Stim Ikan Kembung Style Baba

Ahmad Mustaffa Kamal Drahman
Ahmad Mustaffa Kamal Drahman @Mustaffa_Kamal

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته….
Apa khabar semua? Semoga sihat sejahtera hendaknya…Aameeenn
Diam tak diam hari ini Isnin 27 Syawal 1442H bersamaan 7 Jun 2021M Baba direquest oleh anak-anak….minta Baba masak lauk utk makan tengahari. Memang tak de idea nak masak apa.
Teringat kat dalam fridge ada ikan kembung…beli hari Jumaat sebelum. So fikir masak kukus jer lah…simple dan mudah….cepat boleh makan.
Jadi apa lagi….jom kita ke dapur….

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

8-10 orang
  1. 10ekor ikan kembung sederhana besar
  2. 5 ulasbawang putih di mayang
  3. 3labu bawang merah di mayang
  4. 5 cmhalia muda di mayang
  5. 2 helaidaun kunyit dihiris kasar
  6. 3biji limau nipis di perah jus
  7. 7biji bendi
  8. 1biji tomato di potong
  9. Garam secukup rasa
  10. Gula secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Bersihkan ikan kembung kemudian lumurkan dgn sedikit garam dan biarkan seketika.
    Panaskan kukusan.

  2. 2

    Gaulkan semua bawang putih, bawang merah, halia dan daun kunyit.
    Letakkan ikan kedalam bekas kukusan
    Bancuh jus limau nipis bersama 2 sudu kecil garam & 2 sudu kecil gula dan 120 ml air kemudian tuangkan kedalam bekas bersama ikan tersebut..

  3. 3

    Masukkan ikan kedalam periuk kukusan dan kukus selama 15-20 minit, sehingga ikan betul-betul masak.
    Baba buat 2 versi, 1 pedas & 1 tak pedas.

  4. 4

    Setelah masak bolehlah angkat dan hidangkan dgn nasi bersama lauk kegemaran yg lain.
    Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ahmad Mustaffa Kamal Drahman
pada

Komen (2)

Dunia Hanya Sementara Fy
Dunia Hanya Sementara Fy @yatiefy
#love
Sedapnya.. boleh buat ni. terima kasih sudi share resepi

Resipi Sepertinya