Ayam Masak Bistik

@Nana Sabrina Sarsan
@Nana Sabrina Sarsan @Nana_cookpader
Singapore

#goldenapron2020 #minggu10
Saya belajar makan menu ni sejak tinggal di Singapura,menu ni memang sangat terkenal disini,makan bersama roti, sosnya sedikit pekat,manis dan aroma pula sangat memikat selera, oleh kerana hati sudah terpaut dengan hidangan ni, apalagi gigihlah saya belajar masak daripada Makcik suami saya, makan tak jemu, sangat sedap, ni kalau hidang untuk family memang habis licin ayam dan kuahnya,tak rugi cuba, mudah jer nak memasaknya..Jom tengok resepi ni.

Ayam Masak Bistik

#goldenapron2020 #minggu10
Saya belajar makan menu ni sejak tinggal di Singapura,menu ni memang sangat terkenal disini,makan bersama roti, sosnya sedikit pekat,manis dan aroma pula sangat memikat selera, oleh kerana hati sudah terpaut dengan hidangan ni, apalagi gigihlah saya belajar masak daripada Makcik suami saya, makan tak jemu, sangat sedap, ni kalau hidang untuk family memang habis licin ayam dan kuahnya,tak rugi cuba, mudah jer nak memasaknya..Jom tengok resepi ni.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5 orang
  1. 1/2ekor ayam potong saiz kecik
  2. 2 sudu makansos tomato
  3. 2 sudu makansos cili
  4. 1 sudu makansos tiram
  5. 2 sudu tehGaram
  6. 4 sudu tehGula
  7. 1 sudu tehSerbuk perasa
  8. 1 Lair
  9. 2 cawanminyak
  10. 2 sudu makanrempah bistik (optional)
  11. 1 sudu makantepung jagung bancuh dengan 1/3 cawan air
  12. Bahan hiasan
  13. 2biji kentang potong dadu,kemudian digoreng
  14. 1biji tomato buang biji potong dadu
  15. 1/2 batanglobak,potong dadu
  16. 1 tinkecik kacang peas
  17. Bawang merah besar potong dadu
  18. 4 sudu makanbawang goreng
  19. Cili padi merah dan hijau
  20. Bahan kisar
  21. 3genggam cili kering kerinting,buang biji
  22. 2biji bawang merah saiz besar
  23. 4 ulasbawang putih
  24. 1/2inci halia

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak, masukkan bahan kisar,masak hingga pecah minyak, kemudian masukkan rempah bistik (tak letak pun bole), kacau sebati tunggu hingga pecah minyak sekali lagi.

  2. 2

    Kemudian masukkan garam,gula dan serbuk perasa,kacau sebati, gula kena lebih ya, sebab bistik ni rasa dia pedas dan sedikit manis.

  3. 3

    Masukkan bahan sos, kacau sebati

  4. 4

    Kemudian, masukkan ayam dan air,pastikan kuah lebih ya, sebab bistik ni sedap jika kuahnya dicicah dengan roti, kemudian tunggu hingga ayam separuh masak.

  5. 5

    Kemudian masukkan lobak, jika lobak sudah masak, masukkan bawang,kentang yang telah digoreng,cili padi dan tomato,kacau sebati.

  6. 6

    Masukkan kacang peas,kacau 2minit, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, jika sudah mendidih,matikan api, masukkan bawang goreng untuk menambahkan aroma Bistik siap...

  7. 7

    Bistik ayam siap, boleh dihidangkan bersama roti perancis, roti putih ataupun nasi memang sangat sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
@Nana Sabrina Sarsan
@Nana Sabrina Sarsan @Nana_cookpader
pada
Singapore
Phonetography📳💖phoperz exbatch16💖saya suka semua jenis masakan😍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya