Kuetiau Kung Foo

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

98/2025 (2085/2500)
#CookpadApron2025
COOKPAD MAGIC CART WEEK 10: kuetiau, sotong, ayam

Alhamdulillah..harini menerima tetamu lagi..kakak ipar dari KL datang. SIL ada anak cucunya berdekatan dengan kawasan rumah Uchu juga dan akan bermalam kat sana beberapa hari. So SIL datang berkunjung sambil nak menjemput MIL ke sana pulak, saje nak tukar suasana dan ubah angin MIL di rumah cicit pulak. Padahal boleh kata, cucu cicit MIL selalu je datang rumah Uchu ni. Paling terkini, baru je Sabtu baru ni..

Uchu ajak anak buah (anak SIL) dan cucu2 buah makan kat rumah Uchu je terus. Lepas maghrib masa otw ke rumah Uchu, anak buah Uchu call kata anak dia yg umur 4 tahun tu terhantuk kepala pada cermin kereta akibat brek mengejut. Cermin kereta crack, tapi alhamdulillah kepala si Lailer cuma benjol sikit je. Anak buah mintak Uchu sediakan compress ais. Terkejut jugak Uchu dengar. Keras betul kepala si Lailer ni hahaha..crack cermin kete tu..

Kuetiau Kung Foo

4 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam (termasuk prep)
15 orang
  1. Kuetiau
  2. 4 bungkuskuetiau
  3. 8 bijitelur
  4. 4 sudu tehserbuk lada sulah
  5. 1 sudu tehgaram
  6. Beberapasudu minyak masak dicampur dengan 1 sudu teh minyak bijan (untuk menggoreng)
  7. Isian
  8. 200 gisi ayam
  9. 400 gudang
  10. 400 gsotong
  11. 1 peketfish cake
  12. 2 peketfish ball
  13. 1 sudu tehbaking powder + air berais (untuk rendaman sahaja)
  14. 1 peketkailan (asingkan batang dan daun)
  15. 1/2 jambakbunga kubis
  16. 1 batangcarrot
  17. 2 peketputik jagung
  18. Bahan tumis & perasa kuah
  19. 8 suduminyak masak + 2 sudu teh minyak bijan
  20. 20 ulasbawang putih (diketuk)
  21. 1 incihalia (dikisar)
  22. 8 ulasbawang merah (dikisar)
  23. 4 kiubpati ayam
  24. 2 sudu tehserbuk lada sulah (sesuaikan)
  25. 8 sudu makansos ikan
  26. 8 sudu makansos tiram
  27. 8 sudu tehgaram (sesuai rasa)
  28. 4 sudu makangula (sesuai rasa)
  29. 4 literair panas
  30. 8-10 sudu makantepung jagung (dibancuh air)

Cara Memasak

1 jam (termasuk prep)
  1. 1

    Sediakan besen berisi air sejuk berais dicampur dengan 1 sudu teh baking powder.

  2. 2

    Rebus air bersama sedikit minyak masak. Kemudian celur satu persatu carrot, putik jagung, bunga kubis, batang kailan dan daun kailan.

  3. 3

    Rendam setiap sayuran dalam air sejuk selepas dicelur. Toskan.

  4. 4

    Panaskan minyak masak dicampur dengan minyak bijan. Tumis bawang putih sehingga keperangan, kemudian masukkan bawang merah dan halia kisar. Tumis sampai garing.

  5. 5

    Masukkan isi ayam. Tumis ayam beberapa minit. Kemudian masukkan kiub pati ayam.

  6. 6

    Kemudian masukkan bebola ikan dan kek ikan. Tambahkan sos tiram dan sos ikan. Tambahkan serbuk lada putih, cili padi, garam, gula dan perasa.

  7. 7

    Masukkan udang dan sotong. Tumis sekejap lebih kurang 3 minit. Masukkan air panas sebagai kuah. (Uchu guna air panas sebab tanak seafood overcooked). Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Masak sampai kuah mendidih dan pekat.

  8. 8

    Masukkan sayuran yang dicelur tadi bersama tomato dan hirisan cili. Tutup api. Adjust rasa.

  9. 9

    Kuetiau: kocok telur bersama sedikit serbuk lada putih dan secubit dua garam. Panaskan sedikit minyak masak yang dicampur minyak bijan. Masukkan kuetiau, kacau rata supaya minyak sekata padanya.

  10. 10

    Curahkan telur atas kuetiau. Kacau rata. Biarkan sehingga telur sedikit perang pada bahagian bawahnya. Kacau rata. Angkat. (Uchu goreng kuetiau by batches supaya lebih senang sekata dengan telur)

  11. 11

    Sedia hidangkan kuetiau bersama kuahnya. Alhamdulillah.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya