Pho Daging Lembu

SuperMin Cookpad
SuperMin Cookpad @SuperMin_Cookpad
Kuala Lumpur, Malaysia

Resipi pemenang Pertandingan Sarapan Cookpad Vietnam oleh DiepngocNguyen. Resipi asal boleh didapati di sini: https://cookpad.wasmer.app/vn/cong-thuc/7086248-ph%E1%BB%9F-bo-n%C6%B0%E1%BB%9Bc-trong

Pho Daging Lembu

Resipi pemenang Pertandingan Sarapan Cookpad Vietnam oleh DiepngocNguyen. Resipi asal boleh didapati di sini: https://cookpad.wasmer.app/vn/cong-thuc/7086248-ph%E1%BB%9F-bo-n%C6%B0%E1%BB%9Bc-trong

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4-5 hidangan
  1. 700 gDaging Lembu (mana-mana bahagian yang anda suka seperti batang pinang, peha atau rusuk)
  2. 500 gEkor Lembu (untuk sup)
  3. 1biji Bawang
  4. 1ketul besar Halia
  5. Bahan A:
  6. 1 sudu tehBiji Ketumbar
  7. 4-5 helaiAkar Ketumbar (jika ada)
  8. 1biji Buah Pelaga
  9. 2biji Bunga Lawang
  10. 1 botolKayu Manis
  11. Mee Pho Vietnam (mengikut bilangan hidangan yang diingini)
  12. 1 sudu tehGula
  13. Sayur-sayuran dan Herba untuk hiasan atas (sebanyak mana yang diingini):
  14. DaunKucai yang dicincang
  15. Hirisan Bawang
  16. Taugeh
  17. Limau Nipis
  18. Cili
  19. Lain-lain Herba yang diingini
  20. Rempah Ratus (sebanyak mana yang diingini):
  21. Lada Hitam yang dikisar
  22. Sos Cili
  23. Sos Hitam

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan kuali leper dan masukkan bawang dan halia berserta kulitnya sekali, dan bakar sehingga berbau harum tanpa menghanguskan kulitnya. Gunakan api sederhana. Setelah masak, buang kulit bawang dan kikis kulit halia menggunakan sudu. Cuci bersih dengan air. Selepas itu potong bawang kepada 4 bahagian dan ketuk halia sehingga penyek. Cuci bersih daging, akar ketumbar dan sayur-sayuran juga dengan air.

  2. 2

    Masukkan ekor lembu dan daging lembu ke dalam periuk besar dan tambahkan air ke dalam periuk sehingga menutupi keseluruhan daging dan ekor. Rebus menggunakan api besar sehingga mendidih. Apabila telah mendidih, kecilkan api dan biarkan mereneh untuk beberapa minit agar daging masak sepenuhnya. Buang airnya setelah masak.

  3. 3

    Pindahkan ekor dan daging lembu tadi ke dalam periuk lain dan tambahkan 6 cawan air sejuk. Masukkan ramuan A bersama bawang dan halia tadi ke dalam satu kantung dan masukkan sekali ke dalam periuk. Rebus menggunakan api besar sehingga mendidih, kemudian kecilkan api dan buangkan buih yang terhasil di atas permukaan air rebusan. Biarkan mereneh selama sejam. Kemudian keluarkan ekor dan daging daripada periuk dan tapis sup yang terhasil.

  4. 4

    Biarkan daging tadi sejuk sebelum memotongnya nipis-nipis. Sediakan daun kucai yang dicincang, hirisan bawang dan taugeh.

  5. 5

    Masak mee Pho dalam periuk lain. Kemudian susun daging, mee dan bahan-bahan tadi dalam mangkuk.

  6. 6

    Panaskan sup sekali lagi dan tambahkan sesudu teh gula secukup rasa. Tuang sup ke dalam mangkuk yang disediakan tadi dan taburkan lada hitam. Nikmati bersama rempah ratus dan herba. Perahkan lemon atau limau dan tambahkan hirisan cili, atau tambahkan keledek dan cutni jika suka.

  7. 7

    Jika anda mahu lebih senang membuatnya, anda juga boleh menggunakan sup daging yang jernih (beef consomme). Hasilnya lebih baik jika anda menggunakan ekor lembu untuk membuat sup seperti dalam resipi ini, tetapi rasanya tetap sedap jika anda menggunakan sup daging jernih yang boleh dibeli di pasaraya. Anda boleh menggunakan mana-mana ramuan dan hiasan atas yang anda suka jadi anda boleh menggunakan apa sahaja ramuan yang senang diperolehi.

  8. 8

    Apa kata anda mulakan hari anda dengan sarapan gaya Vietnam yang sebenarnya? Cubalah pada hari minggu yang akan datang!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
SuperMin Cookpad
SuperMin Cookpad @SuperMin_Cookpad
pada
Kuala Lumpur, Malaysia

Komen

Resipi Sepertinya