Mi Ketam Kuah Pedas

374/2024 (1927/2K)
Global Apron Challenge 36: Berkuah
#GlobalApron2024
Cookpad Magic Pantry List:
18- mi kuning R- sawi R- cili R-tomato
Harini Jumaat, kakak ipar datang hantar MIL ke rumah Uchu. Bila ada MIL kat rumah, anak, cucu, cicit pun akan berkumpul lah beramai-ramai kat rumah Uchu. Uchu jemput semua datang makan tengahari sampai ke malam..seronok berkumpul. Lagipun lama dah tak balik kampung, rumah MIL kat kampung baru-baru ni pun sampai dipecah masuk pencuri. MIL lebih banyak tinggal dengan anak-anak dan menantu bergilir sana sini..alhamdulillah MIL takdelah selalu merungut atau merengek nak balik rumah sendiri. Seronok ada dengan anak menantu dan cucu cicitnya kat mana-mana pun takpe..
Alhamdulillah..kelmarin dah makan ketam segar. Harini suami ke pasar nelayan lagi untuk beli ketam untuk menjamu keluarga. Disebabkan makan tengahari tadi kekenyangan makan nasi dengan lauk pauk macam-macam, Uchu decide masak mee je sebelah malam. Banyak juga ketam dibeli. Uchu ambil 3 kg ketam untuk buat mee ketam kuah merah, 3kg lagi untuk buat bihun sup ketam. Alhamdulillah..bertambah-tambah semua makan.

Cara Memasak
- 1
Tumis bahan kisar bersama serai, asam gelugor, tomato sehingga pecah minyak. Tambahkan garam, gula, sos tiram, kicap manis dan perasa. Tumis lagi sehingga pes berkilat dan lebih warnanya.
- 2
Masukkan ketam dan air. Kacau rata.
Tutup periuk dan masak ketam 8-12 minit (bergantung pada jumlah dan berat ketam)Kacau rata.
- 3
Bilas mi kuning. Celur beberapa minit dalam air panas mendidih yang ditambah sedikit gula. (Tips untuk kurangkan rasa kapur dari mi kuning).
Toskan.
- 4
Sediakan bahan pelengkap lain.
Celur bebola ikan, fish cake, sawi, taugeh. Hiris limau nipis. - 5
Keluarkan ketam yang sudah masak. Susun dalam pinggan hidangan.
Teruskan masak kuah sahaja sehingga kepekatan yang sesuai. Tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat. (Kuah ketam yang Uchu dah salin dalam periuk kecik)
- 6
Hidangkan mi kuning bersama kuah ketam, ketam dan bahan pelengkap.
Nyummy.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen