Gulai Ayam Cili Api Bujang ringkas dan mudah

Mohammad Izzat Ikram
Mohammad Izzat Ikram @cook_23560611

Resepi real nusantara sebab rasa dia sangat universal. Orang pantai timur , orang selatan , eh orang mana mana jelah. In sya allah pasti akan suka. Tapi kalau tak suka nak buat macam mana kan ? Hehe

Gulai Ayam Cili Api Bujang ringkas dan mudah

Resepi real nusantara sebab rasa dia sangat universal. Orang pantai timur , orang selatan , eh orang mana mana jelah. In sya allah pasti akan suka. Tapi kalau tak suka nak buat macam mana kan ? Hehe

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3,4 orang makan
  1. Ayam 7,8 ketul
  2. Cili api 17-25 biji (bergantung tahap pedas yang anda mahu)
  3. Kunyit hidup setengah inci
  4. Serai sebatang dua. Bergantung pada saiz kalau besar letak satu
  5. Kentang 2 biji
  6. Bawang merah 1 biji (tumbukkan kasar)
  7. Bawang putih seulas(tumbukkan kasar)
  8. 200 mlSantan
  9. Air kosong plus minus 100 ke 150ml
  10. Garam 1 sudu atau bergantung masin macam mana anda mahu
  11. 1 sudu makanGula
  12. Asam keping setengah keping

Cara Memasak

  1. 1

    Okay. Kisarkan cili api dan kunyit.

  2. 2

    Panaskan periuk. Api kecil ye dan masukkan bahan yang dikisar, bawang putih,bawang merah,serai. Tumiskan hingga bau naik.

  3. 3

    Selepas itu masukkan ayam, kentang,asam keping,air sedikit dan santan separuh kotak dulu. Dan biarkan seketika dalam kurang 5,8 minit. Api kecilkan ye.

  4. 4

    Dan selepas itu masukkan lah baki santan kotak,air,gula dan garam. Kacau sikit dan tunggu gulai menggelegak dalam 10 ke 15 minit macam itu. Rasa sikit kuah. Kalau suka dengan rasa itu. Sila hidangkan. Kalau anda rasa ada yang kurang. Tak sesuai dengan rasa yang anda mahu. Anda pergilah touch up lauk itu dengan gula,garam atau air.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mohammad Izzat Ikram
Mohammad Izzat Ikram @cook_23560611
pada

Resipi Sepertinya