Kari Ikan Siakap

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

093/Julai2025/TerusMelangkah3k/
Cookpad5th/2253 #TerusMelangkah3k
❤️ 25K Cooksnap Marathon 📸 ❤️

Resipi ni inspirasi daripada @Uchu 🥰

Masa hakak tengok dia masak resipi ni, hakak dok terfikir. Asal ehh selama ni tak pernah lak aku buat kari ikan siakap😅. Biasanya buat sambal, kukus, goreng dan buat masak asam Thai tu jela.

So bila suami beli ikan siakap ni, memang resipi Uchu ni pilihan utama hakak untuk masak 🤭

Sejujurnya sedap dooh 😋

Cuma resepi Uchu ada guna kas-kas. Tapi hakak takde guna lah. Apa2 pun terima kasih Uchu untuk resipinya 🫶🏻

Kari Ikan Siakap

093/Julai2025/TerusMelangkah3k/
Cookpad5th/2253 #TerusMelangkah3k
❤️ 25K Cooksnap Marathon 📸 ❤️

Resipi ni inspirasi daripada @Uchu 🥰

Masa hakak tengok dia masak resipi ni, hakak dok terfikir. Asal ehh selama ni tak pernah lak aku buat kari ikan siakap😅. Biasanya buat sambal, kukus, goreng dan buat masak asam Thai tu jela.

So bila suami beli ikan siakap ni, memang resipi Uchu ni pilihan utama hakak untuk masak 🤭

Sejujurnya sedap dooh 😋

Cuma resepi Uchu ada guna kas-kas. Tapi hakak takde guna lah. Apa2 pun terima kasih Uchu untuk resipinya 🫶🏻

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45 minit
2 - 3 orang
  1. 1 ekorikan siakap (dipotong 3)
  2. 1 bijibawang besar (dihiris)
  3. 4 ulasbawang putih (dihiris)
  4. 1 incihalia (dihiris)
  5. 3 tangkaidaun kari
  6. 3 sudu besarbawang merah kisar
  7. 3 sudu besarserbuk kari
  8. 2 sudu besarserbuk cili
  9. 1/2 cawanair (untuk kuah)
  10. 1 kotaksantan / 250 ml santan
  11. 1 bijitomato (dibelah 4)
  12. Secukupnyagaram
  13. Sedikitserbuk perasa
  14. 1 kepingasam gelugur
  15. Secukupnyaminyak masak (untuk menumis)

Cara Memasak

45 minit
  1. 1

    Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, biji sawi dan bawang merah kisar sehingga naik bau.

  2. 2

    Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Boleh tambah sedikit air untuk elak rempah hangit.

  3. 3

    Masak sehingga pecah minyak.

  4. 4

    Masukkan santan.

  5. 5

    Diikuti ikan siakap, tomato dan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

  6. 6

    Masak sehingga ikan empuk dan kuah mendidih. Tutup api.

  7. 7

    Sedia untuk dihidangkan.

  8. 8

    Selamat mencuba ☺️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Resipi Sepertinya