Tauhu Begedil Sambal Kicap Cili Api

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

Nak sangat makan ni... 😋
Dah makan tak cukup pula😁.. biasanya menu ala-ala begini memang mendapat tempat dan sambutan ahli keluarga dalam rumah ni, tak pernah tolak.. kalau dihidang duduk bersila kemas dorang sambil feeling layan nikmatnya😅
Adik saya buat jualan tauhu ni.. ramai customer dia suka tauhu dan sambal kicap cili api yang dia buat. Rasa terpanggil nak buat sendiri puas makan hehehe.. JOM KONGSI REZEKI.

Tauhu Begedil Sambal Kicap Cili Api

Nak sangat makan ni... 😋
Dah makan tak cukup pula😁.. biasanya menu ala-ala begini memang mendapat tempat dan sambutan ahli keluarga dalam rumah ni, tak pernah tolak.. kalau dihidang duduk bersila kemas dorang sambil feeling layan nikmatnya😅
Adik saya buat jualan tauhu ni.. ramai customer dia suka tauhu dan sambal kicap cili api yang dia buat. Rasa terpanggil nak buat sendiri puas makan hehehe.. JOM KONGSI REZEKI.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1paket tauhu kering - 25 ketul
  2. Bahan inti :
  3. 6biji ubi kentang
  4. 2 kepingdada ayam
  5. 1biji bawang holland - potong dadu kecil
  6. 1pokok daun bawang - hiris halus
  7. 1pokok daun sup - hiris halus
  8. 1biji cili besar merah - potong dadu kecil
  9. 2 sudu makanmaggi cukup rasa
  10. 1 sudu tehlada hitam berperisa
  11. Isi tauhu yang diasingkan
  12. Bahan salut :
  13. 3biji telur
  14. Bahan sambal kicap cili api :
  15. 3biji cili besar merah **
  16. 2biji cili besar hijau **
  17. 3biji cili api **
  18. 2 ulasbawang putih **
  19. 1/3 cawankicap lemak manis

Cara Memasak

  1. 1

    Tauhu belah empat pastikan jangan putus. Korek isi tauhu asingkan.

  2. 2

    Rebus/kukus ubi kentang hingga empuk dan lembut. Kemudian lenyek halus semasa masih panas.

  3. 3

    Rebus isi ayam dan carikkan, kemudian satukan semua bahan inti yang lain dan sebatikan.

  4. 4

    Ambil seketul tauhu kering yang telah dibelah tadi, sumbatkan dengan inti dan kemaskan. Buat hingga tauhu dan inti habis.

  5. 5

    Pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu, kocok telur dan celup begedil tauhu ke dalam telur goreng di dalam kuali hingga masak kekuningan, angkat dan toskan.

  6. 6

    Sambal kicap cili api :
    Semua bahan bertanda (**) digoreng hingga layu, masukkan ke dalam blender tuang kicap lemak manis dan kisar hingga halus, siap.

  7. 7

    Sedia dinikmati, colek tauhu begedil dengan sambal kicap cili api.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Resipi Sepertinya