Nasi "Claypot"

Rasa masakan ini tidaklah begitu kuat, tetapi ianya cukup sedap. Penggunaan cendawan shitake memberikannya rasa yang unik. Secara tradisionalnya, masakan begini dimasak dalam periuk tanah, tetapi saya menggunakan periuk biasa kerana itu sahaja yang saya ada di rumah ini. Rasanya tetap sedap walaupun menggunakan periuk biasa.
Nasi "Claypot"
Rasa masakan ini tidaklah begitu kuat, tetapi ianya cukup sedap. Penggunaan cendawan shitake memberikannya rasa yang unik. Secara tradisionalnya, masakan begini dimasak dalam periuk tanah, tetapi saya menggunakan periuk biasa kerana itu sahaja yang saya ada di rumah ini. Rasanya tetap sedap walaupun menggunakan periuk biasa.
Cara Memasak
- 1
Mula-mula rendam cendawan shitake dengan 1 cawan air panas. Biarkan kembang.
- 2
Sementara itu, cuci dan toskan beras. Cincang bawang putih dan potong ayam lebih kurang saiz 2 inci.
- 3
Apabila cendawan sudah kembang, buang batangnya dan hiris nipis cendawan.
- 4
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dengan api kecil sehingga wangi. Jaga-jaga jangan sampai hangus.
- 5
Masukkan ayam, kacau dan besarkan api. Biarkan seketika sehingga ayam sedikit perang di sebelah bawahnya.
- 6
Masukkan cendawan shitake, beras, kicap cair, kicap manis, lada sulah dan 2 cawan air atau air rebusan ayam.
- 7
Masukkan juga 1 cawan air yang digunakan untuk merendam cendawan tadi, tetapi ianya perlu ditapis dahulu kerana mungkin terdapat habuk dan tanah di dalamnya. Boleh pindahkan semuanya ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa. Atau terus ke langkah seterusnya jika hendak terus memasaknya dalam periuk yang sama di atas api dapur.
- 8
Kacau rata. Apabila sudah mendidih, kecilkan api dan tutup periuk. Masak sehingga air kering. Lebih kurang 10 ke 15 minit. Tutup api tetapi jangan buka penutup periuk. Tunggu 1o minit untuk memberi masa nasi masak sepenuhnya menggunakan baki kepanasan wap air dalam periuk tersebut.
- 9
Buka tutup periuk, tuang minyak bijan sedikit demi sedikit ke seluruh ruang periuk. Kemudian kuap balikkan nasi menggunakan garfu.
- 10
Hidangkan di dalam mangkuk bersama hirisan daun bawang dan daun sup.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Claypot Chicken Rice dalam Rice Cooker Claypot Chicken Rice dalam Rice Cooker
Salah satu menu yang saya rajin masak menggunakan rice cooker waktu masih belajar dulu, masak dalam student dorm. Resipi saya pelajari dari makcik saya waktu tengah at kolej.Boleh dimasak dalam claypot atas api kalau rajin tapi kena rajin memantau nanti cepat berkerak.Cendawan shitake kering pun biasa digunakan dalam resipi ini. Rendam dulu dengan air panas. Lepas kembang, gunakan air rendaman tersebut untuk mentanak nasi. Di sini saya gunakan yang fresh sebab jumpa kat kedai.Kalau suka ikan masin boleh tambahkan. Anak saya tak suka jadi saya tak masukkan dalam resipi ini. Sesuai dimakan dengan cili padi potong + kicap masin. Ruth -
Siakap Kukus Shitake Siakap Kukus Shitake
Day28/366/2020/January#CNY2020 #cookpadmalaysiaResipi asal boleh dinamakan Ikan Siakap Kukus Chinese Style tapi panjang benor namanya. Jadi saya tukar nama kepada sesuatu yang lebih pendek dan padat. Tambahan saya ada menggunakan shitake di dalam resipi. Jadi ada lebih baik letak nama shitake tu kan 😬. Shitake ni feveret saya. Shitake ni sangat sedap walaupun bau dan rasa dia agak kuat. Tapi itulah yang menjadikan hidangan yang dicampur shitake ni sedap 😊 Salina Jalaludin -
Claypot Rice Claypot Rice
20-30 minit siap.Nasi Claypot bukan sahaja cepat dan mudah disediakan ianya juga sedap.Selalu vege saya guna shiitake tetapi kali ini guna cauliflower sebab hendakkan point 🤭.#GlobalApron2024#Challenge11OnePotMeal#AyamBerasCauliflowerHalia irar -
Krim Cendawan Kering Shitake Krim Cendawan Kering Shitake
#immunebooster #cendawanPilihan immune booster menggunakan cendawan kering shitake memberi saya sedikit idea untuk dioleh supaya anak-anak saya menjamah kerana anak-anak agak cerewet bila ada bau cendawan yang agak kuat. Tetapi mengenangkan khasiat cendawan untuk membantu meningkatkan immune booster badan, jadi saya memasakkan cendawan ni dengan masakan jenis krim. Mazwin -
Nasi Morocco 🇲🇦 Nasi Morocco 🇲🇦
Walaupun terpisah akibat PKP yang entah bila akan berakhir, maka Jekfer pun mengajak Lailer untuk melancong secara maya ke luar negara. Berangan dan menyimpan impian tidak salahkan, mana tahu selepas tamat PKP dan dibenar melancong nanti, bolehlah Jekfer bawa Lailer ke luar negara.Sempena nak hari raya ni, Jekfer ajak Lailer memasak masakan Morocco yang mana ia mudah sahaja walaupun banyak bahan digunakan tetapi ia hidangan yang sedap dan berbeza dari nasi yang biasa dimakan selalu.Jika di Morocco, kebiasaannya mereka memasak Nasi ini di dalam periuk Tajin. Periuk Tajin ini juga digunakan untuk memasak sup pekat pada suhu rendah tetapi menghasilkan daging yang lembut dengan sayuran yang beraroma. Namun jika tiada periuk Tajin, tak mengapa masih boleh memasak Nasi Morocco ini dengan periuk elektrik biasa.Jom lihat cara-caranya dibawah. Nur Azliani Amer -
4:4:24 - Kaki ayam masak chinese style 4:4:24 - Kaki ayam masak chinese style
Biasa orang gunakan cendawan shiitake bagi masakan ni. Tapi sebab tak ada stok cendawan di rumah maka saya gantikan dengan cendawan hitam. Hani Shaimi -
One pot chicken rice One pot chicken rice
Senang dimasak dan sedap. One pot chicken rice ni sebenarnya teknik masak macam claypot chicken rice. Tapi kalau tiada periuk tanah liat tu, boleh lah guna periuk nasi sebagai alternatif. Tapi ingat, gunakan periuk nasi yang bukan pressure cooker nanti tak jadi masakan ni.Selamat mencuba. imel_recipe -
🇨🇳 Ayam Char Siew 🇨🇳 Ayam Char Siew
Ayam char Siew ni akak buat sebagai pelengkap hidangan wonton noodle.Ianya ayam panggang tapi menggunakan rempah 5 dsbgnya yang memberikan sedikit kelainan rasa dan rupa berbanding ayam panggang biasa. Norashikin Rahmat -
Khao Man Gai (Nasi Ayam Thailand) Khao Man Gai (Nasi Ayam Thailand)
#goldenapron#mingguke23#saturesipisatupohonMinggu lepas saya pergi Thailand. Bercuti selama 2minggu. Habis semua makanan kami teroka dan rasa. Salah satunya adalah Khao Man Gai ataupun dikenali sebagai nasi ayam. Entah kenapa saya dan suami sangat gemarkan nasi ayam Thailand. Rasanya sangat sedap,tidak hanyir dan cukup rasa. Mungkin penggunaan beras yang berkualiti tinggi membuatkan nasi ayam tu sangat sedap. Saya mengambil kesempatan untuk berbual dengan penjual nasi ayam dijalanan hanya untuk mengetahui cara memasak. Walaupun kami berbual ibarat ayam dan itik, saya faham apa yang dia cuba sampaikan. Sambal nasi ayam di sana berbeza dengan disini. Kalau disini berwarna merah tetapi di sana berwarna gelap. Rahsia sambal itu adalah taucu!!Walaupun tidak 100% sama, tetapi suami kata sangat sedap dan hampir sama. Mungkin saya kena cuba lagi untuk memuaskan hati suami. Kalau suami puas hati, nanti saya dapat upah 😂. Tidak sia-sia saya membeli beras di danok 20kg untuk dibawa pulang ke sini. Setiap orang hanya boleh membawa 10kg sahaja. Jadi saya gunakan 2 orang untuk membeli beras siam wangi, dan selebihnya saya gunakan anak untuk membeli beras pulut. Nampak tak saya manfaatkan percutian saya.Selamat mencuba!! Gyna Elenna -
NuMee Chicken Feet Blackpepper Shitake NuMee Chicken Feet Blackpepper Shitake
#CNY2020Menu ini sebenarnya mamaell masak masa pertandinngan akhir kelentang kelentung NuMee. Bila mama tengok balik resepi macam sesuai pula nak hidang musim perayaan tahun baru cina kan. Fefeeling chinese la sekejap walaupon spesis jawa🤭😅😂. Penggunaan sos bijan, cendawan shitake, bawang putih, kaki ayam boleh dikatakan sinonim juga lah dalam masyarakat cina di malaysia ni. Jadi kita raikan la dengan masakan walaupun mama tiada kawan bangsa cina untuk menziarah . Kan? Aci eh? Kalau kawan kawan nak rasa macam mana masakan ini, moh kita menziarah resepi dibawah ini moh! 👇👇👇 Ell Sakimin
Lebih Banyak Resipi
Komen