Kuey Teow Sizzling Bujang. Nampak susah tapi mudah je. Hehe

Mohammad Izzat Ikram
Mohammad Izzat Ikram @cook_23560611

Hirupan pertama kuah sizzling ni akan buatkan anda berkata , jadi jadi resepi ni. In sya llah. Hehe

Kuey Teow Sizzling Bujang. Nampak susah tapi mudah je. Hehe

3 orang bercadang membuatnya

Hirupan pertama kuah sizzling ni akan buatkan anda berkata , jadi jadi resepi ni. In sya llah. Hehe

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
2-4 orang makan
  1. 1paket kecil Kuey Teow 450g
  2. Ayam 100g-300g (Potong Dadu)
  3. 2-3 ulasbawang merah (hiris)
  4. 4-5 ulasbawang putih(hiris)
  5. Halia 1-1 1/2 inchi (hiris)
  6. Cili kering 4-8 biji. (Potong saiz sederhana)
  7. Cendawan Shiitake 4-6biji (rendam dulu dan potong 4)
  8. 4-6 sudu makanSos tiram
  9. 2 sudu makanKicap manis
  10. Kicap pekat 2 suduh makan
  11. Tepung jagung 2-3 sudu makan (bancuh dengan air)
  12. Sayur tak kisah (terpulang ikut logik dan selera anda)
  13. 1Kiub pati ayam
  14. Minyak masak
  15. Telur sebiji (tak wajib)
  16. Gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Mula mula macam biasa. Sediakan barang barang sebelum masak.

  2. 2

    Panaskan kuali dan tumiskan semua bawang, cili kering dan halia sehingga bau naik.

  3. 3

    Selepas itu, masukkan ayam sehingga warna ayam berubah dan seterusnya masukkan sos tiram,kicap manis,kicap pekat,air sedikit,cendawan,gula dan garam sekali.

  4. 4

    Selepas kuah dah sebati. Masukkan sayur pilihan anda dan air bancuhan tepung jagung itu. Kacau hingga kuah pekat sikit dan masukkan kuey teow. Sebatikan kuey teow itu. Dan jika anda mahu sedap lagi. Masukkan telur sebiji dalam kuah tu. Anda ada pilihan. Nak telur kuning cair atau keras. Ikut selera anda. Selepas telur dah masak. Tutup api dan hidangkan, baca doa makan dan selamat menjamu selera. 😋😋😋

  5. 5

    Selain kuey teow, anda juga boleh gunakan yee mee atau mee kuning. Pilihan sayur juga terlelak pada pilihan anda juga. Selamat mencuba dan Selamat Menjamu selera. Terima kasih banyak banyak sebab sudi baca post saya ini. Hehe

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mohammad Izzat Ikram
Mohammad Izzat Ikram @cook_23560611
pada

Komen

Resipi Sepertinya