Mee Goreng PLUS

 Jeehan Kitchen
Jeehan Kitchen @Malindo
Johor Bahru

Selamat Menjamu Selera!😊

Mee Goreng PLUS

1 orang bercadang membuatnya

Selamat Menjamu Selera!😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 Menit
3 porsi
  1. 300 grMee Pak Choy
  2. 100 gmFillet ayam dipotong dadu
  3. 2 batangSosej (dipotong melintang)
  4. 3 bijiCendawan Butang (dihiris nipis)
  5. 50 gmLobak merah (dipotong bentuk mancis)
  6. 1 pokokPak Choy dipotong
  7. 1 batangDaun bawang (dihiris melintang)
  8. 1 batangCili merah (dihiris melintang)
  9. 3 ulasBawang putih (dicincang:)
  10. 1 sudu besarMinyak bijan
  11. 3 sudu besarMinyak Sayur (Saya gunakan minyak Canola)
  12. 1 sudu besarSos tiram
  13. 1 sudu besarKicap manis ABC
  14. 1 sudu besarKicap masin
  15. 1 sudu besarSambal ABC
  16. 1/2 sudu tehGaram
  17. 1/2 sudu tehStok ayam
  18. 1/4 sudu tehSerbuk lada putih
  19. 50 mlAir

Cara Memasak

15 Menit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan

  2. 2

    Campurkan dalam mangkuk, sambal ABC, kicap manis, kicap masin, sos tiram, garam, stok ayam dan lada, kacau rata ketepikan

  3. 3

    Panaskan minyak sayur dan minyak bijan, kemudian tumiskan bawang putih sehingga harum

  4. 4

    Masukkan ayam, goreng sehingga masak

  5. 5

    Masukkan lobak merah, cendawan, dan sosej gaul rata

  6. 6

    Masukkan campuran kicap dan sos, kacau rata, tambahkan sedikit air jika terlalu kering, masukkan mee, gaul sehingga bercampur rata

  7. 7

    Masukkan pak choy/sawi dan hirisan cili merah, kacau rata. Matikan api dan taburkan hirisan daun bawang, gaul rata

  8. 8

    Hidangkan mee goreng semasa masih panas dengan telur mata lembu. Nyam...nyam...nyam...Yummy..😚😚😚

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
 Jeehan Kitchen
pada
Johor Bahru
I am an ordinary housewife, I have one lovely daughter, I love Cooking, Baking, Traveling, and I like to share recipes that I have ever tried. And I really enjoy this life
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya