Mi Siput Sup#phopbylinimohd #batch20

Saya memang penggemar mi dan pasta, jadi bila keluar membeli barang-barang dapur, rak bahagian mi dan pasta adalah dikira wajib akan dilawati 😄.
Suka belek-belek jenis-jenis mi dan pasta yang ada dan kemudian akan beli yang berkenan dan cuba masak ikut resepi yang ada kat cookpad atau yang sedia ada di social media atau websites.
Lepas tu saya akan cuba pula masak ikut style dan citarasa saya sendiri. Bereksperimen gitu 😊😊.
Mi Siput ni adalah salah satu mi kering yang kita akan jumpa kat rak kat kedai atau supermarket. Sebab dia cute aje bentuknya ala2 rambut yang disiput itulah agaknya asal nama Mi Siput ni 😂😂. Sebab lawa macam rambut disiput, hati meronta-ronta nak tau apa rasa mee ni.
Resepi ni pula tercipta sebab, saya suka masak tapi adakalanya mood malas tu sampai, so nak masak yang simple-simple aje. Campak-campak, dah siap! 😊😊
Cara Memasak
- 1
Mula-mula kita panaskan air atas dapur. Bila air sudah menggelegak, masukkan mi untuk direbus seketika. Bila sudah lembut, angkat dan toskan airnya. Kemudian, bilaskan mi dengan air sejuk/air paip dan kemudian toskan dan ketepikannya.
- 2
Untuk kuah atau supnya, mula2 tumiskan bawang putih. Bila dah garing, masukkan 1 1/2 liter air. Sementara tunggu air menggelegak, masukkan kuib pati ayam dan sup bunjut. Juga daun limau purut. Sos tiram juga masukkan.
- 3
Bila dah menggelegak, masukkan ayam dan fish ball. Bila ayam hampir masak, masukkan carrot. Kemudian, bila ayam dah cukup masak dan carrot dh hampir lembut, masukkan daun sup, daun bawang dan mushroom. Kacau sebati. (Nota: rencah protein dan sayur2 boleh ikut selera ye)
- 4
Akhir sekali, pecahkan telur dan biar seketika. Masak telur ikut citarasa anda. Kemudian tutup api. Tambahkan perisa garam secukup rasa dan kacau sebati.
- 5
Bila hendak makan, boleh la dihidangkan bersama-sama sayur-sayur yang dicelur, perahan limau nipis dan juga cili potong bersama kicap. Selamat mencuba! 😊
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Sup Mi Siput Sup Mi Siput
#GoldenApron23Bila buat sup Mi Siput ni kan, ibu teringat masa zaman ibu kecil-kecil dulu. Dulu abah selalu buat sup Mi Siput ni. Sebiji macam yang ibu buat hari ni. Kami orang Muar. Tapi kan, orang Muar tak panggil Muar... Kami panggil muoo 🤣 gaya orang muoo bercakap kat belakang mesti ada 'o' Contoh muo, gebo, gambo, belajo, haha gitulah bunyinya (eh apa aku melalok ni...?Ok berbalik pada cerita sup mi siput ni.. mi siput ni kan berasal daripada muo. Jadinya kami yang orang muo ni memang sentiasa ada stock mi siput kat rumah. Mi siput bukan sahaja boleh digoreng dan dimakan dengan sambal tumis sahaja, malah ia juga boleh dijadikan mi sup, Sira gula warna warni, sira sambal, pengat dan sebagainya (ini berdasarkan apa yang ibu pernah makan dari air tangan mak, abah dan atok nenek ibu la) bab pengat tu arwah nenek selalu juga buat. Rasa dia sama je macam bubur cha cha.Mi siput ni ada caranya juga untuk goreng supaya dia jadi kembang dan rangup.. tak keras kematu. Tipsnya, kena goreng satu-satu, dengan minyak yang betul-betul panas baru dapat mi siput yang rangup dan rapuh. Lepas angkat mi siput dari minyak, tunggu dulu hingga minyak kembali panas semula, kemudian barulah masukkan mi siput yang seterusnya.Mi siput ni kalau direbus lama pun tak kembang sangat. Teksturnya kenyal-kenyal dan ofcoz tiada bau air kapur seperti mee kuning. Noor Atika Mahamood -
Mi Siput Goreng Angan-anganku Musnah Mi Siput Goreng Angan-anganku Musnah
#GoldenApron23Mi siput goreng angan-anganku musnah di beri nama kerana mi siput yang di beli tidak seperti yang di impikan.MyB ramai yang keliru atau beranggapan mi siput,mi sanggul adalah benda yang sama hakikatnya bukan.Mi siput di goreng dan di makan dengan sambal.Dia rangup dan tidak keras.penghasilan mi siput biasanya home made dan hanya di Muar Johor.Tujuan saya post mi siput ini supaya anak-anak,sahabat andai dan saudara mara tidak tersilap beli atau tertipu dengan tulisan di bungkusan.Pastikan sebelum beli tenguk terlebih dahulu.Mi siput dia nipis dan tidak tebal seperti gambar di bawah.Mi siput yang saya beli ini adalah mi sanggul yang perlu di rendam dan baru di masak bukan untuk di goreng.Harap penerangan saya dapat membantu. Dunia Hanya Sementara Fy -
Mi sup dumpling stail Cina Homemade #phopbylinimohd #batch18 Mi sup dumpling stail Cina Homemade #phopbylinimohd #batch18
#goldenapron : Kita edit *story* sebab minsha kata apalah Batch 18 ni semua cerita di slot ni skema nya. Kita pun tak skema sangat, jadi kita taip baru kira aci dop minsha? Ni masakan berpenat-penat dahulu dan berpenat juga kemudian. 😂😂 Disebabkan task 4 #phopbylinimohd tajuknya food photography. Skroll di pinterest cari idea. Skroll sana. Mata terpukau kat styling mi juga. Tengok western food. Styling lawa. Tapi nak buat mi juga. Dah buat mi kena hadaplah side dish mi sekali. Chinese noodle yang nampak je plain dan simple. Korang tak tahu ibu bersilat umpama pendekar persis penguin kat dapur. Tambah lagi apps cookpad ibu tengah tak berapa stabil. Tak boleh tekan enter uitttt. Ok double penat mengarang umpama esei luahan perasaan tanpa perenggan. Ini bukan cerita KRT tau. Ini kisah sang ibu yang menjayakan tema Mi tarik sup - Chinese style. Oh enter button, please comeback. IntanNS -
Sizzling Ayam Mi Siput Sizzling Ayam Mi Siput
1529/2023#GoldenApron23Percubaan pertama masak mi siput..hehe. Uchu pilih sizzling sebab nengok bentuk kering dia tu, teringat ke yee mee kering..mula2 try sizzling mi siput secara direct tanpa merebus terlebih dahulu..tapi agak lambat melembut dan banyak serap kuah nak jadikan dia lembut..lama2 boleh terlebih masin mi tu. Plate yang kedua, barulah Uchu rebus dulu mi siput tu baru sizzling kan..alhamdulillah..baru betul caranya..Nampaknya, mi siput ni memang sesuai lah nak buat masak seperti cara mi yang lain juga selain cara terkenalnya di Muor, digoreng kering2 macam tu je macam kerepek dan dicicah sambal.Masih ada banyak baki mi siput yang Uchu beli. Boleh try masak macam2 lagi..insyaallah..Macam biasa, kalau masak malam camni, gambar pun kelam kabut je. Anak2 dan suami duk menunggu kelaparan..dah la sekali jalan 2 tungku dapur je kan..siapa punya siap lu, dia makan lu lah..sebab kalau lambat2 ghisau tak best pulak..Dah update gambar baru siangnya, sebab ada kuah lebih, dan anak2 masih nak makan mende sama feveret diorang ni.. Sesimple Loralin -
Mi Hailam Mi Hailam
Yang ni 4 bulan lepas Aznie buat lupa nak bubuh sini. Buat masa ni adik-adik datang rumah nak makan Mi Hailam, kata dema. Nasib barang-barang semua ada terus buatkan. Mi kuning suruh dema beli dekat kedai yang hampir dekat rumah. Kalau bab masak memang Aznie suka. Sebab seronok tengok orang makan. Aznie Khasri -
Kerabu Mi Segera Mudah Kerabu Mi Segera Mudah
#MerdekaMonth Citarasa Borneo - Seafood [Week 4]Tekak ni terasa nak makan kerabu maggi Thai tetapi kat sini memang payah nak jumpa mi segera Thai. Pernah beli di pasaraya Mydin jer beberapa tahun lepas, lepas tu memang tak jumpa lagi dah. Nak guna mi maggi tom yam/asam pedas pula dah habis kat rumah ni sebab perisa tu sememang nya kegemaran si dara saya. Saya pula, memang bukan lah hantu mi segera jadi memang takde simpan stok kat rumah. Nak ke kedai malas semata-mata nak membeli mi segera jer. Jadi nya guna jer lah mana yang ada di dapur. Janji on! Dapur Yusfarisyia -
Sup Mi Sua Sup Mi Sua
Global Apron 2024 Challenge 27: CHINESE FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberCara memasak mi sua bergantung pada jenis hidangan yang akan disediakan. Mi sua biasa nya digunakan untuk membuat mi sup. Ada yang membuat hidangan di mana mi sua dimasak terus di dalam sup, menjadikan hidangan terakhir semua melekit dan pekat kerana kanji daripada mi memekatkan sup.Saya lebih suka memilih untuk memasak mi sua secara berasingan dan kemudian menghidangkannya dengan sup supaya sup nya jernih dan tidak melekit atau keruh.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Ayam (1) + daun bawang (R) + halia (R) + mee suah (2) + minyak bijan (R) + pak choy (R) Dapur Yusfarisyia -
Spicy Aglio Olio#phopbylinimohd#batch18 Spicy Aglio Olio#phopbylinimohd#batch18
Resepi ni adalah olahan saya sendiri untuk kena kan dengan tekak orang Melayu/Malaysia yang suka kan sesuatu yang pedas. Kita sedia tahu yang Aglio Olio biasa kan dia plain & simple aje 😊🤭.Satu lagi sebab adalah saya adalah penggemar tegar makanan berasaskan pasta, kalau nak beli di restoran-restoran selalunya harga agak boleh tahan. So belajar cara-cara membuatnya dan kemudian olah ikut citarasa sendiri.Selamat mencuba & terima kasih! 😘#goldenapron Azlina Hashim -
Mi Sup Sawi Mi Sup Sawi
Global Apron 2024 Challenge 24: KUNING 💛#MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾Lama dah tak masak mi sup. Bukan apa, anak-anak dan suami kurang gemar kalau mi sup guna mi kuning. Mereka lebih gemar mi kuning tu digoreng. Si dara saya memang dari dulu tak minat mi kuning tak kira digoreng atau dibuat menu lain. Jika darurat jer baru lah dia akan makan haha.. Hari ni saya akan paksa dia makan sebab saya tak masak nasi atau pun lauk yang lain. Ada baki sotong dalam peti ais dan lebihan ayam goreng saya leburkan sekali. Awal-awal lagi saya dah sembunyikan mi segera. Saya memang tak galakkan mereka makan mi segera tapi nak buat macam mana, si papa mereka pun hantu mi segera. 3 vs 1 memang sah lah saya yang kalah.Inspirasi daripada @dapurdee cuma saya olah guna apa yang ada jer kat dapur.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Halia (1) + mee kuning (1) Dapur Yusfarisyia -
Nasi Kabsah Ayam Nasi Kabsah Ayam
Masa pi beli barang-barang groceries haritu ternampak rempah kabsah kambing brand Hexa kat rak rempah ratus. Belek punya belek macam best lak sebab senang ja cara nak masak ikut instruction yang tertulis kat bekas tu so Cikna pun beli la rempah tu.Masa beli tu pun memang plan nak masak dengan ayam sebab stok kambing tak beli lagi. Kita guna konsep kita masak dia so ikut suka jela nak guna bahan apa. Rupa-rupanya ada tulis kat label sesuai untuk ayam jugak 😂Bahagian sup tu Cikna buat sup kosong biasa ja sebab Cik Piah tak makan kang kalo tambah rempah..kalau korang suka boleh tambah sikit rempah kabsah tu dalam sup masa nak masak.#goldenapron2020 (minggu 12) Erna Hezreen Hamzah -
Mi Sup Udang Mudah Mi Sup Udang Mudah
30/2024 (1575/2K)Semalam dah goreng mi untuk anak2 untuk makan pagi. Ada baki sebungkus mi kuning yang dibeli. Jadi masak berkuah pulak untuk pagi Ahad ni.Alhamdulillah, datang pula anak2 saudara dan abang Uchu pagi ni. Tak cukup sebungkus mi, Uchu celur pulak kuetiau. Nasib baik ada beli kuetiau jugak. Alhamdulillah..simple tapi dapat dinikmati ramai..moga2 itu tanda keberkahan rezeki. Sesimple Loralin -
Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut dan Keladi Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut dan Keladi
#goldenapron2020#minggu26Ramai sebenarnya yang suka makan siput sedut ni, tapi malas nak sediakan sebab proses mencuci siput ni agak renyah. Hujung siput pula perlu dipotong dengan betul supaya isi siput senang disedut. Salah potong memang sampai kesudah le isi siput tak.keluar-keluar. Pernah tengok kat FB ada pelanggan kedai makan merungut bila siput yang disediakan, tak dipotong hujungnya. Memang seksa la nak menyedutnya.Lagi satu, kalau beli siput ni kena simpan elok-elok dalam bekas yang mempunyai pengaliran udara yang baik dan penutup bekas tu pulak ditutup rapat dan diletak pemberat. Saya letak lesung batu je. Kalau tak tutup rapat, esok pagi tinggal bekas kosong je. Semua siput keluar dari bekas dan merayap satu rumah. Tak pasal-pasal pulak nak kena cari dan kutip siput merata-rata.Ronda-ronda kat pasar pagi ni jumpa siput sedut. Dah lama tak makan. Beli 2 kg. Pastu ambik keladi kat rumah mak. Maka bersatulah siput sedut dan keladi ni di dalam periuk. Rose Nani Nizah Nayan
Komen