Ketam Masak Merah Tomato (Kuah Tepi)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

368/2024 (1921/2K)

Global Apron Challenge 36: Berkuah
#GlobalApron2024

Cookpad Magic Pantry List:
R- tomato R-cili

Alhamdulillah..husben singgah pasar nelayan, dapat beli ketam laut yang segar dan masih hidup lagi. Jarang2 nak dapat ketam laut yang masih hidup.

Walaupun dah siap masak kerutuk daging dan acar santan pucuk mengkudu, memang tak tunggu malam dah ketam tu. Mesti kena masak terus, rugilah kakau tak merasa ketam segar dengan isinya pejal dan manis. Kalau ikut, husben suruh rebus dengan serai, bawang putih dan lada hitam je. Tapi anak2 suka masak merah.

Family Uchu makan ketam masak merah, memang wajib kuah letak mangkuk asing. 😄 kalau makan ramai2 pun, bukan ketam je dibuat 2-3 hidang, kuahnya juga diasingkan 2-3 hidang. Kuah ketam tu lah yang kami cedok siram atas nasi.

Ketam Masak Merah Tomato (Kuah Tepi)

100+ orang telah melihat resipi ini

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

25 minit (termasuk prep)
5 orang
  1. 5 ekorketam
  2. 2 batangserai (diketuk)
  3. 1 bijitomato saiz besar (potong kecil) ✅
  4. 1 sudu makangula (sesuai rasa)| optional
  5. 1 sudu tehgaram (sesuai rasa, sebab ada kicap)
  6. 3 sudu besarkicap manis
  7. 4 sudu besarsos tomato
  8. 2 1/2 cawanair (secukupnya untuk kuah)
  9. Bahan kisar
  10. 5 ulasbawang merah
  11. 3 ulasbawang putih
  12. 1/2 incihalia
  13. 2 sudu makancili kisar (kepedasan ikut selera) ✅

Cara Memasak

25 minit (termasuk prep)
  1. 1

    Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama cili kering kisar dan serai sampai pecah minyak.

  2. 2

    Tambahkan garam, gula, kicap dan sos tomato. Masak sampai pes cantik berkilat.

    Masukkan ketam dan air.

  3. 3

    Kacau rata ketam dengan kuahnya. Tutup kuali supaya ketam masak menyeluruh tanpa perlu banyak kali terbalik-balikkan ketam.

  4. 4

    Apabila kuah ketak dah semakin pekat, keluarkan ketam sahaja dan susun dalam bekas hidangan.

  5. 5

    Masukkan tomato dalam kuah ketam yang tinggal dalam kuali. Kacau rata dan masak sampai tomato layu. Tambah air jika perlu untuk adjust kepekatan kuah. Kuah tak terlalu cair, tapi pekat dengan lemak ketam.

    Adjust rasa kuah sekali lagi jika perlu. Tuangkan kuah dalam bekas hidangan berasingan.

    Garnish dengan daun sup.

  6. 6

    Sedia dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya