Daging Kicap Mudah Tanpa Tumis

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

182/2025 (2169/2500)
#CookpadApron2025
COOKPAD MAGIC CART WEEK 17 : daging, cili, asam gelugor

Alhamdulillah..harini makan tengahari bersama-sama abang & kakak sekeluarga. Uchu masak simple2 je. Masak daging kicap yang sedap tanpa tumis. Masuk aje semua dalam kuali, masak je lah sampai siap..pastu goreng sayur, bakar ikan, ulam-ulam..

Daging Kicap Mudah Tanpa Tumis

11 orang bercadang membuatnya

182/2025 (2169/2500)
#CookpadApron2025
COOKPAD MAGIC CART WEEK 17 : daging, cili, asam gelugor

Alhamdulillah..harini makan tengahari bersama-sama abang & kakak sekeluarga. Uchu masak simple2 je. Masak daging kicap yang sedap tanpa tumis. Masuk aje semua dalam kuali, masak je lah sampai siap..pastu goreng sayur, bakar ikan, ulam-ulam..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 minit (sehingga daging empuk)
8-10 orang
  1. 1 kgdaging (batang pinang) ✅
  2. 7 ulasbawang merah
  3. 4 ulasbawang putih
  4. 1 incihalia
  5. 2 sudu makancili kering kisar ✅
  6. 1/2 cawankicap (sesuaikan)
  7. 2 kepingasam gelugor
  8. 1 sudu tehgaram (sesuaikan rasa)
  9. 3-4 sudu makangula (sesuaikan rasa)
  10. 1/2 sudu tehserbuk perasa
  11. 1/2 cawanminyak masak
  12. Dihiris
  13. 1 bijibawang Holland
  14. 2 bijicili besar
  15. 10 bijitomato ceri

Cara Memasak

40 minit (sehingga daging empuk)
  1. 1

    Rebus daging dengan air yang mencukupi bersama hirisan halia sehingga separa empuk.

  2. 2

    Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar ke dalam rebusan. Tambahkan minyak masak.

  3. 3

    Tuangkan kicap, masukkan cili kering kisar dan asam gelugor. (Uchu masukkan 2 keping sahaja asam). Masak sampai daging empuk dan kuah pekat. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.

  4. 4

    Masukkan hirisan bawang holland, tomato ceri dan cili merah. Masak sehingga bawang layu. Tutup api.

  5. 5

    Sedia dihidangkan..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya