Kuah Lodeh

Rose
Rose @cook_26665875
Malaysia

Resipi ni untuk kuah lodeh. Nak jadi lontong, tambah je nasi impit ye. Sambal jangan lupa. 😊
#goldenapron2020

Kuah Lodeh

9 orang bercadang membuatnya

Resipi ni untuk kuah lodeh. Nak jadi lontong, tambah je nasi impit ye. Sambal jangan lupa. 😊
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40min
6 orang
  1. Bahan Kisar:
  2. 1biji bawang besar
  3. 7ulas bawang merah
  4. 1inci kunyit hidup
  5. 1/2inci halia
  6. 2sudu besar ikan bilis
  7. 2sudu besar udang kering
  8. 1sudu besar cili kisar
  9. 1sudu kecil jintan manis
  10. 1sudu kecil jintan kasar
  11. Bahan Potong:
  12. 1 batanglobak merah
  13. 5 batangkacang panjang
  14. 1/4biji kobis
  15. 1/2biji sengkuang
  16. 2 kepingtempe
  17. 1ikat soo hoon
  18. 2 kepingfucuk
  19. 2 batangcili merah
  20. 2 batangserai
  21. Udang (saiz dan sukatan mengikut citarasa)
  22. 2 kotakkecil santan
  23. Garam secukup rasa
  24. Minyak masak untuk tumis
  25. 5biji telur direbus

Cara Memasak

40min
  1. 1

    Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam periuk besar. Tumis bahan kisar dan serai (diketuk) hingga wangi. Masukkan santan cair dan biarkan mendidih.

  2. 2

    Masukkan udang, sayur keras diikuti sayur lembut. Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih. Masukkan soo hoon dan cili merah. Garam mengikut sedap rasa.

  3. 3

    Sekiranya kuah terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih.

  4. 4

    Siap la kuah lodeh kita. Potong telur rebus.. masukkan ke dalam kuah sebelum dihidang. Untuk rasa yang lebih memuaskan, makan bersama nasi impit dan sambal tumis ikan bilis. Cuba.. jangan tak cuba yer.. 👍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Rose
Rose @cook_26665875
pada
Malaysia
Pilih menu yang sesuai untuk keluarga
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya