Nasi Daging Air Asam Utara

17 orang bercadang membuatnya
Ummu Yusuf
Ummu Yusuf @FiniOthman
Sepang

#goldenapron

Nasi Daging Utara yang sangat sesuai di makan bersama air asam kerisik dengan sedikit kelainan. Anda pasti menyukainya.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

3 jam
10 orang makan
  1. Bahan Nasi
  2. 5pot beras
  3. 6pot air rebusan daging
  4. minyak sapi
  5. 3biji bawang merah dimayang
  6. 2 ulasbawang putih dihiris
  7. 1inci halia
  8. sehelai daun pandan
  9. kulit kayu manis
  10. bunga lawang
  11. buah pelaga
  12. 1paket kecil rempah kurma
  13. 1/2 cawansusu cair
  14. sedikithirisan daging yang telah empuk
  15. Bahan Sup
  16. 1 kgdaging
  17. 2inci halia
  18. 1biji bawang besar
  19. 2biji bawang merah
  20. 2biji bawang putih
  21. kulit kayu manis
  22. bunga lawang
  23. bunga cengkih
  24. buah pelaga
  25. 1paket pes sup siam
  26. 1bungkus sup bunjut
  27. 1/4 cawansusu cair
  28. Bahan Air Asam
  29. 1biji bawang besar
  30. 10biji cili besar
  31. 10biji cili padi
  32. 2biji tomato
  33. 2 cawanair asam jawa
  34. sedikitbelacan
  35. 1sudu besar kerisik

Cara Memasak

3 jam
  1. 1

    Rebus daging bersama air dan halia sehingga empuk.

  2. 2

    Basuh beras.

  3. 3

    Panaskan sedikit minyak dan minyak sapi. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan sehingga naik bau.

  4. 4

    Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis semua bahan sehingga garing dan pecah minyak.

  5. 5

    Masukkan air rebusan daging ke dalam beras yang telah di basuh dan masukkan bahan tumis tadi.

  6. 6

    Masukkan susu cair, garam dan sedikit hirisan daging. Tutup periuk dan biarkan sehingga masak.

  7. 7

    Blend bawang besar, bawang merah, bawang putih.

  8. 8

    Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di blend bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

  9. 9

    Setelah garing dan pecah minyak, masukkan ke dalam periuk rebus daging.

  10. 10

    Tambah pes sup siam, sup bunjut, garam dan susu cair.

  11. 11

    Untuk air asam, hiris bawang besar, tomato dan 2 biji cili besar.

  12. 12

    Blend cili besar, cili padi, belacan, garam, gula, sedikit bahan hiris tadi dan air asam jawa.

  13. 13

    Selepas bahan-bahan tadi halus masukkan kerisik dan blend semula dalam 3 saat.

  14. 14

    Gaulkan bahan blend bersama bahan yang dihiris tadi. Tambah air asam jawa jika perlu.

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Ummu Yusuf
Ummu Yusuf @FiniOthman
pada
Sepang
Memasak ialah terapi
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan