Sambal Tempoyak Daun Kayu

Musim durian bermula di kampung. Ada tempoyak baru buat.. bahan2 lain pun ada.. 💕💕
Bahan adjust ikut citarasa masing2.
Keluarga saya suka guna durian segar berbanding tempoyak. Jadi boleh replace durian segar macam kami juga. Cuma kena adjust kemasaman dia.

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan daun kayu.. Hiris bahan bertanda 🌱. Lagi halus lagi bagus😄😄 Kena gigih bab ni nak makan sedap.
- 2
Tumbuk cili padi, garam dan kunyit.
- 3
Reneh santan pekat dan air bersama bahan tumbuk.
- 4
Nampak kekuningan sebati.. masukkan udang dan tempoyak/ isi durian segar. Reneh lagi.
- 5
Masukkan daun-daun yang dimayang halus bersama petai dan terung pipit yang telah dipipil tangkainya. Boleh guna kacang botor hiris juga jika suka.
Video : pokok terung pipit
Gambar : daun mangun yang wajib ada dalam sambal daun kayu. Beri rasa lemon. - 6
Didihkan hingga sebati dan kepekatan yang diinginkan. Adjust rasa jika kurang masin, manis, pedas atau masamnya.
- 7
Siap untuk dinikmati dengan nasi panas.. ada ayam dan ikan goreng pun boleh buat cicah2😋
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen