Mihun Sup Ikan Susu

Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
Land Of Happiness

Saya jarang makan di luar kebiasaannya. Tapi ada salah satu gerai makan sarapan pagi yang famous di tempat saya.

Gerai makan yang bernama 'Rainbow Herbs' terletak di tepi jeti ikan dan pelabuhan feri ke Pulau Banggi yang menghidangkan menu ala chinese, tapi yang masak dan menghidangkan adalah orang muslim. Gerai ini kecil dengan tempat terhad dan ramai pelanggan yang terdiri pelbagai kaum datang menikmati terutama waktu pagi.

Sup ikan susu adalah salah satu favourite 'comfort food' saya jika datang ke gerai ini. Rasanya sebelum saya berpindah tugas. Eloklah saya letak menu ini untuk ingatan. Mana lah tahu kalau pindah esok, terkenang pula 😅

Sukar untuk saya dapatkan menu ini daripada Google. Tapi ia hampir serupa rasa dengan sup ikan Singapore.

Menu gerai ini yang saya panggil Sup Ikan Rainbow kurang bahan seperti sayur asin dan bawang goreng. Mungkin akan datang saya akan perbaiki lagi resepi ini

#goldenapron2020

Mihun Sup Ikan Susu

12 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 kepingikan putih saiz besar
  2. Tepung Goreng / beras / jagung
  3. Sedikitair sejuk
  4. Minyak secukupnya untuk menggoreng ikan
  5. Bahagian Kuah Sup
  6. 1inci halia dihiris
  7. 5 ulasbawang putih dicincang
  8. Kiub ikan bilis
  9. Lada putih
  10. Tomato potong wedges
  11. Kubis cina (saya ganti sawi)
  12. 1 cawansusu cair
  13. 2 kepingtauhu potong kiub
  14. Sedikitminyak bijan
  15. Sedikitsos ikan
  16. Sampingan
  17. Bihun dicelur
  18. Bawang goreng
  19. Daunsup diracik halus

Cara Memasak

  1. 1

    Ikan dibuang tulang tengah. Dipotong beberapa bahagian ketulan. Tepung goreng dibancuh dengan air. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak panas.

  2. 2

    Setelah ikan siap digoreng, ketepikan.

  3. 3

    Tumis halia dan bawang putih hingga harum. Jangan sampai hangit. Masukkan air untuk kuah. Tambahkan kiub ikan bilis dan lada putih. Masak hingga mendidih.

  4. 4

    Masukkan tomato dan sawi. Kemudian tambahkan susu cair. Pastikan api sederhana, kacau selalu.

  5. 5

    Tambahkan tauhu ke dalam kuah sup. Biarkan mendidih seketika. Kemudian renjiskan minyak bijan dan sos ikan. Tambahkan garam dan gula jika kurang rasa. Siap. Tutup api.

  6. 6

    Sediakan bihun yang telah dicelur dan ditoskan bersama ikan goreng tadi. Masukkan kuah ke dalam mangkuk dan sedia dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
pada
Land Of Happiness
😎Anak Jawa - Banjar👩🏻‍🍳My kitchen is my lab🍜Loves to try any new recipe
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya