haji tempoh hari.Sambal Sotong Kembang ini versi berkuah, bukan kering. Ia sedap dimakan bersama sayur lodeh, nasi himpit, sambal kacang dan ayam masak rempah.4. cili (1 point)14. sotong (3 point)#challenge36#GlobalApron2024#berkuah Alia Ali -
Ikan Selar Masak Pindang Ikan Selar Masak Pindang
Bila tak ada selera makan,Ikan Selar Masak Pindang menjadi pilihan.#challenge36#GlobalApron2024#berkuah4. cili (1 point)7. ikan (1 point)18. terung (1 point Alia Ali -
Sup Daging dan Tulang Lembu Sup Daging dan Tulang Lembu
Biasanya kami masak sup, tumis dahulu bawang dan rempahnya. Disebabkan daging dan tulang lembu sendiri dah ada banyak lemak, kami masak sup secara lebur sahaja.4. Buah pelaga (1 point)5. Bunga lawang (1 point)6. Cengkih (1 point)7. Cili padi (1 point)8. Daging (3 point)12. Halia (1 point)14. Kulit kayu manis (1 point).16. Lada hitam (1 point)17. Lada sulah (1 point)#GlobalApron2024#challenge18#rainyday Alia Ali
Lebih Banyak Resipi
Komen