Ayam, Tauhu & Tempe Ungkep Goreng

Eka Zahra
Eka Zahra @mamaeka1208
Kuala Lumpur

#selangor

Ayam ungkep ni popular di kalangan masyarakat Jawa. Makna "ungkep" ialah memasak bahan mentah bersama bumbu (rencahnya) menggunakan api kecil dan ditutup. Tujuannya supaya pori2 ayam/daging terbuka dan bumbu dan aroma terserap. Hasilnya tentu saja lebih sedap berbanding ayam/daging yg hanya diperap tanpa proses 'ungkep'. Walaupun masa yg diperlukan untuk masak ungkep lebih lama tapi berbaloi hasilnya. Masak ungkep boleh terus dimakan, digoreng atau dibakar. Kali ini akak kongsikan resipi Ayam Ungkep Goreng dan akak tambahkan tempe dan tauhu dalam masak ungkep ini untuk menambahkan rasa pada tempe dan tauhu goreng.
Makan dengan nasi panas, sambal belacan tumis dan ulam2an memang sangat menyelerakan ❤

Ayam, Tauhu & Tempe Ungkep Goreng

6 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 500grm ayam dipotong2
  2. 1bungkus tempe dipotong2
  3. 2 kepingtauhu dipotong2
  4. 1btng serai diketuk
  5. 2 helaidaun salam
  6. 1 cawanair
  7. Minyak untuk deep fry
  8. Bahan2 Kisar :
  9. 4 ulasbawang putih
  10. 5bj buah keras
  11. 1inci halia
  12. 1inci lengkuas
  13. 1/2inci kunyit atau 1 sudu teh kunyit serbuk
  14. 1 sudu makanketumbar
  15. 1 sudu tehlada sulah
  16. Garam dan serbuk pati ayam secukup rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Lumur ayam dgn garam dan kunyit. Perap sekurang2nya 1 jam...akak perap semalaman supaya garam terserap ke dlm ayam.

  2. 2

    Dalam kuali (seeloknya guna kuali non stick) masukkan bahan kisar, air, daun salam, serai, ayam, tauhu dan tempe.

  3. 3

    Tutup kuali (ungkep) dan masak guna api kecil hingga ayam mengeluarkan minyak dan air susut (kacau perlahan sekali sekala).

  4. 4

    Masak hingga air susut.

  5. 5

    Goreng ayam, tauhu dan tempe dlm minyak yg panas hingga kecoklatan tak perlu lama sbb ayam sudah masak. Goreng juga bumbunya yg dah kering hingga garing dan taburkan atas ayam, tauhu dan tempe goreng tadi. Hidangkan bersama sambal belacan tumis dan ulam2an ❤

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Eka Zahra
Eka Zahra @mamaeka1208
pada
Kuala Lumpur

Komen

Resipi Sepertinya