Bihun sup ikan siakap susu

Karl
Karl @karl_0415
Kuching, Sarawak

Jarang saya dengar masakan sup dicampur dengan susu. Susu tok minuman sihat untuk menguatkan tulang padah orang.
Sesuai untuk mengelakkan berlakunya osteoporosis..., kepada semua bro & sis... 😁
#goldenapron2020

Bihun sup ikan siakap susu

Jarang saya dengar masakan sup dicampur dengan susu. Susu tok minuman sihat untuk menguatkan tulang padah orang.
Sesuai untuk mengelakkan berlakunya osteoporosis..., kepada semua bro & sis... 😁
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 - 45 minit
2-3 orang
  1. 1ekor ikan siakap
  2. 2biji tauhu
  3. 3biji tomato
  4. 3 ulasbawang putih
  5. 2biji bawang merah
  6. 2 cmhalia
  7. 1 cawanlobak masin
  8. 1ikat sawi samhong
  9. 1bungkus bihun
  10. Sedikittepung untuk mengoreng ikan
  11. Air
  12. Garam
  13. Penambah perasa
  14. Minyak masak
  15. 1 cawansusu berkrim kotak
  16. Daunsup
  17. Daunbawang

Cara Memasak

30 - 45 minit
  1. 1

    Buang perut ikan, bersihkan dan potong ikan siakap. Potongkan tauhu dan tomato bentuk kiub. Potong halus daun sup dan daun bawang. Letakkan di tepi dahulu.

  2. 2

    Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Potong lobak masin dan sawi samhong. Rendam bihun dalam air. Letakkan di tepi dahulu.

  3. 3

    Salutkan potongan ikan siakap dengan tepung. Tambahkan sedikit garam. Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan. Letakkan di tepi dahulu.

  4. 4

    Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Selepas minyak panas, masukkan tumbukan bawang merah, bawang putih dan halia.Tambahkan air dan masukkan lobak masin, tauhu, tomato dan sayur sawi samhong.

  5. 5

    Selepas seketika, masukkan susu dan masukkan ikan siakap goreng. Masakkan sehingga mendidih. Masukkan garam dan penambah perasa secukupnya. Rasakan dahulu dan pastikan mengikut cita rasa.

  6. 6

    Masukkan bihun yang sudah lembut dan taburkan daun sup dan daun bawang. Siap untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Karl
Karl @karl_0415
pada
Kuching, Sarawak
Ceburi memasak ketika MCO
Baca lagi

Komen (2)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Saya pula selalu masak siakap stim susu..

Resipi Sepertinya