Rendang Padang Hitam Daging Betis

#BersamaChefSyah
#BersamaChefSyah @cook_22248273

Rendang atau Randang Padang Hitam asli merupakan hidangan temurun warisan Padang di Sumatera Barat Indonesia. Ia adalah hidangan asli Minangkabau. Masakan ini dihasilkan dari proses memasak suhu rendah dalam waktu lama menggunakan aneka rempah ratus dan santan.

#RendangPadangHitamDagingBetis
#HidanganUtama
#BersamaChefSyah
#ClassicalCookingInTheModernWay

Rendang Padang Hitam Daging Betis

16 orang bercadang membuatnya

Rendang atau Randang Padang Hitam asli merupakan hidangan temurun warisan Padang di Sumatera Barat Indonesia. Ia adalah hidangan asli Minangkabau. Masakan ini dihasilkan dari proses memasak suhu rendah dalam waktu lama menggunakan aneka rempah ratus dan santan.

#RendangPadangHitamDagingBetis
#HidanganUtama
#BersamaChefSyah
#ClassicalCookingInTheModernWay

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3 jam
1 orang
  1. 500 g~ Daging Betis
  2. Bahan Kisar
  3. 80 g~ Bawang merah
  4. 60 g~ Bawang putih
  5. 40 g~ Halia
  6. 30 g~ Lengkuas
  7. 20 g~ kunyit hidup
  8. 4 batang~ Serai
  9. 5biji ~ Buah keras
  10. Bahan kering
  11. 80 g~ Cili kering di rebus dengan air dan sedikit minyak, dikisar jadikan pati
  12. 1 helai~ Daun pandan dikoyak dan disimpulkan
  13. 1 batang~ Serai dititik
  14. 2 batang~ Kulit kayu manis
  15. 4kuntum ~ Bunga lawang
  16. 8biji ~ Bunga cengkih
  17. 8biji ~ Buah pelaga
  18. 3 lembar~ Daun salam
  19. 1/2 lembar~ Daun kunyit dikoyak
  20. 3 lembar~ Daun limau purut
  21. 2 g~ Biji jintan putih disangai dan ditumbuk halus
  22. 4 g~ Biji Ketumbar disangai dan ditumbuk halus
  23. 1/8 liter~ Air asam jawa
  24. 1 liter~ Santan pekat
  25. 1/2 liter~ Santan cair
  26. 50 g~ Gula melaka
  27. Secubit garam

Cara Memasak

3 jam
  1. 1

    Rebus cili kering dengan air panas dan sedikit minyak sehingga lembut, tapis kemudian kisar halus untuk dijadikan pati dan ketepikan.

  2. 2

    Panaskan kuali dan sangai biji ketumbar dan biji jintan putih sehingga wangi kemudian ditumbuk halus dan ketepikan.

  3. 3

    Panaskan kuali masukan minyak. Tumiskan serai ketuk dan daun padan sehingga wangi dan kemudian masukkan 4 beradik iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tumis sehingga wangi.

  4. 4

    Masukkan bahan kisar, tumis sehingga pecah minyak kemudian masukkan pati cili kering. Tumis lagi sehingga pecah minyak.

  5. 5

    Apabila bumbu sudah masak masukan biji ketumbar, biji jintan putih, sedikit air dan daging betis. Tutup kuali kita dan mereneh dengan api perlahan selama 1 jam.

  6. 6

    Kemudian masukkan air asam jawa, santan cair, gula melaka, daun limau purut, daun kunyit, daun salam. Teruskan mereneh dengan api perlahan sehingga Rendang kita hitam selama 1 jam lagi.

  7. 7

    Masukan santan pekat bersama garam secukupnya. Teruskan masak sehingga pekat, kering, empuk dan hitam.

  8. 8

    Siap dihidang dan selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
#BersamaChefSyah
#BersamaChefSyah @cook_22248273
pada

Komen

Resipi Sepertinya