Pajeri Nenas

July 2, 2022.
Lama tak masak pajeri nenas, pagi tadi kita pergi pasar pandamaran nampak lak nenas dah siap kopek, 3 biji sebungkus. Beli 2 bungkus. sebab nenas ni sedikit muda dan tak berapa manis baik kita buat lauk je lah kan.
Cara Memasak
- 1
Nenas potong 2 dan hiris sederhana tebal, masukkan ke dalam periuk dan tuang air hingga nenas tenggelam. Masukkan 2 sudu kecil serbuk kunyit, kacau rata dan rebus selama 6 -7 minit. Angkat dan tiriskan.
- 2
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang2, halia dan rempah 3 beradik. Tumis hingga bawang garing dan masukkan udang kering. Tumiskan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan masukan serbuk cili dan masak hingga naik minyak. Gunakan api kecil sedang dan kacau selalu. Masukkan sedikit air dan tumis lagi.
- 3
Masukkan asam keping. Biarkan mendidih, tambah sedikit santan, garam, gula dan kerisik.Kacau dan masak hingga pekat sedikit. Masukkan nenas dan reneh dengan api perlahan. (Tambah air jika perlu atau jika ingin kan sedikit berkuah.)
- 4
Masukkan belahan cili merah dan hijau. Rasa dan seimbangkan rasa masam, manis dan masinnya. Siap!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Pajeri Nenas Pajeri Nenas
Haritu beli nenas sebiji untuk buat siakap 3 rasa. Tp pakai nye sikit je.. daripada biar nenas tu tak elok dalam peti ais, kita buat la pajeri nenas.. Kebetulan suami pun cakap lama tak makan pajeri.. kan senang ckp nak makan apa.. takde la kita istri2 ni pening kepala tiap hari nk masak apa 🤭 kita lawan kan dengan ikan masin, ikan goreng dan sambal belacan.. memang betul2 menaikkan selera.. tak sedar tambah nasi 2 kali 😆 ani skmn -
Pajeri Nenas Pajeri Nenas
#goldenapron#saturesipisatupohonMenu yang lama tak buat. Kebetulan suami beli 2 biji nenas untuk hilangkan batuk, Kak Lat ambil 1/2 biji untuk buat pajeri. LATIPAH NAWAWI -
Pajeri Nenas Pajeri Nenas
#16/646/2025#RamadanTiba#Challenge2:Hari pertama sahur memang tak berapa laju makan nasi jadi k.ha siapkan Pajeri Nenas sebagai hidangan tambahan,penambah selera.Ada rasa masam dan sedikit manis tu berseleralah sedikit.Pajeri Nenas orang dulu-dulu,tanpa santan,style Kelantan.Sedap dimakan dengan nasi putih dan juga nasi berperisa seperti nasi minyak @ nasi hujan panas. ha.lim39 -
Pajeri nenas Pajeri nenas
Pajeri nenas berperencah udang kering resipi keluarga turun temurun.Sukatan boleh diubah suai sedikit mengikut citarasa.Warna pajeri berbeza bergantung pd bahan yg diguna spt jenis rempah kari, kuantiti gula dan kualiti kerisik. Dapor Ijau -
Pajeri Nenas Pajeri Nenas
Dah lama sangat tak masak pajeri nenas..maka terjadilah hari ni..sedap di makan dengan nasi panas2..saya suka meratah begitu saja pajeri ni..nyum2😋😋 Nor Al Fatihah -
Pajeri Nenas Pajeri Nenas
#goldenapron2020Alia buat Pajeri Nenas, guna nenas yang telah dibekukan. Nenas dah siap masak, sebelum dibekukan. Jadi, kali ini, campur sahaja dengan bahan lain.Tadi, tengok lauk dah tinggal sikit, maka jawabnya Pajeri Nenas sedaplah. Bukan senang tau nak pikat selera mak Alia.Kalau nak tahu, masa masak Pajeri Nenas, lauk lain ialah ayam goreng, sambal ikan dan bendi goreng. Matching, gituuu. Penting untuk lauk lain tidak menonjol supaya rasa Pajeri Nenas tidak tenggelam. Itu ilmu penting tauuuu. Alia Ali -
Pajeri Nenas 🍍 Pajeri Nenas 🍍
Lama tak buat pajeri nenas. Rasa masam, manis dan rempah kari.Habis masak tak sempat ambil gambar, tengok balik kuah dah kering.Masing- masing rinsu kat pajeri nenas rupanya. Ani Delighted -
Pajeri Nenas Pajeri Nenas
Dah lama tak masak Pajeri Nenas, hubby minta masakkan sebab teringin nak makan. Jadi kali ni Aznie ikut resepi dari kak @dapurdee . Terima kasih kak, sedap pajeri nenasnya. Hubby suka sangat. Siap ratah lagi🥰#Misi1 #CookRace #WajibCooksnap #Cooksnap Aznie Khasri -
Pajeri Nenas Simple Pajeri Nenas Simple
#goldenapron2020 #bazaarramadan #minggukeduaPajeri nenas ni saya tak pakai kerisik. Udang kering pula saya gantikan dengan ikan bilis. Tak boleh keluar rumah dah nak pergi kedai. Tempat kita dah red zone so guna apa yang ada dekat dapur shj. Pajeri ni juga antara menu yang saya sempat masak masa majlis saya dulu😂#masakcarahanaa #pkpfasa3 RH Kitchens -
Pajeri Nenas Ibuku Pajeri Nenas Ibuku
#GoldenApron23Pajeri Nenas adalah salah satu menu kegemaran Arwah Emak buat dikala kenduri kendara,kenduri kawin dan pelbagai majlis yang selalu orang minta arwah emak masakkan.Mereka kata,pajeri arwah mak sedap dan lain dari yang lain. Dunia Hanya Sementara Fy -
Pajeri Terung Dan Nenas Pajeri Terung Dan Nenas
Lauk kesukaan akak ne,. buat sendiri puas makan , masam manis nya ikut selera sendiri, kadang yang beli kat kedai tu bukan tak sedap tapi ada masa nya tak kena dengan selera😀#GlobalApron2024Challenge 45TerungBahan Dari Pantry1) Ikan Bilis2) Santan3) Terung Anur Musa -
Pajeri Nenas Aussie Pajeri Nenas Aussie
Resepi ni kalau kat Malaysia sy beli je tp bila berada di Australia mmg xdela nk beli2 majority kena masak sendiri. Jadi beginilah rupanya resepi teringin encik suami so sy buat dek kerana nenas murah. Selalunye nenas agak mahal. Kita ambil la peluang borong nenas dan masak mcm2 dgn nenas. Nampak mcm susah tp bila buat sebenarnye sangat senang. Campak2 je. Selamat mencuba ! Lynn Hasman
Komen