Kerabu Pucuk Paku

Resepi Kerabu Pucuk Paku sempena Program " Air Tanganku" Versi Ramadhan 2023.
Menu ni, merupakan menu wajib setiap kali bulan Ramadhan menjelang tiba. Mak adalah peminat utama menu Kerabu Pucuk Paku.
Ulam-ulam/sayur ataupun kerang boleh ditukar dengan bahan-bahan lain. Contohnya kerang boleh ditukar dengan pelbagai siput, isi ikan, hirisan perut lembu ataupun isi udang.
Manakala ulam-ulam/sayur boleh ditukarkan dengan daun pucuk ubi kayu pucuk paku rawan, kacang botor, mangga muda, jantung pisang dan daun pucuk kaduk.
Selamat Mencuba!
Kerabu Pucuk Paku
Resepi Kerabu Pucuk Paku sempena Program " Air Tanganku" Versi Ramadhan 2023.
Menu ni, merupakan menu wajib setiap kali bulan Ramadhan menjelang tiba. Mak adalah peminat utama menu Kerabu Pucuk Paku.
Ulam-ulam/sayur ataupun kerang boleh ditukar dengan bahan-bahan lain. Contohnya kerang boleh ditukar dengan pelbagai siput, isi ikan, hirisan perut lembu ataupun isi udang.
Manakala ulam-ulam/sayur boleh ditukarkan dengan daun pucuk ubi kayu pucuk paku rawan, kacang botor, mangga muda, jantung pisang dan daun pucuk kaduk.
Selamat Mencuba!
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan. Bawang besar dan halia dihiris halus/dimayang
- 2
Panaskan air dan celur taugeh serta pucuk paku. Kemudian toskan.
- 3
Sambal : Kisar cili merah, cili padi, belacan, garam, gula, dan air asam jawa. Masukkan ke dalam mangkuk kecil.
- 4
Masukkan serbuk beras, kerisik dan santan ke dalam sambal dan kacau rata.
- 5
Masukkan pucuk paku, taugeh dan kerang ke dalam bekas yang lebih besar.
- 6
Tuang sambal dan masukkan hirisan bawang besar serta halia.
- 7
Kacau semua bahan dan perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Resipi Sepertinya
-
Kerabu Pucuk Paku Kerabu Pucuk Paku
102/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1495 #pejuang2kresipi❤️Misi Cooksnap Resipi Program Air Tanganku (Edisi Ramadan 2023) ❤️Resipi ni inspirasi daripada Kak @dapoq_cikrose21 dari Program Air Tanganku yang hakak shoot sebelum Ramadan. Video masakan & artikel mengenai Cookpader hebat ni pun hakak dah publish di semua media sosial Cookpad. Jadi korang boleh tengok yer☺️.Resipi ni hakak dah merasa makan dah masa program masak-masak ni berlangsung. Ni saje jela Cooksnap bagi tujuan meraikan resepi & juga tuan resipi ni. Korang pun patut cuba resipi sedap ni yer. Yang menjadi keunikan kerabu ni adalah penggunaan beras goreng. Mak hakak pun ada cakap arwah tok hakak pun memang buat kerabu letak beras goreng. Agaknya resipi kerabu utara begitu kot. Jadi korang patut cuba yer untuk rasa kelainannya ☺️.Hakak cuba masak resipi ni pada Ramadan ke12 💛 Salina Jalaludin -
Kerabu Pucuk Paku Kerabu Pucuk Paku
#goldenapronSemalam kawan pejabat suami ada bagi pucuk paku. Segar-segar pucuk pakunya. Kebetulan, dah lama tak makan kerabu pucuk paku. Pagi-pagi dah suruh suami pergi pasar belikan kerang. Tak ada yang besar-besar kerangnya, dapat yang kecil ja. Tapi sebenarnya, yang kecil ni lebih sedap, manis isinya. Ni Kak Lat ada sertakan cara rebus kerang paling senang. LATIPAH NAWAWI -
👩🍳Kerabu Pucuk Paku Kerang 👩🍳Kerabu Pucuk Paku Kerang
Pucuk paku mudah didapati dikampung- kampung. Jika dibuat kerabu pun boleh jadi lauk yang sedap.#JiwaMerdeka#MerdekaMonth#AugustChallenge2206/3K350/2024 Mahadiah -
Kerabu Pucuk Paku dan Enoki Kerabu Pucuk Paku dan Enoki
Tak boleh move on lagi dengan enoki. Kali ni buat kerabu pulak dangan pucuk paku. Kak Lat tambah kerang tapi tak berani nak rebus kerang dalam microwave. Takut kejadian yang tak diingini berlaku 😅. Terlupa pulak tanya MinSha masa #Demoloni dengan Hana tu hari.So untuk menu ni Kak Lat guna 2 kaedah, microwave dan dapur gas.#DemiMasa LATIPAH NAWAWI -
Kerabu Pucuk Paku Kelantan Style Kerabu Pucuk Paku Kelantan Style
Jiwa merdeka 🇲🇾Pucuk paku antara sumber tanaman asli yg wujud sejak berzaman..Org dulu dulu makan kutip dan hasilkan beberapa jenis masakan Dari pucuk paku ni..Dulu lauk macam ni pun dah meriahAlin mention kan Kelantan style sbb kebiasaanya masakan kerabu belah Kelantan suka yg sedikit berkuah.. FZ Adzlin -
👩🍳Kerabu Pucuk Paku Healthy 👩🍳Kerabu Pucuk Paku Healthy
Sihat Tapi Syiok!👍Sebut kerabu semestinya dikaitkan dengan menu sihat. Sayur Pucuk Paku memang tak asing lagi sangat berkhasiat. Tambah taugeh lagi sedap.Tidak ada goreng menggoreng. Hanya didihkan air dan celur sayur dengan cepat, Mudah dan sihat🤭#Sihattapisyiok#HealthyFood#NovemberChallenge2299/3K442/2024 Mahadiah -
Kerabu Taugeh Dan Pucuk Kaduk #MAHN Kerabu Taugeh Dan Pucuk Kaduk #MAHN
Kerabu taugeh dan pucuk kaduk, ditambah kerang dan hirisan bunga kantan, memang sedap. Tak payah tunggu nasi masak, meratah pun sedap. Jom tengok apa ramuan-ramuannya. LATIPAH NAWAWI -
Kerabu Mackerel Pucuk Paku Kerabu Mackerel Pucuk Paku
Tadi singgah pasar tani UTC Kuantan, nampak pucuk paku segar je.3 ikat RM5.Murah dooh.Beli laa terus.Pastu ingat nak masak kicap.Ummi request nak kerabu pucuk paku.Kita nya xpernah buat, cari laa resipi.Mostly resipi menarik hati guna ikan rebus.Kitonyo malahhhhh.So try & error laa guna mackerel dalam tin.Eh eh ehhhh sedap gillllsss.Main campak campak mackerel dalam tin pun dah sedap level kayangan.Ummi pun siap meratah, memang sedap dooh.Lepas ni nak try dengan jantung pisang, toge pulak.Guna mackerel ayam brand tin je, setel. Kakak Faa -
Pucuk paku goreng ma Pucuk paku goreng ma
Sayur pucuk paku adalah sayur kegemaran kami sekeluarga. Ketika kecil lagi mak suka goreng sayur pucuk paku ni, sayur pucuk paku boleh dimakan dengan apa2 pun. Smpai skrg kami suka makan sayur pucuk paku ni.Kalau ke rumah tok dulu² slalu mereka dsana siap² pergi mencari pucuk paku fresh² ni dibuat goreng dan direbus buat ulam. Besar² pucuk paku disana. Skrg masih juga mereka kirim ke rumah wlpun pucuk paku dah xbyk sprti dulu. Itulah kenangan zaman kanak² dlu saya ingat. Selamat mencuba ❤️ KAM -
Rendang Pucuk Paku + Sotong Rendang Pucuk Paku + Sotong
🧑🍳699🧑🍳🍽️133/2023🍽️#GoldenApton23#Week22#PesRendangSemalam pergi pasar malam ternampak pucuk paku cantik - cantik je macik tu jual.Langkah kaki pun jadi berat nak tinggalkan pucuk paku tu terasa macam ia sedang menggamit2 je minta dibawa pulang bersama.Apalagi laju je kaki ni melangkah kearah makcik sipenjual sayur itu lalu membeli dua ikat pucuk paku tersebut.Sampai dirumah berfikir nak masak apa ye pucuk paku ni!?🤔 Sambal tumis selalu sangat dah. Masak lemak pun selalu juga buat. Begitu juga urap/kerabu.Macam biasa cari idea di Cp lah. Maka ternampak ada resepi rendang pucuk paku dari kawan2 cp yang hebat2.Eh bilis pun tiada.kerang juga tiada. Cek dalam freezer ada sotong.Kita jadikanlah si sotong ni pasangan pucuk paku ye.. Mesti sedap rasanya kan.Maka terciptalah Rendang pucuk paku + Sotong.Siap masak meratah dah sepiring. Sedap lah rendang pucuk paku kahwin dengan sotong ni.. 👍😋🤭Jom kita tengok resepinya.Inspirasi cookpader @salina_jalaludin .Tq sal akk terinspirasi nak masak rendang pucuk paku lepas tengok resepi sal di cp 🥰#PesRendang Q'leenalee's Kitchen -
Kerang Dan Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api Kerang Dan Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
#goldenapron#saturesipisatupohonBila beli kerang, selalunya direbus atau buat sambal. Tapi hari ni suami suruh buat masak lemak bersama pucuk paku. Lama tak buat menu ni. Apa lagi, bertambah lah nasi. LATIPAH NAWAWI -
Rendang Pucuk Paku Rendang Pucuk Paku
goldenapron23week22#rendangSesetengah orang tidak boleh makan pucuk paku kerana sejuk dan berangin badan. Sekiranya teringin, boleh lah buat rendang . Dengan bahan seperti. Cili , bawang, kunyit boleh mengurangkan sejuk sayur ini. Ani Delighted
Lebih Banyak Resipi
Komen