Easy Hash Browns 🇺🇸

Hash browns juga dieja hashed browns, adalah hidangan sarapan Amerika yang popular, terdiri daripada kentang cincang halus yang telah digoreng hingga keperangan. Hash browns mula muncul pada menu sarapan pagi di New York City pada tahun 1890-an. Wikipedia
Memalam si dara nak makan hashbrown sebab beberapa hari lepas ada rakan sekerja nya belanja mereka semua hashbrown. Katanya nak makan lagi sebab sedap. Saya buatkan versi saya sahaja yang mudah. Sedap kata nya siap tunjuk jari 👍
Easy Hash Browns 🇺🇸
Hash browns juga dieja hashed browns, adalah hidangan sarapan Amerika yang popular, terdiri daripada kentang cincang halus yang telah digoreng hingga keperangan. Hash browns mula muncul pada menu sarapan pagi di New York City pada tahun 1890-an. Wikipedia
Memalam si dara nak makan hashbrown sebab beberapa hari lepas ada rakan sekerja nya belanja mereka semua hashbrown. Katanya nak makan lagi sebab sedap. Saya buatkan versi saya sahaja yang mudah. Sedap kata nya siap tunjuk jari 👍
Resipi Sepertinya
-
Deep Fried Deviled Egg Deep Fried Deviled Egg
#bonustelurrebus#goldenapron#saturesepisatupohonSenang ja rupanya buat deviled egg ni. Cikna selalu tengok mat-mat saleh buat telur ni. Tapi macam tak terasa nak cuba buat sebelum ni sebab fikirkan banyak bahan nak kena sedia..hahahaa 😂😂😂Kalini dah alang-alang cookpad keluarkan tajuk bonus telur rebus, Cikna saja la try Google resepi deviled egg ni. Rupa-rupanya simple ja bahan-bahan dia. Ingat nak kena letak cooking cream ke apa ke..hehe 😅Kebetulan baru lepas contest leftover food, breadcrumb yang Cikna buat haritu ada lagi, so kita guna untuk masak deviled egg ni pulak 😍Kebanyakan resepi oversea tak goreng pun putih telur tu. Tapi kalau goreng, lagi sedap sebab ada elemen rangup disitu 😋 Cikna olah ikut bahan yang ada kat rumah ja ni.Kalau korang rajin boleh ja campur macam-macam dalam adunan kuning telur tu. Boleh campur mashed avocado, mashed potato, protein mcm udang ke ayam ke atau macam-macam jenis sayuran. Terpulang pada kreativiti & bahan-bahan yang korang ada.Simple tapi sedap. Jom tengok resepi.. Erna Hezreen Hamzah -
Goreng Tauhu Kisar Sempoi Goreng Tauhu Kisar Sempoi
Tauhu memang boleh dipelbagaikan cara memasak nya. Hari ni saya buat yang sempoi je. Kalau nak tambah isi ayam cincang atau udang cincang, daun ketumbar, daun bawang, bawang, cili juga boleh. Dapur Yusfarisyia -
Nasi Goreng Kuning Nasi Goreng Kuning
Kenapa nama nya nasi goreng kuning? Ha! Si dara saya yang namakan nya. Kisahnya begini, sewaktu di zaman persekolahan nya (dalam tingkatan satu) saya selalu bekalkan nasi goreng cina untuk si dara dan si bujang saya. Itu je lah menu yang paling mudah dibuat. Apabila waktu rehat si dara saya akan duduk makan bersama sahabat (bff) dan sahabat nya pula selalu bekal nasi goreng kuning. Yang pelik nya, si dara saya suka makan nasi goreng sahabat nya dan sahabat nya suka makan nasi goreng yang saya buat tu. Mereka berdua akan saling bertukar bekalan makanan. Boleh dikatakan selalu juga la mereka berdua tu bertukar bekalan makanan. Pada suatu hari tu ketika si dara balik dari sekolah, ketika turun dari motorsikal abang nya, terjatuh lah tipuware milik sahabat nya. Waktu itu saya terus bertanya pada si dara saya “tipuware sape tu?” Sambil tersengih-sengih macam kerang busuk, dia menjawab “kawan Cha.” Dia terus la bla.. bla.. bla.. bagitahu perkara yang sebenar nya. Nak tergelak pun ada tapi buat-buat serious sebab tengok muka si dara dah takut bila bersemuka dengan mak singa. Sejak itu saya buatkan untuk dia nasi goreng kuning dan sahabat nya pun dah bagitahu hal yang sama kepada emak dia. Anak o anak 😊 Dapur Yusfarisyia -
Poutine 🇨🇦 Poutine 🇨🇦
#cppassportApa itu Poutine?Poutine ialah hidangan kentang goreng dan dadih keju yang dihiasi dengan kuah perang. Ia muncul di Quebec, Kanada, pada akhir 1950-an di wilayah Centre-du-Québec, walaupun asal-usulnya tidak pasti dan terdapat beberapa dakwaan bersaing untuk mencipta hidangan itu. Sumber : WikipediaHari ini saya membuat dengan cara saya sendiri kerana saya cuma ada lebihan keju cheddar dan mozarella daripada membuat pizza tempoh hari. Ternyata sedap, anak dan suami pun suka. Dapur Yusfarisyia -
Hash Brown Homemade 🇺🇸🥔 Hash Brown Homemade 🇺🇸🥔
Pernah buat dulu sekali masa belum join CP. Ni teringat kita buat balek. Nak dapatkan macam kat McD tu kena rebus sekejap je kentang tu dalam 5 min.#cppassport Nurul Kefftya -
Sayur Labu Air Goreng Telur Sayur Labu Air Goreng Telur
Labu air selalu nya dimasak air atau masak bening je kalau di rumah saya. Kadang tu kalau sudah sejuk anak-anak dan suami tak nak makan dah. Sebab tu la kalau saya masak, saya akan lebihkan kuah nya sebab mereka (anak-anak dan suami) suka hirup kuah nya dan saya akan letak jumlah sayur yang hanya akan dimakan pada waktu tu sahaja. Kuah yang selebih nya nanti akan saya panaskan dan akan letak sayur yang baru pula. Jadi sayur nya tak la lembik. Hari ni saya masak goreng besama telur je la. Dapur Yusfarisyia -
Peria Goreng Telur Peria Goreng Telur
Sayur favourite saya dan cik suami. Anak-anak memang tak pandang sayur ni. Tetapi tak sangka pula hari ni si dara saya makan dengan bertambah-tambah. Kata nya tak pahit. 🤭Alhamdulillah 🤲🏻 Dapur Yusfarisyia -
Murtabak Corned Beef 🇾🇪 Murtabak Corned Beef 🇾🇪
Murtabak adalah pancake yg disumbat atau roti pan goreng yg biasanya tdpt di Semenanjung Arab & Asia Tenggara, terutama di Arab Saudi, Kuwait, Yaman, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, & Thailand. Bergantung pd lokasi, nama & ramuannya berbeza2. Nama mutabbaq dlm bahasa Arab bermaksud "dilipat". Ini adalah makanan jalanan yg popular di Indonesia, Malaysia, & Singapura.Murtabak sering digambarkan sbg pancake omelet yg pedas dgn sayur2n. Bentuk murtabak yg paling umum dibuat dri krep goreng yg biasanya diisi dgn telur yg dipukul, daun bawang cincang atau bawang hijau (daun bawang) &daging cincang, yg kemudian dilipat & dipotong menjadi kotak. Di Indonesia, murtabak adalah salah satu makanan jalanan yg paling popular & dikenali sbg martabak.Murtabaks vegetarian & bentuk murtabaks lain dgn ayam & barangan lain ada & blh didapati di banyak restoran India Muslim di Singapura, termasuk kawasan Little India & Arab Street.Di Malaysia, murtabak pd mulanya dijual di restoran & warung Muslim India, & biasanya termasuk daging cincang (daging lembu atau ayam, kadang daging kambing) bersama dgn bawang putih, telur & bawang, & dimakan dgn kari atau kuah, timun yg dihiris, sirup- bawang acar atau sos tomato. Hidangan ini dijual di seluruh negara, dgn pelbagai variasi ramuan & gaya memasak, & jg telah diguna pakai oleh penjual Muslim Melayu. Di Yaman, murtabak jg biasanya termasuk daging lembu atau daging kambing. Dapur Yusfarisyia -
Sup Jejari Ketam Sup Jejari Ketam
Inspirasi daripada @izzah612 tetapi saya olah sedikit bahan-bahan nya. Sedap dihirup di waktu musim hujan ni. Dapur Yusfarisyia -
Keropok Nasi Sejuk Keropok Nasi Sejuk
Ini ialah salah satu cara mengelak pembaziran lebihan makanan. Salah satu resipi #mottainai. Ini merupakan kali kedua saya membuat keropok nasi sejuk ini. Kali pertama sewaktu saya bertandang ke rumah adik bongsu saya yang secara kebetulan sewaktu itu dia sedang membuat keropok nasi sejuk. Ada yang sudah siap dibungkus untuk dijual sebab ada permintaan daripada jiran-jiran dan sahabat-handai nya. Saya dijamu oleh adik saya dengan keropok itu dan saya terus menyukai nya. Keesokan hari nya saya pun membuat nya juga. Boleh divariasikan mengikut kehendak/citarasa sendiri. Boleh ditambah sedikit isi ikan/ayam/udang kering/ikan bilis. Jika suka pedas boleh ditambah cili cincang. Adik saya tidak mencampurkan pati ayam/pati ikan bilis. Boleh sahaja dicampurkan jika suka. Terpulang pada selera masing-masing. Dapur Yusfarisyia -
American Corn Dog 🇺🇸🧀 American Corn Dog 🇺🇸🧀
Asal usul corn dog dari Amerika. Resepi ini ditemukan sekitar tahun 1930- an.Saya olah jadi macam Korean corn dog, kita bagi cheese mozzarella, chesee tarik. ☺️Hot dog atau sosej yang dicelup dengan adunan tepung bijirin jagung, dan digoreng pada minyak yang banyak. Nurul Kefftya -
Brik (Bourak) 🇩🇿 Algeria Brik (Bourak) 🇩🇿 Algeria
#cppassportBrik biasanya disajikan di Algeria bersama sup (Chorba) pada bulan Ramadhan. Brik merupakan pastri yang garing di luar dan disajikan dengan keju dan daging di dalamnya, sangat sedap. Cempaka Putih
Lebih Banyak Resipi
Komen