Ayam Goreng Rempah Kari Tumis Kicap

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

58/2025 (2045/2500)

#CookpadApron2025
COOKPAD MAGIC CART WEEK 7 : ayam, cili,kicap,rempah kari

Alhamdulillah..ringkas tapi menyelerakan. Anak-anak tak cukup pulak meratah.

Ayam Goreng Rempah Kari Tumis Kicap

15 orang bercadang membuatnya

58/2025 (2045/2500)

#CookpadApron2025
COOKPAD MAGIC CART WEEK 7 : ayam, cili,kicap,rempah kari

Alhamdulillah..ringkas tapi menyelerakan. Anak-anak tak cukup pulak meratah.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 minit
4-5 orang
  1. 12 ketulayam (Uchu guna drummet sahaja) ✅
  2. 1 sudu tehgaram
  3. 2 sudu tehserbuk kunyit
  4. 3 sudu tehrempah kari
  5. 1 bijibawang holland (dihiris baji lebar)
  6. 1 incihalia (dihiris memanjang)
  7. 6 ulasbawang putih (dihiris)
  8. 2 bijicili besar (dihiris memanjang) ✅
  9. 2 bijicili padi thai (dihiris dua) ✅
  10. 1/2 batangcarrot (dihiris memanjang)
  11. 15 bijitomato ceri/2 biji tomato
  12. 10 batangbendi
  13. 3 sudu makankicap manis
  14. 2 sudu makansos cili
  15. 2 sudu makansos tiram/sos cendawan
  16. 1 sudu tehgula

Cara Memasak

15 minit
  1. 1

    Gaul ayam dengan serbuk kunyit, rempah kari dan garam.

  2. 2

    Panaskan minyak masak dengan api sederhana. Goreng ayam sehingga masak. Toskan.

  3. 3

    Kurangkan minyak menggoreng ayam dalam kuali yang sama. Tumis bawang holland, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.

  4. 4

    Masukkan ayam goreng, kicap manis, sos cili dan sos tiram atau sos cendawan. Tambahkan 2-3 sudu air. Kacau rata.

  5. 5

    Masukkan tomato dan carrot. Tambahkan sedikit gula dan serbuk perasa. Kacau rata.

  6. 6

    Akhir sekali masukkan bendi. Gunakan api besar, kacau rata dan masak sekejap sahaja. Sedia dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya