Ayam masam manis @ Sweet sour chicken

Karl
Karl @karl_0415
Kuching, Sarawak

Gaya masakan cina. Di inspirasi oleh restoran bernama "After 4" di Kuching tempat dimana saya selalu pesan dan makan menu ini.

Ayam masam manis @ Sweet sour chicken

Gaya masakan cina. Di inspirasi oleh restoran bernama "After 4" di Kuching tempat dimana saya selalu pesan dan makan menu ini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 orang
  1. Penyediaan bahagian ayam
  2. 300 gayam dihiris tanpa tulang
  3. 4sudu besar tepung gandum
  4. 2sudu besar tepung jagung
  5. 1sudu kecil serbuk penaik
  6. Sedikitlada putih
  7. Sedikitgaram
  8. Sedikitminyak masak
  9. Air
  10. Penyediaan bahagian sos
  11. 4sudu besar sos masam manis
  12. 2sudu besar sos tomato
  13. 1/2lada benggala merah
  14. 1/2lada benggala hijau
  15. 1mangkuk kecil brokoli
  16. 1biji bawang besar
  17. 1biji tomato
  18. 1sudu kecil tepung jagung
  19. Minyak masak
  20. Air
  21. Gula

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Perap hirisan ayam dengan sedikit garam dan lada.

  2. 2

    Bancuh tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik dengan air sehingga pekat. Jangan terlalu cair bagi memastikan gorengan ayam nanti kenyal dan ranggup.

  3. 3

    Campurkan adunan tepung dengan hirisan ayam. Tambah sedikit minyak masak dan kacaukan sehingga sebati perapan. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Mulakan mengoreng.

  4. 4

    Keluarkan seketika gorengan ayam selepas sekali alih dan digoreng selama 3-4 minit. Gorengkan sekali lagi untuk hasil yang lebih kenyal di dalam dan ranggup diluar. Warnanya hampir keemasan jika masak.

  5. 5

    Hiris bronkoli, lada benggala, bawang besar dan tomato.

  6. 6

    Panaskan kuali dan dan masukkan sedikit minyak masak. Masukkan sos masam manis dan sos tomato. Tambahkan air secukupnya. Boleh tambah sedikit gula mengikut cita rasa. Selepas sos panas, masukan sayuran dan kacau sebati. Jangan masak terlalu lama bagi mengelakkan sayur layu. Masukan tepung jagung yang sudah diadun dengan air untuk tambah pekat. Kacau perlahan lahan.

  7. 7

    Boleh tuangkan masakan sos ke dalam mangkuk dan masukkan gorengan ayam. Kacau sebati dan siap untuk dihidang. Ikut kehendak citarasa penjamu selera, masakan sos boleh diletak banyak atau sederhana.

  8. 8

    Hidangan ini paling enak dimakan bersama nasi putih. Gik ka asai ya! 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Karl
Karl @karl_0415
pada
Kuching, Sarawak
Ceburi memasak ketika MCO
Baca lagi

Komen (2)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Sedapnyer..long time no see lah karl @ cookpad! Welcome back!

Resipi Sepertinya