Asam Pedas Ayam

Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
Johor

Asam pedas merupakan menu biasa terutamanya bagi kelahiran Johor seperti saya.
Dan bagi saya, saya suka juga mengolah resepi dengan pelbagai tukaran bahan.

Biasanya bahan utama dikekalkan, cuma penambahan atau pertukaran dengan lain-lain bahan istimewa itu yang diolah mengikut citarasa dan kesesuaian.
Bagi saya tiada salah atau betulnya dalam olahan resepi.
Jom, mari kita cuba😊

Bahan-bahan magic pantry:
asam jawa, ayam, belacan, buah keras, bunga kantan, kunyit basah, lengkuas

#GlobalApron2024
#playoff

Asam Pedas Ayam

16 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 orang
  1. 1/2 ekorayam
  2. 1 incibelacan
  3. 1 genggamasam jawa - bancuh dengan air
  4. 1 kuntumbunga kantan
  5. 1 mangkukdaun kesum
  6. 2 sudu tehgaram halus
  7. 1 sudu tehserbuk perasa
  8. 1 cawanminyak masak
  9. 750 mlair
  10. BAHAN KISAR:
  11. 1 genggamcili kering - rebus terlebih dahulu
  12. 1 bijibawang besar
  13. 3 ulasbawang putih
  14. 1 incihalia
  15. 2 incilengkuas
  16. 1 incikunyit basah
  17. 3 bijibuah keras

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Bahan disediakan seperti yang disenaraikan.
    Cuci bersih dan potong mengikut kesesuaian.

  2. 2

    Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar bersama belacan sehingga garing.

  3. 3

    Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum, air asam jawa dan air.
    Biarkan mendidih.
    Perasakan secukupnya dengan gatam dan serbuk perasa, matikan api.

    Sedia dihidangkan.
    Sekian olahan resepi dari Murni's LittleKitchenz.
    Selamat mencuba dan selamat menjamu selera💐

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
pada
Johor
"Bukan Kuantiti Menjadi Sandaran. Jaminan Kualiti Sebagai Taruhan."#iambaker #iamphoper
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya